SESIAPA sahaja boleh berjaya asalkan kuat berusaha. Itulah prinsip Pengerusi Eksekutif rangkaian perniagaan TKS (Terima Kasih Semua), Wan Azrin Omar selepas pernah mengalami keperitan hidup termasuk tidur di jalanan dan menumpang di rumah saudara-mara.
Bermula dengan modal yang dikumpul hasil kerja kerasnya 15 tahun, Wan Azrin kini mampu tersenyum berkat usahanya itu.
Bahkan dia tidak menyangka, perniagaan Mini Mart TKS yang dihadiahkan untuk isterinya, Jamizah Ismail, 43, sempena hadiah hari lahir pada 28 April 2012 di Sungai Dua, Butterworth begitu pantas berkembang.
Tidak menyangka sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat sehingga TKS mampu membina cawangan baharu dalam tempoh setahun.
“Masa begitu pantas berlalu, namun kami tidak mensia-siakan peluang di depan mata untuk berkembang lebih maju.
“Lagipun saya mengambil nasihat daripada salah seorang pembekal, perniagaan ini lebih cepat berkembang jika membuka lebih kedai TKS,” katanya.
Menurut anak jati Selangor ini, dia tidak mempunyai pendidikan tinggi atau memiliki ilmu dalam perniagaan kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang kebun di Pulau Pinang.
Berbekal azam, dia mahu berjaya tanpa bantuan kewangan sesiapa selepas keperitan hidup yang dialami sebelum ini.
“Saya ingin buktikan kepada Bumiputera lain, orang susah seperti saya juga mampu berjaya dengan tabung sendiri tanpa meminta bantuan institusi kewangan.
“Saya bukan lahir daripada keluarga hartawan, jadi saya mengumpul duit dengan melakukan pelbagai kerja termasuklah tukang urut demi menampung kehidupan,” katanya.
Perniagaan keluarga
Selepas cawangan Sungai Dua mendapat sambutan positif, Wan Azrin membuka beberapa lagi cawangan di Batang Kali dan Selayang, Selangor dan Sungai Petani, Kedah.
Cawangan TKS Mini Mart di Sungai Petani akan dibuka dalam masa terdekat berdekatan kawasan tumpuan ramai.
Wan Azrin turut membeli sebuah kilang roti di Ulu Yam, Selangor untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaannya.
“Terdapat pelbagai jenis roti dihasilkan di kilang ini seperti roti burger, oblong dan bun berinti. Kebanyakan roti ini diedar ke kedai makan dan mini mart TKS sendiri.
“Jarang anak Melayu menceburi bidang pembuatan roti kerana kebanyakannya adalah milik kaum Cina,” katanya.
Dalam masa sama, dia juga memiliki beberapa rangkaian perniagaan TKS seperti Frozen Food, Food Bakery, Fresh Mart, Kedai Serbaneka dan TKS Setia Management yang menguruskan pengurusan perniagaannya.
Menurutnya, kesemua perniagaan yang dimilikinya diuruskan ahli keluarga sendiri terdiri daripada isteri, anak-anak dan menantu.
“Bukan tidak percaya orang luar untuk uruskan perniagaan, tetapi saya mahu mewarisi perniagaan ini kepada keluarga.
“Pengurusan pula, kebanyakan kakitangan saya adalah teman rapat yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.
Pilih lokasi tumpuan ramai
Mungkin ramai agak keliru lokasi yang dipilih pemilik TKS ini, agak jauh dari pusat bandar atau pekan-pekan kecil.
Tetapi bagi Wan Azrin, Batang Kali merupakan tumpuan pelancong asing dan tempatan.
“Batang Kali merupakan tempat persinggahan pelancong sebelum ke Genting Highlands. Sudah pasti ia lokasi utama untuk berhenti membeli-belah sebelum naik ke kawasan pelancongan di situ.
“Kita tahu harga barangan di Genting Highlands agak mahal berbanding tempat biasa. Jadi pelancong akan membeli barang keperluan sebelum bertolak ke sana atau pulang semula nanti,” katanya.
Bahkan ia menjadi perhentian setempat bas pelancongan dalam dan luar negara seperti Pulau Pinang, Hat Yai dan Ipoh.
“Tarikan Genting Highlands yang menjadi pilihan percutian adalah faktor utama saya memilih kawasan ini.
“Walaupun kedai saya berada di lot paling belakang, namun harga yang ditawarkan lebih rendah daripada pasar raya berdekatan,” katanya.
Selain itu, penduduk sekitar juga banyak menyokong perniagaannya kerana kepelbagaian pilihan produk seperti produk sejuk beku, sayuran segar dan kedai serbaneka.
Manakala kedai di Selayang dan Sungai Dua dipilih kerana berdekatan kawasan sekolah dan menjadi tumpuan pelajar.
“Konsep pilihan saya untuk kedai serbaneka lebih moden dan selesa berbanding kedai runcit biasa.
“Kawasan Batang Kali dikenali dengan TKS Village kerana kami ada lima kedai sederet dan juga ibu pejabat TKS,” katanya.
Walaupun isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) hangat dibualkan dan harga barang turut meningkat, namun dia tidak berbuat demikian, sebaliknya akan melancarkan Kempen Turunkan Harga, tidak lama lagi.
Dilabel samseng, kongsi gelap
Melihatkan banyak pasaraya di kawasan sekitar, Wan Azrin mengakui persaingan perniagaan antara cabaran terbesar baginya. Di kawasan Batang Kali sahaja, terdapat puluhan kedai dan pasaraya besar, namun dia percaya TKS mampu bertahan.
Bahkan pada awal pembukaan TKS, dia pernah dikutuk kerana tindakan beraninya membuka kedai di kawasan seperti itu.
“Saya berani tanggung risiko dan serahkan segala-galanya kepadaALLAH SWT. Alhamdulillah, kedai saya semakin bertambah.
“Biarpun pada awalnya ada pihak mendoakan perniagaan saya lingkup, tetapi saya tetap bertahan dan berpegang kepada prinsip selama ini,” katanya.
Katanya, persaingan dilihat sebagai peluang keemasan kerana syarikatnya menawarkan harga murah berbanding kedai-kedai lain.
“Dalam banyak tuduhan yang dilemparkan, paling saya ingati adalah dicap sebagai samseng dan kongsi gelap. Individu tersebut melemparkan kata-kata nista untuk menjatuhkan perniagaan saya hingga saya dipanggil untuk siasatan polis. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja kerana saya tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti haram,” katanya.
Cabaran lain yang dihadapinya adalah pembekal tidak meyakini kebolehan syarikat Bumiputera sepertinya untuk memasarkan barangan mereka di kedai serbaneka TKS. Namun selepas nama syarikatnya semakin teguh, kini lebih ramai pembekal mempercayai potensi perniagaannya.
Buka tiga kedai setahun
Melihat perkembangan perniagaan yang agak memberangsangkan, Wan Azrin mahu kembangkan lagi rangkaian mini mart itu di Malaysia Barat, iaitu Sabah.
“Perancangan saya untuk lebarkan lagi perniagaan ini adalah membuka cawangan baharu di Kundasang, Sabah. Insya-Allah, saya akan merealisasikan perkara ini selepas melakukan pemerhatian terhadap kegiatan ekonomi masyarakat di sana.
“Apa yang saya lihat, kebanyakan kedai di sana menamatkan operasi harian selepas jam 6 petang. Sedangkan ia dianggap waktu itu masih awal untuk menutup kedai masing-masing,” katanya.
Tambahnya, konsep mini mart 24 jam sesuai diadaptasi di sana kerana lokasi tersebut kian mendapat perhatian pelancong.
Selepas melakukan pemerhatian selama enam bulan, Wan Azrin masih belum memutuskan untuk tarikh sesuai pembukaan cawangan baharu di sana.
Perancangan tersebut termasuk dalam sasarannya untuk membuka tiga kedai dalam tempoh setahun.
“Buat masa ini, saya perlu modal besar untuk perancangan akan datang. Selain di Sabah, saya akan melancarkan pusat pengedaran TKS yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang tidak lama lagi,” katanya.
Tidak hanya itu, dia juga merangka untuk melantik Duta TKS iaitu Man Raja Lawak untuk mengendalikan TKS Cafe yang akan dibuka tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, Wan Azrin kini rancak mengintai pasaran luar negara seperti Medan dan Jakarta.
“Projek ini sudah setahun saya jalankan tetapi masih dalam proses perbincangan. Saya perlu berfikir lebih mendalam kerana pihak Indonesia mahu memiliki 55 peratus daripada syer syarikat tersebut.
“Lebih senang jika perkongsian ini sama rata sebab tidak mahu berada di bawah pengurusan pihak sana. Jika ia berjaya, Insya-Allah awal tahun hadapan kami akan laksanakan,” katanya.
Jangan percaya harapan palsu
Selepas membina rangkaian perniagaan bermula dari bawah, Wan Azrin menasihati golongan muda supaya tidak percaya janji-janji palsu di laman sosial terutamanya Facebook.
“Bukan senang untuk berjaya dan memiliki pendapatan beratus ribu. Usaha, tidak putus asa dan berdisiplin jika mahu berjaya. Saya hanya tidur empat jam sehari untuk kekalkan kestabilan perniagaan ini,” katanya skim seperti ‘Jutawan Dari Rumah’ atau pelaburan segera hanyalah penipuan semata-mata.
"Individu yang mahu berniaga harus berpegang kepada prinsip dan berdisiplin untuk bergelar usahawan berjaya. Jika menghadap komputer tanpa usaha, rezeki tidak datang bergolek.
“Kita sendiri perlu cari rezeki supaya tidak hidup dalam angan-angan Mat Jenin atau kekayaan halusinasi daripada promoter internet,” katanya mengakhiri bicara.

0 Komentar untuk " 'Hadiah' isteri jadi punca pendapatan "