TINDAKAN Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini yang mengambil langkah dengan membina laluan berbasikal sepanjang 10 kilometer bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas melalui aktiviti berbasikal adalah sangat baik.
Ini kerana, galakan berbasikal ini merupakan aktiviti fizikal bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti mudah sebegini memberikan peluang kepada masyarakat di luar sana bagi melakukan riadah walaupun sibuk mengejar kerjaya masing-masing.
Walaupun aktiviti berbasikal ini kelihatan biasa di mata kasar dan tidak begitu lasak seperti aktiviti-aktiviti yang lain tetapi ia mampu meningkatakan kecergasan tubuh badan anda.
Di samping itu, akitivit ini boleh melancarkan aliran darah yang mampu meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Malahan, ia juga turut mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak dan mengurangkan selulit pada tubuh badan.
Oleh itu, pergerakan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.
Pada tahun 2012, Sekumpulan doktor pakar saraf dari University Gothenburg Sweden menyatakan berbasikal adalah cara yang paling baik untuk bebas dari migrain. Berdasarkan hasil kajian yang telah mereka lakukan berbasikal akan menghasilkan tindak balas yang mampu menghilangkan stress dan membaiki kualiti tidur dan akan menstabilkan denyutan di kepala. Dengan secara semula jadi, pesakit akan sembuh lama-kelamaan.
Islam amat menitikberatkan penjagaan kesihatan tubuh badan baik dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani secara optimum dan berupaya mencapai potensi serta impian kehidupan yang dipandukan agama. Muslim yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan muslim yang lemah. Rasulullah SAW telah bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim).
Selepas kenyakinan keimanan, Islam telah meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama. Ini kerana, urusan ibadah kita turut terganggu sekiranaya kita mempunyai masalah kesihatan. Ini merupakan salah satu bukti mengapa kesihatan harus di jaga dengan baik dan mengmabil tindakan pencegahan awal sebelum ia memudartkan diri.
Kenyataan tersebut berpandukan sabda Rasulullah SAW: “Mintalah kepada ALLAH kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara lebih baikdari kesihatan selepas kenyakinan imam”. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)juga menyediakan laluan berbasikal dalam kampus kerana terdapat segelintir pelajar yang menggunakan basikal untuk pergi belajar di universiti. USIM turut membuat perkhidmatan percuma kepada pelajar yang ingin menggunakan basikal untuk akitiviti riadah di masa lapang bagi menggalakkan mereka melahirkan minat dalam bersukan serta mengayakan hidup yang sihat.
Ummi Aiman Mohamad
pelajar Universiti Sains Islam Sains Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan

0 Komentar untuk " Berbasikal lahirkan masyarakat sihat, cergas "