ISLAM menuntut agar umatnya sentiasa berkasih sayang dan saling menghormati. Itulah tindakan terbaik mengukuhkan silaturahim. Antara cara dianjurkan syarak untuk memupuk kasih sayang dan tanda hormat sesama saudara seagama adalah menyebarkan salam dalam setiap pertemuan.
Di samping mengucapkan salam, syarak menganjurkan supaya berjabat tangan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada dua orang Islam yang bertemu lalu mereka berjabat tangan melainkan diampunkan kedua mereka sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, sahih)
Memberi salam dan berjabat tangan adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang berjabat tangan tidak dikatakan memberi salam kecuali jika dia mengucapkan salam dengan lidahnya. Maka asasnya adalah mengucapkan salam. Adapun berjabat tangan, ia bergantung kepada situasi dan keadaan.
Berpeluk ketika bersua
Adapun memeluk ketika bertemu, ia diharuskan lebih-lebih lagi dengan adanya athar sahabat yang berbuat demikian. Kata Anas bin Malik RA: "Sahabat Nabi SAW ketika bertemu mereka berjabat tangan, dan ketika tiba daripada perjalanan jauh (musafir) mereka berpeluk." (Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Awsat, hassan)
Adapun mencium dan mencium tangan secara khasnya, dalam sebuah riwayat Anas bin Malik RA berkata: "Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah SAW! Apakah seseorang kami ketika bertemu saudaranya atau rakannya, adakah dia tunduk untuknya?" Jawab Nabi SAW:
"Tidak." Dia bertanya lagi: "Apakah dia memeluknya dan menciumnya?" Jawab Nabi SAW: "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia mengambil tangannya dan menjabatnya?" Jawab Nabi SAW: "Ya". (Riwayat Tirmizi, sahih)
Hadis tersebut menjelaskan larangan perbuatan mencium ketika bertemu. Bagaimanapun, mencium anak dan isteri tidak termasuk dalam larangan ini sebagaimana zahirnya. Adapun riwayat lain yang seolah-olah bertembung dengan hadis Anas ini, jika ia sabit sekalipun hadis Anas tetap perlu didahulukan. Ini sebagaimana kaedah usul fikah yang menyatakan hadis kata-kata dan hadis larangan perlu didahulukan atas hadis perbuatan dan hadis yang mengharuskan.
Adapun mencium tangan secara khasnya, terdapat banyak riwayat mengenainya yang menunjukkan ia ada asasnya dalam agama. Maka dibolehkan mencium tangan ulama dan pemimpin jika syarat berikut ditepati:
- Ia tidak boleh dijadikan sebagai kebiasaan sehingga si guru menghulurkan tangannya setiap kali bertemu muridnya, manakala si murid pula mengambil berkat dengan mencium tangan si guru.
- Sahabat mungkin ada mencium tangan Nabi Muhammad SAW tetapi hal ini bukan suatu kebiasaan. Maka jika ini dapat difahami, sesuatu yang jarang dilakukan oleh sahabat tidak boleh dijadikan sebagai suatu amalan kebiasaan yang dilakukan secara berterusan sebagaimana dalam kaedah fikah.
- Hendaklah perbuatan tersebut tidak mendorong si guru berasa takbur dan memandang rendah orang di sekelilingnya; sebagaimana realiti keadaan sebahagian guru.
- Hendaklah amalan mencium tangan tidak sampai memansuhkan amalan yang ditetapkan syarak seperti berjabat tangan. Ia disyariatkan dengan perbuatan dan kata-kata Nabi Muhammad SAW. Bahkan sunnah berjabat tangan menjadi sebab tergugurnya dosa kedua orang yang berjabat tangan itu. Maka berjabat tangan itu yang dianjurkan. Adapun mencium tangan, paling kuat ia adalah harus tetapi dengan syarat-syarat di atas.
Dalam hadis, Jabir RA mengatakan: "Nabi mengadu sakit maka kami solat di belakang Baginda sedang Baginda duduk manakala Abu Bakar memperdengarkan takbir Baginda. Pada suatu ketika Baginda menoleh dan mendapati kami berdiri, lalu Baginda memberi isyarat supaya kami duduk. Kami pun duduk solat di belakang Baginda. Setelah salam Baginda berkata: "Kamu hampir melakukan apa yang dilakukan oleh orang Parsi dan Rom. Mereka berdiri menghadap raja mereka yang duduk. Jangan kamu lakukan. Ikutlah imam kamu. Jika dia solat berdiri maka solatlah kamu berdiri, dan jika dia solat duduk maka solatlah kamu dalam keadaan duduk." (Riwayat Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, sahih)
Hadis di atas merujuk kepada larangan makmum berdiri dalam keadaan imam di depan solat duduk. Walaupun sahabat tidak berniat untuk berdiri hormat kepada Rasulullah SAW, tetapi memandangkan zahir perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang kafir yang menyembah raja mereka maka hal tersebut dilarang dalam atau luar solat.
Bagaimana pula perbuatan berdiri tanda hormat tatkala seseorang itu tiba ke majlis? Cara terbaik untuk kita memahami hal ini adalah dengan melihat keadaan sahabat dengan Rasulullah SAW.
Berkata Anas bin Malik: "Tidak ada manusia yang lebih mereka cintai daripada Rasulullah SAW, dan mereka jika melihat Baginda (datang) mereka tidak berdiri kerana mengetahui Baginda membencinya" (Riwayat Tirmizi, sahih)
Sewajarnya sikap Baginda SAW tiba dan praktik sahabat dalam hal ini menjadi pedoman buat kita. Tiada ruang untuk berdalih bagi mengharuskan perbuatan ini. Secara logik, Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling layak untuk sahabat berdiri sebagai tanda hormat dan sayang tetapi ternyata hukum-hakam syarak adalah berpandukan wahyu dan bukan akal.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang gemar supaya hamba ALLAH berdiri untuknya maka hendaklah dia bersiap sedia akan tempatnya di neraka." (Riwayat Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, sahih)
Ternyata perbuatan berdiri sebagai tanda hormat kepada manusia dilarang syarak; tak kira sama orang yang dihormati itu sedang duduk atau berdiri. Ini kerana perbuatan berdiri adalah ibadah dan tanda hormat serta pengagungan yang hanya boleh ditujukan kepada ALLAH.
Sebagaimana firman ALLAH: "Berdirilah kamu (solat) dalam keadaan khusyuk." (Surah Al-Baqarah: 238)
Tunduk hormat
Jika hal berdiri hormat sudah jelas, maka perbuatan tunduk sudah tentu lebih berat dan lebih ditegah syarak kerana hal tersebut jelas menunjukkan perbuatan menundukkan diri dan pengagungan kepada selain ALLAH.
Sebagaimana tegahan Nabi Muhammad SAW dalam hadis Anas sebelum ini ketika ditanya: "Apakah seseorang kami ketika bertemu saudaranya atau rakannya, adakah dia tunduk untuknya?" Jawab Nabi SAW: "Tidak."
Jawapan Nabi 'tidak' jelas menunjukkan larangan mutlak tanpa sebarang pengecualian. Barangkali boleh dikecualikan perbuatan tunduk untuk mencium tangan ibu bapa, guru atau ulama. Kerana 'tunduk' di sini adalah atas dasar terpaksa demi untuk mencium tangan. Apa yang dilarang adalah tunduk hormat. Adapun rukuk dan sujud, kedua posisi ini jelas jauh lebih berat.
Firman ALLAH: "Janganlah kamu sujud kepada matahari atau bulan (tetapi) sujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya." (Surah Fussilat: 37)
Juga firman ALLAH yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah dan sembahlah Tuhan kamu." (Surah Al-Hajj: 77)
Kedua ayat di atas adalah suruhan supaya hanya rukuk dan sujud kepada ALLAH SWT. Ini kerana keduanya adalah bentuk posisi sembahan, dan menyembah hanya boleh ditujukan kepada ALLAH.
Adapun golongan yang sampai sujud kepada guru mereka walaupun atas alasan ingin mencium kakinya, perbuatan ini jelas salah dan melanggar batas syarak. Benar, menghormati guru adalah satu tuntutan. Tetapi buktikan dahulu dengan hadis sahih dan sanad yang bersambung bahawa ia diperakui Nabi Muhammad SAW dengan amalan sahabat. Jika Baginda SAW dan sahabat tidak pernah membiarkan orang mencium kaki mereka, guru jenis mana pula yang akan membiarkan muridnya mencium kakinya?
USTAZ IDRIS SULAIMAN
(Ahli Majlis Syura Pertubuhan Ilmuwan Malaysia

0 Komentar untuk " Beza berjabat tangan dan bersalam "