BALQIS Textiles Manufacturing Sdn Bhd (Balqis Textiles), pengeluar pakaian tempahan khas terkemuka menyasarkan pengeluaran sejuta helai baju sekolah jenama Adam dan Hawa menjelang Oktober ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Mohammed Izhaar Syed Mohd Sebir berkata, baju sekolah tersebut diyakini menjadi pilihan utama ibu bapa berdasarkan kualiti dan harga berpatutan yang ditawarkan.
“Kami sasarkan baju sekolah jenama Adam dan Hawa untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Maknanya baju sekolah yang kami jual adalah murah daripada harga yang ditawarkan di pasaran. Namun, buat masa ini, harga masih dalam perbincangan.
“Balqis Textiles adalah pemain baharu dalam industri baju sekolah. Kami berhasrat menjadi syarikat Bumiputera yang berdaya saing dari segi mutu dan harga,” katanya, semalam.
Syed Mohammed Izhaar berkata, baju sekolah tersebut akan mula dijual pada Oktober ini di Butik Balqis di Rawang, Selangor dan juga gedung membeli belah seluruh negara.
Katanya, Balqis Textiles melaburkan sekitar RM20 juta untuk mengusahakan baju sekolah jenama Adam dan Hawa.
“Baju sekolah kami adalah untuk murid darjah satu hingga pelajar tingkatan lima.
“Untuk jangka masa panjang, kami akan turut mengeluarkan pakaian unit beruniform seperti baju pengakap dan tunas puteri,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Balqis Textiles akan membuka kilang baharu awal tahun hadapan membabitkan belanja RM18 juta.
“Kilang tersebut akan dibuka di Rawang bagi menampung operasi dan pengeluaran kilang yang semakin meningkat,” katanya.
Buat masa ini, Balqis Textiles mempunyai 500 pekerja serta 500 mesin di kilangnya di Kundang, Selangor.

0 Komentar untuk " Sasar sejuta baju sekolah "