ANTARA tugasan awal di Pusat Kajian Pondok Insaniah (PKPI) yang baru ditubuhkan bulan lalu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Mac ialah mengenal pasti dan melantik staf yang sesuai dan berkaliber, serta merencanakan hala tuju dan aktiviti yang berimpak tinggi.
Sebagai pengarah, saya akan dibantu oleh seorang timbalan, dan empat pensyarah kanan yang juga bertindak sebagai ketua unit, iaitu Prof Madya Dr Sharifah Azizah Syed Sahil Jamalullail (Penyelidikan dan Perundingan), Dr Mukhamad Hadi Musolin (Bengkel, Seminar dan Latihan), Dr Akil Ahmad (Khidmat Masyarakat) dan Yusof Othman (Penerbitan).
Selaras dengan objektif penubuhannya dan visi yang telah ditetapkan, semua aktiviti dan program yang hendak dijalankan mesti melalui perancangan teliti dan mendapat kelulusan Lembaga Penasihat, yakni badan induk yang membuat dasar PKPI, serta tertakluk kepada penilaian keberkesanan, keterlibatan dan kewangan.
Aktiviti utama ialah penyelidikan, bertujuan memperkasa keilmiahan agamawan, memantapkan penjanaan teori, konsep dan idea baru sebagai pemangkin kepada kelestarian pondok. Untuk memenuhi tujuan ini, saya perlu gabungkan kepakaran dan kemahiran pelbagai pihak, bukan sahaja dalam kalangan intelek agama malah silang disiplin untuk jana sinergi kekuatan kepakaran berbagai rumpun ilmu.
Saya bercadang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan untuk meningkatkan sumbangan PKPI, sesuai dengan statusnya sebagai sebuah pusat kecemerlangan. Pada saya, bidang dan hasil penyelidikan bukan sahaja bersifat asas, tapi juga gunaan (applied) dan strategik, yang boleh menyumbang kepada penggubalan dasar, pembangunan pendidikan dan sistem pengurusan pondok yang lebih baik.
Satu soal pokok ialah dana. Saya akan berbincang dengan pihak berwajib, penyelidik, konsultan dan pihak yang berkolaborasi untuk memastikan PKPI mendapat sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai aktiviti penyelidikan. Seminar, bengkel, forum dan persidangan adalah penting untuk meningkatkan keterlihatan PKPI.
Penganjurannya serta pembentangan kertas kerja dan hasil kajian adalah perlu untuk mendiseminasikan penemuan atau idea baru. Jika dana dan lain-lain faktor mengizinkan, PKPI bercadang menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengajian Pondok (atau International Conference on Pondok Studies) di Kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Kedah. Tarikh dan atur cara persidangan akan ditentukan kemudian.
Sementara itu, PKPI dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menerima jemputan daripada Institut Penyelidikan Pondok dan Ilmu Thurath Nusantara (IPPITUN), Universiti Utara Malaysia untuk menyertai seminar antarabangsa yang dianjurkannya bertema Islam, Culture and Heritage.
Seminar yang dianjurkan bersama dengan Universiti Islam Negeri Hasanudin di Makasar, Indonesia akan diadakan pada 21-22 September nanti. Lembaga Pengarah YPPM dan pentadbiran PKPI akan bermesyuarat untuk mempertimbang jemputan ini.
Aktiviti penyelidikan, perundingan dan seminar perlu dipupuk dan dirancakkan selari dengan aktiviti penerbitan, termasuk buku, monograf dan sebagainya. Saya berasakan perlunya ditubuhkan sebuah jawatankuasa penerbitan yang antara lain, bertanggungjawab menilai, memproses dan menerbitkan semua jenis bahan ilmiah berkaitan pondok, menjana pendapatan daripada penjualan buku dan produk ilmiah, dan secara umumnya melaksanakan dasar penerbitan bagi pihak PKPI.
Memulakan usaha, PKPI kini menyiapkan terbitan sulungnya, iaitu sebuah jurnal akademik bertaraf antarabangsa dinamakan The International Journal of Pondok Studies. Journal ini akan dicetak dalam dwi bahasa, yakni bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Manuskrip dalam bahasa lain juga boleh diterima dan diterbitkan dengan sinopsis atau abstrak.
Kerja pengumpulan artikel dan bahan kajian tokoh-tokoh akademik dan penyelidik tempatan dan luar negara sedang giat dijalankan, selain proses pendaftarannya.
Satu keunikan PKPI ialah tumpuannya kepada aspek community engagement, atau pembabitan masyarakat dalam pelbagai aktiviti dan programnya. Antara aktiviti yang boleh diadakan termasuklah Program Pondok Angkat atau yang berasaskan keusahawanan atau pembelajaran bahasa Inggeris.
Selain itu, program latihan yang mencakupi kursus dan bengkel jangka pendek bagi melatih warga pondok seperti guru dan pelajar dalam bidang pengurusan atau vokasional boleh juga dipertimbangkan.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Menggalas cabaran baru di PKPI "