MENYEDARI masih ada tanggapan berlainan terhadap Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) walaupun banyak penerangan dibuat melalui media konvensional (televisyen, radio, penulisan artikel di akhbar dan majalah, kenyataan dan sidang media) dan baru (Facebook, Twitter, blog dan laman sesawang) sejak penubuhannya tiga tahun lalu, saya dan pengurusan mengambil kaedah turun padang untuk berbincang dan memberi penerangan secara langsung.
Selain dapat berjumpa secara peribadi untuk menjalin rangkaian dan mengukuhkan silaturahim, kami guna peluang untuk menjawab pelbagai soalan berhubung aktiviti, peranan dan matlamat YPPM selain menangani persepsi yang tidak betul.
Daripada sesi sebegini, banyak cadangan bernas dan saranan bermanfaat yang boleh dipertimbang YPPM untuk dilaksanakan.
Antara pihak yang YPPM sering bertemu dan rujuk ialah golongan mufti. Kerana itu jugalah dua mantan mufti, yakni Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim (Kedah, 2012 hingga sekarang) dan Datuk Nooh Gadot (Johor, 2012-2014) dilantik membarisi Lembaga Mustasyar YPPM.
Ilmu pengetahuan, pengalaman dan ketokohan mufti sangat bernilai untuk dijadikan iktibar dan panduan. Ini penting kerana ramai mufti yang mempunyai pengalaman belajar, mengajar atau membuka pondok. Seorang daripada mereka ialah Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Badarudin Ahmad.
Beliau mewarisi pondok yang ditubuhkan Allahyarham bapanya lebih 20 tahun lalu dikenali sebagai Maktab Pengajian Islam di Kodiang. Semasa perjumpaan kami di pejabatnya di Alor Setar tahun lalu, beliau menyokong penubuhan dan tujuan YPPM.
Bagi menzahirkan sokongan, beliau turut mengambil bahagian dalam Ijtimak Pondok 2014 yang menyaksikan kehadiran lebih 1,200 warga pondok seluruh negara. Beliau menjadi panelis membincangkan tajuk Mengarus Perdana dan Cabaran Memartabatkan Institusi Pondok.
Seorang lagi mufti yang merestui dan menyokong penubuhan YPPM sejak awal ialah Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Beliau hadir pada majlis perasmian YPPM di Ampang, Kuala Lumpur pada 8 November 2013.
Beliau tidak keberatan memberi pandangan atau respons kepada pelbagai isu berkaitan pondok, umat dan agama Islam apabila ditanya oleh wartawan portal berita www.yppm.org.my.
Bulan ini, rombongan YPPM mengadakan kunjungan hormat ke pejabat tiga mufti, yakni Terengganu, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam perbincangan dengan Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifli Muda berkata, beliau menyambut baik gabungan ilmu agama dengan subjek akademik.
Katanya, pengajian kitab thurath dalam sistem pondok tradisional boleh digabungkan dengan ilmu moden untuk menarik lebih ramai pelajar belajar di pondok.
Beliau juga mencadangkan YYPM mengambil inisiatif menganjurkan seminar atau bengkel untuk membincang isu kurikulum bagi pondok dengan harapan dapat diwujudkan kurikulum yang berkualiti dan berpiawai.
Pandangan ini dipersetujui Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman. Katanya, ini penting untuk memastikan pelajar pondok mempunyai lebih banyak pilihan apabila tamat pengajian.
Satu idea beliau yang menarik ialah mentransformasikan institusi vokasional menjadi pondok. Jika ini dapat dilakukan, pondok dapat melahirkan pelajar yang mantap ilmu agamanya serta berkemahiran tinggi.
Untuk memajukan dan memastikan kelangsungan institusi pondok di Malaysia, beliau menyaran agar pemilik dan pentadbir pondok mengambil teladan dan contoh pembangunan dan perkembangan pondok pesantren di Indonesia.
Banyak pondok yang asalnya kecil dan tidak ramai pelajar kini berkembang maju dengan ribuan pelajar kerana mereka melaksanakan sistem waqaf. Justeru, beliau bersetuju untuk membentang kertas kerja bertajuk Konsep, Pengurusan dan Peranan Waqaf dalam Pembangunan Pondok di Malaysia pada Ijtimak Pondok Ke-2 anjuran YPPM yang diadakan di Terengganu, 2016.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad pula melahirkan kebimbangan terhadap pengajian pondok yang semakin pupus berikutan masalah pewarisan pengurusan dan bilangan pelajar yang semakin susut.
Katanya, Pejabat Agama Islam memantau perkembangan dan pendaftaran pondok manakala pejabatnya menganjurkan majlis pentauliahan bagi guru-guru pondok setiap tahun.
Menurutnya lagi, beberapa buah pondok di Negeri Sembilan sudah tutup, bakinya berada dalam keadaan 'hidup segan mati tak mahu'. Ada pondok yang menghadapi masalah dana sudah bertukar menjadi sekolah integrasi, Sekolah Agama Rakyat atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebagai sokongan kepada peranan YPPM, pihaknya akan mengatur perjumpaan dengan guru-guru pondok Negeri Sembilan tidak lama lagi agar perbincangan yang mendalam dan telus dapat diadakan.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " YPPM hargai sokongan mufti "