SATU modul untuk melahirkan pelajar pondok yang cemerlang perlu dibentuk dan dihasilkan sebagai satu daripada usaha konkrit untuk memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini. Ia memerlukan kesatuan hati dan kesepaduan matlamat semua pihak terbabit.
Pastinya perlu wujud gabungan kepakaran golongan ulama dan guru pondok, tokoh pengajian Islam dan kitab, serta peranan majlis agama Islam negeri dan Kementerian Pendidikan. Inti modul ini adalah tahap kebolehan dan kualiti guru pondok, kurikulum pengajian yang bersepadu dan berpiawai serta penggunaan teknologi digital yang dapat membantu pembelajaran dan penyebaran ilmu.
Inilah antara rumusan perbincangan antara empat pihak, yakni Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Yayasan Al-Jenderami pada Jumaat lalu.
Disepakati bahawa langkah-langkah ini dapat mengubah persepsi umum terhadap pengajian pondok memandangkan ada dalam kalangan masyarakat yang anggap pondok sebagai pusat pilihan last resort untuk pelajar yang bermasalah, tempat mengindoktrinasikan elemen pelampau atau ajaran sesat. Golongan pembincang juga berpendapat selain menjadikan institusi pondok tetap relevan dalam era moden, langkah sebegini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada lulusan pondok untuk memberi sumbangan bermakna kepada agama, masyarakat dan negara.
Rombongan 10 orang ke YPPM diketuai Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Ismail dan wakil MDeC, Quezaimah Zakaria (Pengurus, Bahagian Pengurusan Program) mengadakan perbincangan dua jam yang dipengerusikan Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah di Seri Pondok, ibu pejabat YPPM. Tujuan lawatan ialah untuk mendapat kerjasama YPPM dan MDeC dalam pelaksanaan madrasah moden di Terengganu, selain melihat sendiri perkembangan dan pengurusan Yayasan Al-Jenderami, yang membuka kawasan 12.1 hektar di Jenderam, Selangor sebagai model komuniti yang membangun atas asas ilmu, kerohanian dan cara hidup Islam bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah di bawah pimpinan Tok Guru Sheikh Mohd Hafiz Selamat.
Di sini, pelajar agama terdiri daripada remaja dan 115 warga emas yang tinggal dalam rumah yang dibina khas, manakala orang luar juga diterima mengikuti kuliah, majlis Maulidur Rasul dan pelbagai aktiviti lain. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Al-Jenderami, Datuk Alias Ali dalam ucapannya berkata sebahagian besar pembangunan fizikal adalah daripada sumbangan penderma dan orang ramai, serta kerja yang dibuat secara ikhlas dan bantu membantu atas dasar kasih sayang sesama Muslim.
Pembinaan masjid, asrama dan hotel berciri seni bina Melayu selain ada kedai, bistro, koperasi dan taman hijau. Turut hadir ialah timbalan beliau, Datuk Dr Jamaluddin Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarah Mara.
Dalam taklimatnya, Shaikh Harun memberi penerangan mengenai konsep dan falsafah madrasah moden yang dibuka di Kuala Nerus pada 8 April lalu. Madrasah ini menggabungkan sistem pengajian pondok dan sekolah akademik. Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar mahir dalam bidang agama melalui sistem pondok, serta berpengetahuan dalam ilmu sains, matematik dan sebagainya selain mampu bertutur fasih dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Madrasah moden ini adalah komplementari kepada Sekolah Imtiaz untuk pelajar cemerlang dan Program Shahadah Ulul Albab untuk lahirkan ulama saintis yang sudah menunjukkan hasil yang membanggakan. Menurut Shaikh Harun, dua madrasah moden dijangka dibuka tahun ini, iaitu di Kuala Terengganu dan Besut,
Turut dibincangkan ialah persediaan untuk mengadakan Ijtimak Pondok anjuran YPPM di Terengganu pada tahun depan. Dicadangkan sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan bagi melicinkan pengurusan dan perjalanan ijtimak, yang bakal membabitkan ribuan warga pondok dari seluruh negara, agensi dan jabatan kerajaan, ahli akademik dan penyelidik, agamawan tempatan dan tokoh jemputan dari luar negara, serta wakil media. Shaikh Harun memberi jaminan bahawa ijtimak kali ke-2 ini akan diadakan lebih besar dan lebih berjaya dari segi mutu dan impak berbanding ijtimak yang diadakan di Alor Setar pada April 2014.
*Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Madrasah moden di Al-Jenderami "