GEBU, sedap dan lembut menggambarkan roti sarang lebah yang dimakan bersama sos karamel dan butterscotch likat menjadi kesukaan rakyat tempatan sejak kebelakangan ini.
Roti tersebut yang dihiasi kuaci hijau, kuaci putih, badam dan bijan hitam bukan sahaja cantik tetapi enak dimakan tanpa mengira masa bersama minuman sejuk atau panas.
Roti sarang lebah mula menjadi sebutan sejak dua tahun lalu kerana khasiatnya, reka bentuknya dan mudah disediakan.
Ia menjadi pilihan penggemar roti. Malah, ada segelintir suri rumah menjadikan perniagaan roti sarang lebah sebagai sumber pendapatan sampingan.
Kegemaran anak-anak
Bagi pekerja swasta, Fahd Muzaid Zakaria, 32, mula mengenali roti sarang lebah selepas diperkenalkan ibunya, Jamilah Mohd Ali sejak setahun lalu.
“Pada mulanya, saya tidak suka roti tersebut kerana tidak menggemari kuaci dan bijan yang terdapat pada roti tersebut. Lama-kelamaan saya mula boleh menerima roti sarang lebah kerana kedua-dua anak saya menyukainya.
“Kini, saya kerap membeli roti tersebut di pusat membeli-belah di Putrajaya dan menempah daripada rakan- rakan,” katanya.
Tambahnya, roti tersebut adalah makanan wajib kepada anak-anak sekiranya kami menempuhi perjalanan jauh seperti pulang ke kampung di Kedah.
Roti sarang lebah istimewa
Bagi jururawat, Azora Shafie berkata, roti sarang lebah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan berkhasiat.
“Saya mula mengenalinya apabila ia menjadi bualan rakan-rakan di tempat kerja. Saya meminta kakak ipar membelinya dan nyata ia memang sedap.
“Ia bukan sahaja boleh dimakan bersama sos karamel tetapi boleh dimakan begitu sahaja,” katanya.
Azora berkata, beliau hanya membeli di kedai dan daripada rakan-rakannya sahaja dengan harga RM6 untuk sebekas roti dan mengakui tidak mempunyai masa untuk menyediakannya.
“Saya membeli daripada banyak penjual roti sarang lebah dan terdapat sedikit kelainan rasa di antara satu sama lain walaupun menggunakan hiasan yang sama,” katanya.
Tambahnya, beliau akan memastikan roti tersebut sentiasa di rumahnya.
Mudah diperoleh
Bagi pekerja swasta, Farah Nabilah Mohd Fazli berkata, roti sarang lebah mempunyai peminat yang tersendiri kerana ia memberikan pilihan kepada penggemar roti dan mudah diperoleh di mana-mana sahaja.
Katanya, pada mulanya, roti sarang lebah sukar ditemui kerana tidak ramai yang pandai membuatnya kerana menyediakannya perlukan ketelitian yang tinggi, namun kini ia mudah didapati.
"Roti sarang lebah dijual dengan harga yang murah di pasaran tempatan antara RM5 hingga RM10 satu bekas. Di kawasan kediaman saya, roti sarang lebah dijual dengan harga RM6 sebelum GST dilaksanakan pada awal bulan lalu," katanya.
Tambahnya, dia menggemari roti sarang lebah kerana gebu dan dilengkapi sos butterscotch.
"Roti ini juga boleh dimakan beberapa hari mengikut bahan yang digunakan penjualnya.
"Selalunya, saya membeli dalam kuantiti yang banyak dan boleh bertahan selama empat hari," katanya.
Roti sarang lebah ada pasaran tersendiri
Bagi pemilik D’Sembilan Sembilan Enterprise, Rohizan Abd Rahman, bermula sekadar menjadi bekal kepada kedua- dua anaknya ke sekolah, Muhammad Amir Syaifullah Samsolry, 14, dan Nur Aini Safia Samsolry, 9, tidak menyangka, permintaan roti sarang lebah mempunyai pasaran yang tersendiri.
“Selepas membawa bekal ke sekolah, guru-guru mereka mula menempah roti sarang lebah tersebut. Saya juga mempelawa jiran-jiran di sekitar kawasan perumahan untuk merasainya. Saya mula menjual roti sarang lebah secara kecil-kecilan sejak 2013.
“Alhamdulillah, selepas merasainya, mereka mula membuat tempahan dan mempromosikannya kepada rakan-rakan yang lain. Setakat ini, saya menerima lebih 100 tempahan dari negeri Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain,” katanya.
Rohizan berkata, roti sarang lebah yang dijual dengan harga yang berpatutan iaitu saiz kecil pada harga RM7, mempunyai lapan biji roti manakala saiz besar dijual dengan harga RM15 dan mempunyai 15 biji roti.
“Selain menjualnya dari rumah, saya juga menjualnya secara atas talian (online). Alhamdulillah, melalui jualan online, saya menerima banyak tempahan dan akan memastikan ia dihantar kepada pelanggan mengikut hari yang mereka mahu,” katanya.
Selain roti sarang lebah, Rohizan juga menyediakan piza, roti kacang merah, roti kaya, donat, bun, roti sosej dan kuih tradisional.
“Memandangkan permintaan terhadap produk tersebut semakin meningkat dan saya yakin berpotensi untuk diceburi secara serius, saya menyertai kursus pembuatan roti di Kolej Komuniti Jitra pada tahun lalu,” katanya.

0 Komentar untuk " Roti sarang lebah kesukaan ramai "