APABILA berdakwah kepada rakyat multikultural, persoalan yang kerap ditonjolkan ialah adakah ulama Islam mampu mendidik umatnya sehingga mereka mampu melawan nafsu malas?.
Malas membaca, malas mengawal nafsu mulut mengumpat orang, malas bersaing demi menaikkan ekonomi negara, malas berfikir di luar kotak monokultural, malas belajar bahasa Inggeris?.
Cuba tanya pelajar-pelajar Muslim di universiti apa yang mereka nak. Jangan terkejut jika kebanyakan mereka berkata mereka nak tidur atau tak tahu nak apa.
Bidang telah dipilih untuk mereka.
Mereka minta lain, lain yang dapat. Cuba tanya mahasiswa apa buku ilmiah yang mereka sedang baca. Kamu akan terkejut lagi bila jawapannya ialah “muka buku” (Facebook)! Mereka tergelak bila dengar perkataan buku ilmiah.
Ada yang mungkin jawab, “Exam belum mula. Nanti dululah baca.” Perkataan buku ilmiah hanya relevan semasa musim exam. Kanun Hudud Pas sudah dicadangkan sejak tahun 1993.
Prof Hasyim Kamali, seorang tokoh bidang syariah yang menang Anugerah Kitab Syariah Terbaik di Universiti Islam Antarabangsa, telah mengkritik Kanun Hudud Pas dalam bukunya yang bertajuk An Inquiry Into The Hudud Bill of Kelantan.
Buku ilmiah ini diterbitkan pada tahun 1995. Selepas 20 tahun, masih tiada buku rasmi daripada Majlis Syura Ulama Pas menjawab kritikan Prof secara ilmiah sedangkan buku ini adalah buku rujukan utama rakyat multikultural. Adakah ulama Pas malas membaca buku ilmiah yang begitu penting demi menghilangkan kekeliruan terhadap hudud?
Ulama perlu bertenaga membela hudud dengan menulis buku ilmiah sebagai respons kepada FAQ (Frequently Asked Questions). Bukan sekadar memberi taklimat.
Bangun dan tunjukkan kewibawaan ilmiah ulama supaya menjadi ikutan mahasiswa multikultural di universiti Malaysia. Janganlah bila seseorang dipanggil ulama, maka stereotaipnya ialah malas membaca, tidak mampu berfikir kritis, tidak ilmiah, taksub pada satu kitab kuning dan biasanya tidak menjaga kebersihan tandas pondok.
Adakah ulama Malaysia mampu bersaing wacana dalam masyarakat multikultural yang terpengaruh dengan tamadun Barat, Jepun, Korea dan China dengan hanya mengenali kitab kuning dan taksub Mazhab Shafi'i?
Melaksanakan hudud adalah perkara mudah jika dibandingkan membina ketamadunan umat. Malas membaca tidak dikenakan hukuman hudud, qisas atau takzir.
Bagaimana membina umat yang cinta membaca? Iqra’ (bacalah!) adalah ayat al-Quran yang pertama diturunkan. Nabi SAW menggigil kuat pada kali pertama disuruh membaca ayat tentang Iqra’ ini. Betapa hebatnya suruhan untuk membaca.
Turun sahaja lapangan terbang Heathrow, kita lihat rakyat di London membaca. Membaca di mana saja walaupun sedang menunggu giliran di tandas.
Prof Malik Bennabi, seorang pakar ilmu sosiologi membahagikan martabat pemikiran manusia kepada tiga. Martabat rendah ialah “martabat benda” di mana rakyat hanya berminat pada gadget-gadget teknologi.
Martabat pertengahan ialah “martabat personaliti” di mana rakyat suka bercakap tentang orang. Martabat ketamadunan ialah “martabat idea” apabila rakyat kerap berfikir tentang idea-idea yang mengubah dunia.
Bila rakyat mempunyai akhlak membaca untuk berfikir tentang idea-idea ketamadunan, sudah tentu rakyat multikultural akan faham hudud dalam konteks ketamadunan.
Ulama-ulama kita patut menunjukkan contoh akhlak ketamadunan supaya rakyat multikultural melihat ulama seperti melihat ketokohan pemenang-pemenang Hadiah Nobel.
Bukan sekadar menjadi hero hudud, tetapi jadilah hero setiap rakyat yang inginkan ketamadunan. Nescaya rakyat multikultural akan menyokong hudud.
* Abdul Naser Tun Rahman tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Bagaimana bina keyakinan rakyat "