Slurp, lancarkan operasi restoran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Slurp, lancarkan operasi restoran

MENUNGGU lama untuk memesan makanan adalah masalah besar kepada pelanggan restoran dan gerai biasa. Ada kalanya, pelayan restoran tidak menyedari kehadiran kita dan sibuk melayan pelanggan lain.

Situasi tersebut pastinya mengganggu untuk menikmati makanan di restoran tersebut menyebabkan kita beredar atau menjamah makanan tersebut dengan perasaan bercampur baur dan terasa seperti tidak sedap.

Menerusi Slurp iaitu sebuah sistem terminal pusat jualan (POS) berasaskan pengkomputeran awan untuk perniagaan makanan dan minuman membolehkan pelanggan membuat pesanan menggunakan anroid, telefon pintar atau ipad. Pelanggan juga boleh melihat sendiri menu yang digemari dan harganya.

Pengasas Bersama Silent Mode Sdn Bhd (Silent Mode), Reza Fahmi Razali berkata, Slurp diperkenalkan sejak setahun lalu di Malaysia dan idea untuk menghasilkan aplikasi itu adalah kerana mahu mengubah cara lama setiap kali berkunjung ke restoran.

Menurutnya, latar belakang keluarganya yang menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman menyebabkannya melihat sendiri kesusahan dan berpengalaman menguruskannya.

“Pengalaman tersebut menjadi pemangkin kepada saya dan rakan-rakan untuk mengaplikasikan teknologi terkini untuk menyelesaikan masalah di restoran. Slurp sebagai platform yang membolehkan pelanggan membuat pesanan secara terus tanpa menunggu pelanggan,” katanya.

Idea sendiri

Reza Fahmi berkata, dia dan rakan-rakannya menghasilkan Slurp sejak 2010 selepas membaca buku yang dihasilkan Pengasas Starbuck. Howard Schultz. Buku tersebut menceritakan bagaimana pemilik Starbuck berjaya menguruskan ‘kedai kopi’.

Tambahnya, persoalannya ialah bagaimana Schultz mengumpul data mengenai perniagaannya dan seterusnya menjalankan perniagaann dengan baik.

“Saya lihat, perniagaan beliau dipacu data dengan menggunakan teknologi terkini dan Starbuck ialah syarikat konglomerat. Ia adalah satu kelainan kerana ada akses pelbagai data yang boleh menjalankan perniagaan.

“Saya mencipta Slurp untuk membantu operasi restoran di negara ini lebih baik,” katanya.

Katanya, pada mulanya dia memperkenalkan Slurp versi pertama selepas melakukan kajian dan penyelidikan selama setahun.

“Saya menjual aplikasi itu kepada pemilik restoran dan ada yang menyukainya dan ada yang tidak. Saya berjaya mendapatkan lima pelanggan terdiri daripada pemilik restoran dalam masa tiga bulan.

“Alhamdulillah, setakat ini saya mempunyai 60 restoran yang menggunakan aplikasi tersebut di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor,” katanya.

Slurp lebih efisien

Sangkaan orang ramai mengenai penggunaan Slurp akan mengurangkan tenaga kerja tidak benar.

Reza Fahmi berkata, idea menggunakan telefon pintar, anroid dan ipad sebagai platform memesan makanan diperoleh daripada data yang menunjukkan bahawa masyarakat di negara ini lebih banyak luangkan masa menghadap peranti tersebut.

“Slurp membantu pemilik restoran memudahkan pelayan mengambil pesanan daripada pelanggan. Situasi ini memudahkan pelayan tidak perlu berulang-alik untuk menghantar pesanan ke dapur, ini menunjukkan kecekapan operasi restoran,” katanya.

Katanya, pengguna juga boleh memesan makanan dan dihantar ke rumah tanpa perlu menghubungi pemilik restoran dengan menggunakan telefon.

“Situasi ini memudahkan pelanggan dan pemilik restoran. Melalui Slurp, pemilik restoran boleh mendapatkan data prestasi jualan, melihat trend keluar masuk pelanggan dan jumlah pesanan yang diambil setiap kakitangan,” katanya.

“Dengan Slurp, teknologi yang kami bangunkan menyelesaikan masalah dalam operasi perniagaan restoran secara sistematik dengan mendigitalkan sistem pesanan terus daripada meja pelanggan dan memastikan semua maklumat disimpan dalam sistem utama. Semuanya sentiasa dikemaskini di portal storan awan,” katanya.

Ia bertujuan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan peniaga dengan memudahkan sistem pesanan dan capaian terhadap maklumat dan data jual beli yang memainkan peranan penting dalam pengurusan perniagaan.

Maklum balas positif

Reza Fahmi berkata, syarikat menerima maklum balas positif daripada pemilik restoran.

“Kebanyakan pelanggan kami mengakui Slurp dapat membantu perniagaan mereka dan membolehkan melihat data jualan di mana-mana sahaja.

Sejak mula diperkenalkan pada Jun 2014, Slurp boleh berbangga dengan kejayaan mengumpul banyak pemilik restoran menggunakan sistem tersebut. Antaranya ialah Restoran Boat Noodle dan Taiwan Recipe.

Antara ciri utama Slurp adalah Slurp Central, Slurp Cloud, aplikasi tempahan Slurp, aplikasi Waiter (pelayan) dan komponen perkakasan merangkumi ipad, tapak ipad, laci tunai dan pencetak resit.

0 Komentar untuk " Slurp, lancarkan operasi restoran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ