Qaseh Gold Premier sasar warga emas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Qaseh Gold Premier sasar warga emas

SYARIKAT Ana Edar Sdn Bhd menyasarkan jualan 10,000 botol produk baharu mereka iaitu Qaseh Gold Premier yang dipasarkan bermula bulan depan.

Produk kesihatan itu dijual RM120 (500 mililiter) untuk golongan 40 tahun dan ke atas.

Pengarah Urusannya, Luqman Othman berkata, sebagai permulaan, syarikat itu mengedarkan 50 sampel produk bagi usia premier yang mengalami masalah kesihatan.

“Pesakit yang terpilih rata-ratanya mengalami perubahan positif selepas mencuba produk ini kerana ia bagus untuk kesihatan dalaman, tulang dan imun tubuh badan.

“Kami juga menggunakan bahan istimewa iaitu kalsium tulang ikan untuk menggantikan kalsium sintetik yang diguna secara meluas di pasaran hari ini,” katanya ketika majlis pelancaran produk tersebut di Kampung Pengantin Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ramuan yang digunakan mengandungi makanan sunnah seperti kurma, habbatussauda, madu, zaitun, air zam zam dan banyak lagi.

“Kami sasar pada mereka yang berusia 40-an kerana tanda-tanda masalah kesihatan akan mula kelihatan seiring dengan pertambahan usia.

“Jika golongan ini tidak mengamalkan amalan hidup sihat dan tanpa makanan tambahan, mungkin mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah kronik,” katanya.

Menurutnya, pelancaran produk tersebut juga merupakan satu lagi inovasi baharu bagi menjadi salah satu syarikat Bumiputera untuk melangkah lebih jauh dalam perniagaan.

Syarikat itu juga turut menjual beberapa produk kesihatan seperti Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda, Qaseh Gold Junior, Qaseh Gold Anis.

0 Komentar untuk " Qaseh Gold Premier sasar warga emas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ