"JAUH perjalanan, luas pandangan” itulah perumpamaan sesuai untuk menceritakan mengenai apa yang diperolehi oleh seseorang apabila pergi ‘berjalan’ ke tempat orang.
Itulah yang penulis boleh gambarkan ketika berkunjungan ke Padang, Indonesia baru-baru ini.
Kepelbagaian budaya Minangkabau dan, seni binanya yang bercirikan tradisional benar-benar memukau mata.
Selain itu, cara hidup masyarakat Padang juga unik, selain menggemari masakan pedas (kerana kebanyakan masakannya adalah berlada) mereka juga mengamalkan minum air kosong selepas makan, (sedikit berbeza masyarakat kita yang akan menikmati air ‘berperisa’ dan ‘berwarna’ selepas makan).
Adalah menjadi kewajipan mereka untuk minum air kosong sehinggakan restoran yang penulis pergi ‘hanya menghidangkan air kosong’ kerana rata-rata pengunjung yang datang ke restoran hanya meminta air kosong.
Maka tidak hairanlah kebanyakan masyarakat di sana bentuk badan mereka adalah ‘slim’, kerana sepanjang pemerhatian penulis agak sukar untuk menjumpai orang yang bersaiz besar. (mungkin salah satu faktor).
Selain ‘mengemari air kosong’ masyarakat Minangkabau juga adalah ‘berketurunan peniaga’, kerana kebanyakan masyarakat di sana mengamalkan amalan berniaga turun temurun.
Kalau di Malaysia, majoriti peniaga adalah kaum Cina tetapi tidak di Padang kerana hampir keseluruhan gedung-gedung perniagaan di sana adalah milik Masyarakat Melayu Padang.
Daripada berniaga kecil sehinggalah besar, semua mereka usahakan maka tidak menjadi sesuatu yang aneh apabila kebanyakan masyarakat di sana terdiri daripada golongan yang kaya.
Lagi satu yang menarik di Padang adalah pegangan Islam masyarakat di sana, melawat Padang seolah-olah melawat sebuah negeri Islam seperti Aceh di mana aktiviti masjidnya sentiasa berjalan selain budaya Islam yang benar-benar diresapi oleh masyarakatnya.
Boleh dikatakan bumi Padang dicambahi dengan ratusan masjid kerana dalam beberapa kilimoter perjalanan di bandar tersebut kita akan temui masjid-masjid besar yang tersergam indah sesuai dengan ‘slogan’ bandar tersebut iaitu ‘Serambi Mekah’.

0 Komentar untuk " Minum air kosong punca badan slim? "