Powergold: Suri rumah bergaji - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Powergold: Suri rumah bergaji

EMPAT wanita ini datang dari pelbagai latar belakang. Mereka tidak mengenali satu sama lain namun persamaan yang menyatukan mereka dalam ikatan persahabatan, adalah wawasan dan iltizam!

“Kami suri rumah, tapi bergaji!” Kata Siti Amizah Zainol, 29, ketika dihubungi WOW baru-baru ini. Perkongsian empat suri rumah ini mungkin dapat membuka mata wanita lain untuk sama-sama berjaya mengukuhkan ekonomi keluarga seperti mana dilakukan mereka.

Siapa sangka dengan bermodalkan media sosial dan satu gram emas, mereka berjaya memperoleh pendapatan antara RM1,000 hingga RM4,000 untuk tempoh 10 hari bekerja.

Siti Amizah merupakan bekas konsultan kecantikan. Beliau bekerja di bidang itu hampir enam tahun dan setelah berumah tangga dan mula menggalas tanggungjawab sebagai ibu membuatkannya tidak betah meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

“Saya tak boleh kerja bila teringatkan anak. Satu hari saya baca posting rakan di Facebook mengenai Powergold.

“Saya buat carian mengenai Powergold dan apabila sudah faham, saya jadi ahli. Tujuan asal untuk menjual emas dan mendapatkannya pada harga lebih murah.

Tetapi apabila sudah berada dalam keluarga Powergold, saya mendapat pendidikan baru mengenai kepentingan emas dan akhirnya saya turut berkongsi dan membentuk rangkaian perniagaan yang besar,” katanya yang kini telah merekrut lebih 20 group whatsapp ahli di bawah grup taukeemas.com.

“Suri rumah ada lebih masa untuk berjaya. Pokok pangkalnya terletak kepada kemahuan. Kelebihan suri rumah adalah fleksibiliti dari segi pengurusan jadual harian. Selain dapat memberikan tumpuan kepada anak-anak, rumah tangga dan suami dalam masa sama memperoleh pendapatan yang lebih baik berbanding ketika saya bekerja dahulu.

“Tak keterlaluan kalau saya katakan bisnes ini menemukan kami. Siapa kata suri rumah dengan tanggungjawab keluarga tidak boleh bermasyarakat dan bersosial sesama wanita? Kami berinteraksi dalam grup Whatsapp. Kadangkala pening juga tapi saya seronok membantu rakan-rakan wanita yang lain, yang sama-sama nak berjaya dalam bisnes Powergold,” katanya

Tidak perlu keluar rumah

Sependapat dengan Siti Amizah, Juliana Johari, 29, yang merupakan tukang jahit di rumah turut memulakan langkah sama setelah melihat kejayaan rakannya itu.
“Saya membeli untuk simpanan diri sendiri dan anak-anak.

Tapi bila ada pula yang bertanyakan kepada saya mengenai Powergold secara tidak langsung saya fokus ke peringkat lebih mendalam. Saya nampak bisnes ini boleh pergi jauh.

Akhirnya dengan dorongan suami, selepas tiga bulan menjadi ahli saya upgrade menjadi stokis dan turut membina empayar Powergold bersama-sama Amizah.” Kata ibu tiga anak ini.

Juliana sebelum ini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembangunan pernah mendapat tawaran bekerja di sektor kerajaan namun  beliau dan suami ditimpa ujian apabila suami disahkan sakit saraf menyebabkan Juliana menolak tawaran tersebut.

“Saya anggap ujian itu sebagai titik tolak untuk jatuh ke bidang simpanan emas ini. Dengan Powergold saya tidak pernah bimbang kerana konsep perniagaannya mudah; saving,trading dan networking. Terpulang di mana kita mahu tumpu. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sekarang RM13,500. Dah balik modal dan dapat untung saya menjadi stokis.

“Saya juga tersenarai mendapat Best Performance Leader Award," katanya.

Bisnes yang mudah

Mengetahui perjalanan Powergold yang kini telah mempunyai hampir 60,000 ahli termasuk stokis, tidak menghalang niat Zuliana Zulkifly, 32, untuk menyertai bisnes tersebut.

Bekas setiausaha di sebuah kelab golf terkemuka ini berkata, pendapatannya bersama Powergold kini melebihi apa yang beliau pernah terima sepanjang bekerja makan gaji dahulu.

“Di bawah Powergold saya bergerak bersama-sama grup taukeemas.com. Apa yang lebih penting dan lebih memuaskan dalam hidup saya adalah nilai persahabatan yang saya terima sepanjang menyertai bisnes ini.

“Saya bertemu rakan-rakan yang saling membantu untuk melihat rakan lain berada di atas. Walaupun baru empat bulan menyertai Powergold saya juga bakal menerima anugerah Best Performance Leader Award seperti mana yang lain.

“Enam tahun saya menjadi suri rumah dan berhenti kerja dan dalam tempoh empat bulan ni saya dah capai apa yang saya ingin capai. Bagi saya tak ada bisnes lain yang lebih mudah berbanding apa yang kami lakukan sekarang,” katanya yang turut menyertai trip ke Korea, baru-baru ini.

Tidak susut nilai

Siti Noorfaezah A Manan, 28, merupakan bekas animator yang pernah terlibat dalam pembikinan kartun Eicak yang bersiaran di TV9 pada 2012.

Selepas berhenti kerja disebabkan masalah kesihatan ibu dan menuntut beliau pulang menjaga ibunya, Noorfaezah menyambung kerjaya sebagai Penyelia IT di Majlis Perbandaran Muar sehingga berkahwin.

Perkahwinan menuntut Noorfaezah berhenti kerja kerana berhijrah mengikut suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur. Graduan Kuis dalam bidang multimedia ini menyertai Powergold kerana menyedari kelebihan pelaburan emas yang tidak pernah susut nilai untuk jangka masa panjang.

“Saya bertuah kerana suami juga meminati bidang emas. Perjalanan saya dalam bisnes ini mendapat dorongan suami dan itu menjadikan bidang ini lebih mudah. Lagi pun saya tidak terikat dengan jadual kerja. Tidak perlu menghabiskan masa di luar dan saya boleh menentukan sendiri dengan siapa saya berurusan.

“Saya suka emas dan saya nak mencuba. Alhamdulillah perjalanan Powergold menarik. Hari kedua serta saya dah dapat taja dua orang ahli. Bisnes ini mudah dan berkembang dengan baik sebab Powergold satu nama yang dah dikenali,” katanya yang mengakui setiap perjalanan bisnes purlukan mentor untuk berjaya.

0 Komentar untuk " Powergold: Suri rumah bergaji "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ