KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang mengeluarkan pensijilan khas untuk restoran dan hotel yang boleh mengenakan caj terhadap perkhidmatan mereka.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sijil itu adalah langkah sementara bagi memastikan penyelesaian jangka panjang diambil setelah GST dilaksanakan.
Menurutnya, tindakan itu dibuat berikutan wujudnya kekeliruan dalam kalangan pengguna yang tidak berpuas hati apabila terpaksa membayar caj perkhidmatan termasuk caj GST.
“Apabila kita mengeluarkan sijil khas ini, ia bermakna pengguna sedar mereka perlu membayar caj perkhidmatan tersebut selain GST dan pengusaha mesti pamerkan sijil itu di premis mereka,” katanya di Shah Alam, semalam.
Sehubungan itu, katanya, pengusaha restoran dan hotel perlu memaklumkan kepada KPDNKK untuk mendapat pensijilan khas tersebut, seterusnya mengenakan caj perkhidmatan berkenaan.
Hasan berkata, pihaknya juga akan mengkaji prosedur pelaksanaan caj perkhidmatan di negara ini ekoran tiada undang-undang khusus mengawalnya dan berpendapat akta baharu perlu diwujudkan bagi menjaga kepentingan pengguna dan pengusaha, pada masa depan.
Selain itu, katanya, paparan sijil berkenaan juga dapat memudahkan pengguna membuat pilihan sama ada mahu mengunjungi restoran atau hotel yang mengenakan caj perkhidmatan.
Hasan sebelum itu melancarkan Kad Anggota Koperasi Sahabat Ikhtiar Debit-i Mastercard hasil usaha sama Bank Rakyat dan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia.
Hadir sama Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak dan Pengerusi Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Dr A Manaf Hussin.
Bank Rakyat, dalam satu kenyataan, menjangkakan sebanyak 10,000 kad debit-i akan dikeluarkan sehingga penghujung tahun ini dan ia merupakan kerjasama strategik dalam meneroka pasaran baharu melalui koperasi berkenaan.
Kad debit-i berkenaan juga berupaya menjadi medium pembayaran dividen atas caruman syer modal anggota koperasi selain kemudahan membeli-belah tanpa tunai. - Bernama

0 Komentar untuk " Keluar sijil khas caj perkhidmatan "