*PAS tidak bersetuju sekiranya PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Tidak sahaja Dr Wan, anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ditentang sekiranya dicalonkan.
Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas bahagian berkenaan, Jamsari Samad parti Islam itu tidak akan membantu kempen sekiranya Presiden PKR itu dicalonkan.
Bagi sesetengah orang Azizah berkebolehan dan telah membuktikan keupayaan untuk menang pada beberapa pilihan raya yang disertai sebelum ini. Beliau dulu pun menang besar ketika bertanding di Permatang Pauh.
Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, termasuk dalam kalangan PKR sendiri, ada ramai lagi orang yang juga layak untuk dicalonkan pada kawasan yang dianggap kubu kuat PR itu. Mereka bertanya, kenapa asyik Dr Wan Azizah? Berilah peluang kepada orang lain untuk menjadi YB!
Semua orang tahu PR retak berhubung isu hudud. DAP sudah menyatakan tidak sebulu dengan Pas. Sekiranya PKR mencalonkan isteri Anwar, dan Pas memboikot kempen pada PRK berkenaan, ada kemungkinan pakatan tiga sekawan itu akan menjadi bertambah retak.
*SANA- SINI orang ramai mengeluh, dan marah-marah, sebab semua barang naik harga. Sejak pelaksanaan GST 1 April lalu, terasa sangat duit kita makin kecil, perut makin kempis, nafas makin sesak.
Suri rumah yang ke pasar terasa amat kesan GST. Barang yang tidak sepatutnya naik – termasuk tempe dan tahu – dinaikkan tanpa sebarang notis. Ikan kembung pun naik hingga RM15 per kilo di sesetengah tempat.
Dulu kerajaan kata cukai barang dan perkhidmatan tidak akan memberi kesan kepada orang miskin. Tetapi sekarang peminta sedekah pun terasa kesannya apabila makanan naik, teh tarik naik, tambang bas naik.
Menteri kata: “Kita kena pandai menyesuaikan diri. Beli secara berhemah. Berjimat ketika berbelanja.” Rakyat kata: “Gaji kecil, macam mana nak berjimat. Menteri boleh cakap apa sahaja sebab gaji dia besar...”
*SESETENGAH peniaga tidak berhati perut, menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Kenaikan bukan 6 peratus, tetapi berkali ganda dari harga biasa.
Seperti yang dilaporkan akhbar, sebuah restoran di Subang Jaya menaikkan harga kerang dari RM3 kepada RM7.50 sepiring. Pemilik restoran berkata harga terpaksa dinaikkan sebab GST.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu pemilik restoran tersebut akan dibawa ke pendakwa raya minggu depan dan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.
Pemilik restoran kerang itu adalah antara 18 peniaga cekik darah yang akan dikenakan tindakan di bawah akta sama. Seluruh negara rakyat mengeluh kerana dicekik puntianak dan drakula, apakah hanya 18 yang diambil tindakan?
*CAKAP fasal gaji, Dan Price, seorang CEO sebuah syarikat di Seattle, Amerika Sharikat membuat keputusan murni dengan memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya.
Menurut akhbar Daily Mail, pemilik Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$1 juta (RM3.7 juta) setahun. Beliau bersimpati dengan keluhan pekerjanya yang rata-rata bergaji AS$70,000 (RM260,000) setahun: “Sebab itu saya memotong gaji saya untuk menaikkan gaji pekerja.”
Tidak dapat dipastikan apakah langkah murni di AS itu akan diikuti oleh majikan di Malaysia, lebih-lebih lagi dalam kemelut GST sekarang. Apa yang pasti setakat ini gaji menteri telah dinaikkan, dan satu lepas satu Dun meluluskan kenaikan gaji wakil rakyat.
*AKHIR kalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan adalah antara nama dan wajah paling popular sepanjang yang berhubung dengan GST. Walaupun ramai lagi menteri bercakap mengenai cukai baharu itu, Ahmad Maslan yang selalu disebut.
Baik dalam media cetak, media elektronik, lebih-lebih lagi media sosial beliau selalu menjadi sorotan. Apa sahaja yang beliau cakap orang segera memberi reaksi. Oleh sebab terlalu popular timbalan menteri yang seorang ini diberikan berbagai-bagai nama dan gelaran. Kecuali Ahmad Maslan tidak ramai menteri dan timbalan menteri kita yang setiap saat sentiasa berada di bibir dan di hati setiap rakyat.

0 Komentar untuk " Permatang Pauh: Wan Azizah lagi? "