SEJARAH penghijrahan orang Melayu ke Australia sebagai pengusaha pertanian kelapa, tebu dan penuaian mutiara menjadi titik permulaan perkembangan masyarakat Melayu dan melalui penghijrahan ini juga, Islam turut berkembang di benua Australia.
Menyingkap kisah penghijrahan masyarakat Melayu Islam di benua Australia Barat, satu pengembaraan yang disertai 12 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke Perth dan Katanning, Australia Barat.
Program dinamakan Delegasi Insaniah Kasih Auliya, Perth, Australia Barat itu dianjurkan penuntut tahun empat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-undang, diketuai Anuwar Syafiq Idrus, diiringi Dr Hendun Abdul Rahman Shah bermula 13 hingga 20 Februari lalu.
Kembara Insaniah Kasih Auliya berlangsung tujuh hari ini adalah program pengantarabangsaan, bertujuan mendedahkan mahasiswa kepada aktiviti kesukarelawan antarabangsa, seterusnya mengkaji sosiobudaya dan cara hidup masyarakat Islam yang merupakan agama minoriti di wilayah tersebut.
Menurut ketua delegasi, Anuwar Syafiq, Australia Barat terkenal dengan sistem perundangan yang sistematik dan masyarakat berbudi pekerti tinggi. Wilayah ini juga turut memiliki bilangan masyarakat Melayu Islam paling ramai berbanding wilayah lain di benua Australia. Destinasi pilihan, Perth dan Katanning.
Misi bermula di Perth, Australia Barat melalui aktiviti bersama siswa Malaysia dari Universiti Murdoch, Perth iaitu program perkongsian ilmu dan pengalaman menjalani kehidupan sebagai pelajar Muslim di bumi minoriti Islam.
Menurut wakil siswa Malaysia, Mohd Ihsan Rasis, menjalani kehidupan di bumi Perth tidak terlalu sukar, ini kerana masyarakat di sini mengamalkan kehidupan berdisiplin dan bersih. Agama Islam ialah agama ketiga terbesar selain Kristian dan Buddha. Makanan halal mudah didapati. Masyarakat berbilang bangsa dan saling hormat-menghormati.
Melayu Katanning
Kembara diteruskan dengan program ziarah rakyat Malaysia di Dewan Malaysia Perth, Australia di Jalan Newcastle, North Bridge.
Peserta juga turut melawat Caversham Wildlife Park, melihat keunikan benua Australia dengan kanggaru, koala, wombat, wallabies dan bermacam-macam lagi spesies haiwan.
Peserta turut melihat proses mencukur bulu kambing biri-biri. Seterusnya, ke kilang coklat di MargaretRiver, berpeluang merasai coklat asli buatan Australia secara percuma dan lihat kaedah pembuatan.
Pada hari kedua, berpeluang ke kawasan padang pasir di Lancelin, daerah kecil di Perth dan berpeluang menjalani aktiviti riadah luncur pasir, di samping melihat keindahan himpunan bukit pasir yang bertebingkan pantai nan indah.
Selesai misi dua hari di Perth, kembara diteruskan ke Katanning, Australia Barat bersama dua misi penting Kasih Auliya iaitu menjejaki sejarah kedatangan masyarakat Melayu Islam.
Antara aktiviti dijalankan adalah program keluarga angkat bersama masyarakat Melayu Islam dan muzakarah perundangan kedatangan Melayu Islam di bumi Katanning.
Tiba di Katanning, disambut meriah keluarga angkat, Pak Uda dan Mak Uda. Aktiviti utama memproses enam ekor kambing biri-biri disembelih Pak Uda. Peserta gotong-royong memasak jamuan makan malam.
Rupa paras masyarakat di sini sama seperti orang Melayu Malaysia, kebanyakan berasal daripada keturunan Melayu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Muzakarah perundangan bersama ahli jemaah Masjid Katanning memberi pengajaran untuk lebih menghargai Islam di negara sendiri.
Menurut Imam Masjid Katanning yang juga ketua masyarakat Islam, Imam AlepMydie, Islam di Katanning datang dengan penghijrahan masyarakat Melayu Islam dari Pulau Cocos dan Pulau Krismas, kebanyakannya dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Ada juga di antara masyarakat Katanning yang baru berhijrah dari Malaysia seterusnya bekerja dan berkahwin dengan masyarakat Melayu tempatan.
Islam semakin hilang
Menurutnya, Islam dalam masyarakat tempatan makin hilang, cuma diamalkan generasi tua. Anak muda terpengaruh budaya Barat dan tidak ramai mengamalkan cara hidup Islam.
Masyarakat di sini sangat dahagakan ilmu Islam, sayangnya kurang orang yang pakar dalam bidang agama. Kelas agama jarang-jarang ada. Kadang-kadang solat Jumaat jemaah tidak mencukupi. Jika keadaan ini berterusan, mungkin Islam hanya tinggal kenangan.
Kedatangan ahli kembara memberi khabar gembira buat keluarga Pak Uda dan Mak Uda serta masyarakat Melayu Islam di sini.
Dalam mencapai objektif seterusnya, ahli kembara melaksanakan aktiviti mendaki Gunung BluffKnoll bersama siswa Universiti Murdoch untuk merapatkan ukhuwah serta misi solidariti untuk Gaza di puncak tertinggi bumi Australia Barat.
Pengalaman lapan hari memberi impak positif kepada peserta program, khususnya dalam mempraktikkan pembelajaran di Usim serta kehidupan seharian dari segi penguasaan bahasa Inggeris serta keperluan menjaga syariat mengikut masa, tempat dan keadaan.
ANUWAR SYAFIQ IDRUS
Ketua Delegasi

0 Komentar untuk " Menjejaki Melayu Islam Australia "