PERNAHKAH anda terfikir pes asam pedas di dalam botol mampu menghasilkan pelbagai jenis masakan selain asam pedas itu sendiri?
Itulah yang dilakukan oleh anak muda berumur 24 tahun berasal dari Melaka, Ridzwan Hafidz Rosli, yang menghasilkan sambal di dalam botol dan paket melalui syarikat milik keluarganya Mama G Food Industries (Mama G Food).
Apa yang menarik, produk tersebut diinovasi tanpa memerlukan modal yang besar serta dilakukan dalam masa yang singkat sahaja.
Penulis sendiri diberi peluang untuk untuk merasa rendang yang dimasak menggunakan pes asam pedas Mama G dan rasanya amat sedap.
Menurut Ridzwan Hafidz, pes asam pedas Mama G dikeluarkan dalam dua jenis iaitu pes asam pedas ikan dan makanan laut serta pes asam pedas ayam dan daging.
“Pes asam pedas Mama G istimewa kerana mampu menghasilkan empat jenis makanan, selain asam pedas seperti rendang ayam, tomyam seafood, ayam masak merah dan ikan bakar,” katanya.
Ditanya mengenai idea menginovasi pes asam pedas tersebut, Ridzwan Hafidz berkata, beliau menjalankan sendiri kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membawa kelainan kepada produknya.
“Saya lakukan R&D dalam masa yang singkat bermula September tahun lalu dan ia tidak memakan masa yang lama melalui kaedah mencuba sendiri secara spontan.
“Alhamdulillah R&D kami berjaya menginovasi produk sedia ada iaitu pes asam pedas untuk digunakan dalam pelbagai masakan tradisional lain dalam memudahkan pelanggan di luar sana,” katanya.
Ridzwan Hafidz berkata, selepas berjaya menginovasi pes asam pedas keluarannya, jualan produk tersebut terus meningkat sebanyak 20 peratus berbanding sebelum ini.
Guna bungkusan baharu
Bagi yang mengenali produk Mama G seperti sambal tumis, sambal goreng, sambal berapi, sambal kacang, pes asam pedas ikan dan makanan laut serta pes asam pedas ayam dan daging, pastinya mengetahui bahawa produk tersebut dijual dalam botol kaca.
Tetapi kini kesemua produk sambal Mama G turut dijual dalam kotak kecil yang mengandungi lima paket kecil produk tersebut, bagi memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja.
Menurut Ridzwan Hafidz, idea mengeluarkan bungkusan baharu tersebut dikeluarkan selepas mengambil kira pelanggan yang merantau ke luar negara supaya mudah membawa bersama produknya.
“Kami mendapat permintaan yang banyak bagi mereka yang suka melancong, jadi saya terus terfikir untuk mengeluarkan bungkusan baharu seperti konsep sos cili dalam paket.
“Selain boleh dibawa untuk melancong, kami juga mengeluarkannya khas untuk mereka yang bekerja pejabat mahupun mereka yang suka mengembara tanpa perlu membawa botol kaca dan kemudian menyimpannya untuk kegunaan lain,” katanya.
Tembusi pasaran Singapura, Brunei
Ridzwan Hafidz berkata, pembungkusan baharu tersebut juga mendapat sambutan menggalakkan dalam pasaran luar negara seperti Singapura dan Brunei.
“Kami telah berjaya menembusi pasaran Singapura melalui pasar raya Nice Supermart dan My Outlet dan hampir semua pasar raya di Brunei pada Oktober tahun lepas.
“Alhamdulillah permintaan dari kedua-dua negara tersebut meningkat, di mana sebulan kami mengeksport hampir 10,000 kotak produk Mama G ke sana,” katanya.
Bagi pasaran tempatan, produk Mama G masih lagi belum memasuki pasar raya tempatan dan hanya boleh didapati melalui ejennya di Negeri Sembilan dan Sabah.
"Saya juga sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen sambal Mama G di negeri masing-masing memandangkan produk kami masih belum menembusi pasar raya tempatan.
“Selain itu, kami juga menjual produk kami secara atas talian di Facebook dan Instagram,” katanya.
Menurutnya, beliau sedang dalam perancangan untuk memasuki beberapa pasar raya terkenal tempatan seperti Tesco, Mydin dan Giant dalam tempoh terdekat.

0 Komentar untuk " Pes asam pedas Mama G istimewa "