PADA Sabtu dan Ahad minggu lalu, saya menghadiri The Straight Path Convention ~ Destination: Jannah atau Jalan Yang Lurus; Matlamat Syurga. Konvensyen yang diadakan di Shah Alam Convention Centre ini mendapat sambutan yang luar biasa. Tiket yang berharga RM100 habis terjual. Menjadikan dewan konvensyen itu padat untuk kedua-dua hari.
Lazimnya, majlis-majlis ilmu agama berbentuk ceramah adalah percuma. Jika ada bayaran pun, biasanya pihak penganjur mendapat penaja untuk membiayainya.
Justeru itu, siapakah mereka yang sanggup membayar tiket untuk menghadiri konvensyen berbayar ini? Mereka bukan membayar untuk menonton wayang, perlawanan bolasepak, konsert atau seminar motivasi dan perniagaan. Sebaliknya, mereka membayar untuk mendengar kuliah agama! Dan, mereka mendengar tentang Islam dalam bahasa Inggeris!
Alhamdulilah, saya berpeluang untuk ke konvensyen Jalan Yang Lurus; Matlamat Syurga itu. Selain daripada mendengar kuliah daripada penceramah antarabangsa terkenal iaitu Syaikh Abdurraheem Green dari Manchester, UK; Syaikh Saeed Ragaeh dari Toronto, Canada; Dr Muhammad Salah, dari Texas, US dan pendakwah terkenal, Mufti Ismail Menk dari Harare, Zimbabwe; saya turut merayau di antara hadirin untuk mengenali satu kelompok manusia dalam masyarakat yang saya anggap kelompok yang baharu.
Sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu, orang Malaysia seperti kita juga. Malah, terdapat di kalangan mereka adalah orang yang saya kenali. Tetapi dalam suasana konvensyen dakwah itu, dari luar dewan konvensyen pun saya mula merasai suasana yang berbeza.
Saya lihat wajah-wajah gembira dan tenang mereka. Mereka datang secara berbondong-bondong dengan wajah-wajah yang manis. Bila bertembung pandangan dengan orang yang berada di sekeliling, mereka menghulurkan senyuman. Bukan dengan muka ketat bila terpanah pandangan dengan orang di sisi bila kita mengunjungi pasaraya.
Ramai di kalangan mereka yang bertanyakan arah tempat mendaftar kepada para petugas dengan tertib. Ketika beratur untuk mendaftar, mereka yang berdiri di belakang, menanti dengan sabar. Tidak terintai-intai ke hadapan atau menunjukkan wajah berkerut sepertimana ketika kita berbaris di mesin ATM.
Apabila memasuki dewan, mereka patuh dengan para petugas dengan memenuhkan tempat kosong yang diajukan. Masing-masing bersalaman dengan orang di sebelah. Jika di tempat lain, kita akan buat-buat tak nampak dengan orang di sisi ketika melabuhkan punggung.
Apabila program bermula, hampir seluruh para hadirin menumpukan perhatian kepada penyampaian penceramah. Adatlah, bila ada beberapa orang di antara mereka yang membelek telefon. Itupun buat seketika. Bila ada perkara yang menggelikan hati disampaikan penceramah, mereka akan tertawa. Tetapi tidak diiringi dengan jeritan atau suara-suara sumbang yang menyampuk seperti bila kita menghadiri majlis ceramah politik.
Para penceramah menyampaikan kuliah mereka dengan penuh tertib. Mereka bercakap mengenai Islam yang mendamaikan dan menginsafkan hati. Mereka menjaga lidah ketika berkata. Hampir tiada sindir dan perli kepada mana-mana pihak di luar sana tatkala menyampaikan kuliah.
Mereka juga menjaga akhlak dan murah dengan puji-pujian kepada ALLAH SWT. Dan tabiat ini mereka galakkan kepada para hadirin. Kata-kata pujian masya-ALLAH, alhamdulilah dan mengaminkan doa menjadi selingan yang sungguh mendamaikan.
Saya teringat sebuah insiden apabila mikrofon penceramah Mufti Ismail Menk tidak berfungsi dengan baik tatkala beliau menyampaikan kuliah. Apabila meminta mikrofon ditukar, juruteknik yang bertugas kelihatan malu-malu untuk naik ke pentas untuk menggantikannya. Seseorang telah menggalakkannya untuk naik. Lalu juruteknik itu naik ke pentas dengan segan silu.
Penceramah itu berasa lega bila mendapati mikrofon itu berfungsi dengan baik. Lantas beliau mendoakan untuk juruteknik itu dengan kata-kata, ‘May ALLAH, grant him with Jannah.’
Dewan bergema dengan ‘amin’ para hadirin. Bayangkan. Doa seorang ulama telah diaminkan oleh 3,000 hadirin kepada seseorang yang datang untuk bertugas, bukan untuk mengikuti program itu. Beruntunglah dia jika pada saat doa itu diaminkan, ia dimakbulkan pula oleh ALLAH SWT!
Selain daripada penyampaian ceramah yang saya sifatkan terbaik, kekurangan dan kelemahan yang terdapat di konvensyen itu diterima oleh para hadirin dengan redha.
Bilik solat yang kecil hingga ada yang bersolat di depan ruang lif, alat penghawa dingin yang tidak berfungsi selama beberapa jam pada hari kedua dan keadaan tandas yang tidak sempat diselenggara dengan baik kerana kesesakan para hadirin, tiada yang bising-bising komplen kepada para penganjur.
Hujan rahmat turun dengan lebatnya sebaik sahaja program berakhir. Saya berjalan keluar dari aura yang penuh kedamaian itu.
Berasa teruja kerana dapat berada di kalangan insan-insan yang tenang lagi membahagiakan itu. Inilah kelompok manusia yang cintakan Islamnya tanpa nama dan tanpa syarat. Dan, golongan ini semakin ramai dan kian berkembang.
Pihak manakah yang sedar akan bercambahnya segmen masyarakat ini?
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Kelompok baharu di antara kita "