ROKIAH (bukan nama sebenar) dan suaminya sudah 20 tahun mendirikan rumahtangga. Ketika ekonomi berkeadaan baik pada 1990-an, Rokiah membuat keputusan untuk membuka akaun dagangan saham dalam bank di mana suaminya bekerja.
Rokiah memegang jawatan selesa di sektor awam manakala suaminya baru sahaja dinaikkan pangkat di salah sebuah bank di ibu kota. Ekonomi yang memberangsangkan memberi petanda baik untuk keluarga. Pasangan di pertengahan usia 40-an ini merancang untuk berjimat untuk pendidikan ketiga-tiga anak mereka.
Rokiah dan suaminya bercadang untuk mendaftarkan anak sulung mereka menuntut dalam bidang perubatan di sebuah universiti terkenal dan terkemuka di luar negara.
Pasangan itu tidak akan mampu membiayai perbelanjaan tersebut jika bukan untuk akaun dagangan saham tersebut. Walaupun dilengkapi kemewahan, mereka masih berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan memahami kepentingan berjimat.
Ketika keadaan Rokiah sekeluarga baik-baik sahaja, pada 1996, perkhidmatannya di bank telah ditamatkan disebabkan kejatuhan saham pelanggannya.
Keadaan bertambah buruk apabila bank tersebut telah diisytiharkan muflis apabila kedudukan kewangan menjadi paling buruk di Asia. Dalam keadaan ekonomi gelap, suami Rokiah juga kehilangan pekerjaan bergaji lumayan kerana status bankrapnya.
Kewangan menjadi punca perbalahan antara Rokiah dan suami, akhirnya mereka berdua memilih jalan untuk berpisah.
Keadaan anak-anak di universiti turut tergugat disebabkan krisis rumah tangga. Mereka bimbang tentang masa depan mereka yang tidak menentu, namun masih cuba untuk mencari jalan penyelesaian lain.
Pihak bank meneruskan tindakan mahkamah terhadap Rokiah dan suaminya untuk mengatasi kerugian daripada perkongsian bersama akaun perniagaan tersebut. Seperti kebanyakan bank, adalah menjadi amalan bahawa bayaran pendahuluan dikenakan sebagai penalti bagi kerugian yang ditanggung dalam akaun dagangan.
Mereka tidak dapat membuat bayaran pendahuluan yang diperlukan, dan akhirnya melanggar perjanjian bayaran balik kepada bank.
Pasangan ini bertungkus-lumus berunding dengan pihak bank selama beberapa lama sebelum mendapatkan bantuan daripada AKPK pada tahun 2006.
Pada mulanya, bank tersebut tidak mahu menarik balik keputusan mereka mengenakan bayaran pendahuluan. Tetapi pegawai AKPK memberi penerangan apakah kesan mengenakan penalti kepada pasangan ini.
Pegawai AKPK juga membuktikan kepada pihak bank bahawa pasangan itu mempunyai aliran tunai yang positif untuk membayar balik hutang secara ansuran.
Mereka berdua lega apabila prosiding penalti bank telah ditarik balik. Oleh itu, pihak bank menerima cadangan AKPK untuk pengecualian ke atas ansuran bulanan.
Diskaun terkumpul sebanyak lebih RM164,000 dibayar secara ansuran bulanan dengan jumlah yang dipersetujui kedua-dua pihak. Masalah ini hanya sementara dalam tempoh pasangan itu menyelesaikan hutang mereka, tetapi dengan mengikuti kaunseling tentang perancangan kewangan yang disediakan AKPK, pasangan itu dapat beransur-ansur membina kehidupan mereka.
**Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

0 Komentar untuk " Fikir panjang sebelum buka akaun bersama "