MINGGU lalu, kerajaan membentangkan di Dewan Rakyat dua Rang Undang-undang (RUU) baharu bersama-sama dengan lima RUU untuk meminda akta-akta sedia ada. RUU baharu adalah RUU Pencegahan Keganasan dan RUU Langkah-langkah Khas untuk Menentang Keganasan di Luar Negara.
Oleh kerana ruang adalah terhad, rencana ini hanya akan memfokus kepada RUU Pencegahan Keganasan sahaja.
Pembentangan RUU Pencegahan Keganasan ini telah disambut dengan kritikan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi masyarakat madani. Walaupun pihak kerajaan memberi jaminan bahawa RUU ini hanya akan digunakan bagi mencegah keganasan, namun terdapat banyak peruntukan yang membimbangkan yang membelakangi norma-norma hak asasi manusia dan kebebasan asasi.
Kebimbangan utama adalah ke atas peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Mengikut RUU, seseorang pegawai polis menahan seseorang sekiranya pegawai itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu di bawah undang-undang itu.
Selepas penahanan oleh pihak polis, suspek itu harus dibawa ke hadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.
Majistret diberi bidang kuasa untuk menahan seseorang suspek di bawah undang-undang ini sehingga 60 hari, tanpa apa-apa pendakwaan atau sabitan kesalahan.
Walaupun dibawa ke hadapan majistret dan penahanan itu diperintahkan oleh majistret, tetapi jika dilihat peruntukan-peruntukan dalam RUU tersebut, majistret ini hanyalah suatu rubber stamp apabila dikemukakan dengan pernyataan-pernyataan bertulis daripada pihak polis atau pihak timbalan pendakwa mengenai penglibatan suspek dengan keganasan.
Ini secara hakikinya bukanlah suatu pengawasan kehakiman atau judicial scrutiny, tetapi proses administrative tanpa peluang untuk menilai kesahihan pernyataan-pernyataan dikemukakan oleh yang berkuasa. Ini sebenarnya membayangi kuasa polis untuk menahan orang sehingga 60 hari yang terdapat dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu.
Selepas tamat tempoh penahanan awal sehingga 60 hari, suspek sekiranya tidak dilepaskan akan dibawa ke hadapan suatu Lembaga Pencegahan Keganasan yang dibentuk menurut undang-undang tersebut.
Lembaga ini boleh mengeluarkan perintah untuk menahan suspek tanpa bicara sehingga dua tahun, dan yang boleh diperbaharui tanpa had. Ini juga mengingatkan kita kepada peruntukan yang sama di bawah ISA dahulu, bezanya ISA perintah tahanan dikeluarkan oleh menteri.
Walaupun perintah tahanan ini dikeluarkan oleh lembaga, ia juga bukan suatu penahanan oleh mahkamah. Suspek tidak didakwa di mahkamah, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan apa-apa dan suspek tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan.
Menurut RUU ini, seseorang ‘pegawai siasatan’, yang dilantik oleh kerajaan, akan mengemukakan laporan kepada lembaga tersebut dan sekiranya lembaga berpuas hati berkenaan dengan mana-mana orang bahawa orang itu telah atau sedang terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing, lembaga boleh jika berpuas hati bahawa tahanan perlu untuk keselamatan negara, mengeluarkan perintah tahanan tersebut.
Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah peruntukan dalam RUU ini yang menyatakan bahawa apa-apa keputusan atau tindakan lembaga tidak boleh disemak oleh mahkamah, melainkan ia berkenaan dengan sama ada prosedur diikut atau tidak. Sekali lagi, ini adalah peruntukan sama dengan yang terdapat dalam ISA.
Terdapat banyak lagi perkara membimbangkan yang lain dalam RUU tersebut yang tidak dikupas di sini. Tetapi setakat ini, tidak hairanlah sekiranya masyarakat madani melihat ini sebagai ‘ISA 2.0’.
Tidak ada sesiapa yang menafikan peri pentingnya langkah-langkah untuk menangani terorisme. Tetapi pada masa sama, langkah-langkah wajar mempunyai perlindungan-perlindungan yang mencukupi bagi memastikan hak asasi manusia dan kebebasan asasi dilindungi, dan untuk memastikan undang-undang ini tidak disalahgunakan nanti.
*Penulis ialah seorang peguam

0 Komentar untuk " RUU Pencegahan Keganasan "