MENGAMBIL keputusan untuk menceburi perniagaan trak makanan (food truck) pada tahun 2013 merupakan detik paling berisiko buat Pengasas Babaritos Food Truck, Muhammad Hafiy Mughnie Amran.
Apa tidaknya, keputusan tersebut diambil ketika konsep food truck belum dikenali, selain tidak tahu sejauh mana penerimaan masyarakat di negara ini terhadap perniagaan berkonsepkan sedemikian.
“Pada awal perniagaan, saya pernah mendapat RM20 sahaja. Pada ketika itu, saya sedih dan agak kecewa sehinggakan terfikir untuk berhenti berniaga.
“Pernah juga saya diejek dan menyatakan bahawa perniagaan saya ini tidak boleh pergi jauh,” katanya.
Pendapatan bersih RM10,000 sebulan
Namun, semua itu hanya kisah lama apabila Muhammad Hafiy kini boleh tersenyum dengan pendapatan bersih sekitar RM10,000 setiap bulan.
Menurutnya, selepas mengalami kegagalan di awal perniagaan, dia mengambil keputusan menukar pendekatan dan lokasi jualan.
“Saya berbincang dengan keluarga mencari di mana silap perniagaan kami dan Alhamdulillah, sekarang kami boleh dikatakan berjaya," katanya.
Berbekalkan sebuah van lama yang dibeli pada tahun 2013 bernilai RM20,000, beliau mula mengatur strategi bagi membangunkan perniagaan makanan ala Mexico bersama keluarganya yang dikenali sebagai Babarittos Food Truck Malaysia.
“Selepas tamat belajar dalam bidang kejuruteraan pesawat, saya menggunakan semua duit simpanan sendiri dan sedikit bantuan daripada ibu bapa untuk membeli van dan mengubahsuainya.
“Setelah membeli van itu, saya kekurangan modal dan terpaksa mengubah suai sendiri bahagian dalaman van tersebut. Ia memakan masa yang agak lama sebelum saya boleh mula berniaga,” katanya.
Guna media sosial kembangkan perniagaan
Jelas anak muda ini, minatnya yang begitu mendalam terhadap dunia perniagaan mencambahkan minatnya untuk mencuba perniagaan berasaskan trak ini selepas selesai pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Pesawat.
“Saya amat meminati bidang perniagaan selain menggemari makanan yang dijual di tepi jalan. Saya juga merasakan perniagaan makanan seperti ini lebih mudah diperoleh dan dekat dengan masyarakat serta senang diuruskan.
“Kemudian, saya menonton rancangan di televisyen seperti Eat St dan Rebel Without A Kitchen yang memaparkan perniagaan berasaskan trak ini dan terdetik di hati saya untuk mencuba perniagaan ini,” katanya.
Beliau turut menggunakan media sosial yang dilihat platform terbaik untuk mengembangkan lagi jenama trak makanannya dan Muhammad Hafiy nyata menggunakan sebaiknya laman Facebook, Twitter dan aplikasi Instagram.
“Ia membabitkan aspek sosial. Bagi saya, ia membantu kami berkongsi pengalaman mengenai makanan dengan individu lain.
“Majoriti masyarakat kita menggunakan telefon pintar, jadi ia ruang terbaik untuk kami pasarkan konsep trak makanan ini,” katanya.
Rancang buka cawangan di setiap negeri
Muhammad Hafiy berkata, perniagaannya kini lebih tertumpu di kawasan Setapak, Kuala Lumpur.
“Setiap malam, bermula dari jam 8 hingga 12.30 malam, trak kami ini akan berada di Setapak. Sebelah siangnya kami akan bergerak ke universiti atau kawasan pejabat.
“Pada hari minggu pula kami lebih banyak menyertai karnival dan majlis,” katanya.
Menurutnya, ayahnya adalah antara individu yang banyak membantu perusahaan makanan traknya itu sehingga nama perniagaannya itu juga dihasilkan gabungan daripada nama bapanya.
“Untuk masak-masak ini baba (ayah) yang uruskan. Kami berbincang makanan yang senang dimakan dan orang nak beli.
“Antara menu yang paling digemari oleh pelanggan ialah burrito dan nachos dengan lebih 1,000 terjual setiap malam,” katanya.
Kini kata Muhammad Hafiy, bagi meluaskan perniagaannya, beliau telah membeli sebuah lagi trak selain mempunyai perancangan untuk membuka cawangan di setiap negeri.
“Ramai yang meminta kepada saya untuk membuat francais di setiap negeri. Perkara itu masih dalam perancangan, dan kemungkinan akan direalisasikan penghujung tahun ini.
"Terdapat juga bank yang tawarkan pinjaman dan ada institusi kerajaan yang sudi bagi bantuan meluaskan perniagaan saya ini," katanya.

0 Komentar untuk " Perniagaan trak makanan bawa tuah "