KETIKA saya bersekolah rendah, gaji ayah sebagai buruh di Pejabat Daerah Selama, Perak lebih kurang RM200 sebulan. Hinggalah dia pencen, gajinya tidak lebih RM500.
Itupun dalam kalangan orang kampung yang rata-ratanya penoreh getah, ayah dikira orang kaya. Sebabnya, dia kerja kerajaan dan bergaji tetap. Tidak seperti mereka, hidup kami tidak pernah terjejas, tidak kira hujan atau panas.
Mereka yang kerjanya menoreh, apa juga musim ekstrem tidak mesra untuk mereka. Hujan, tidak boleh menoreh. Kemarau, pun tidak boleh juga kerana pokok kekurangan susu. Untuk mereka hanya yang sedang-sedang. Namun waktu yang sedang-sedang itu hanya berapa hari dalam setahun?
Sebab itulah di kampung saya waktu itu, nasi berlauk ikan masin tamban 'tergeliat' dikira hidangan standard. Bagi kami pula, ikan masin tamban 'tergeliat' sekadar pilihan. Kami masih mampu makan gulai ikan mayong atau ikan plotan, nyok nyok atau apa sahaja jenis ikan, jika mahu.
Seorang kawan sekelas pernah kata kepada saya: "Hang anak orang kaya!"
Ini bukan cerita tahun 1940an atau 1950an tetapi pada awal 1980an. Bukan sebelum merdeka!
Walaupun ayah bergaji rendah, kehidupan kami sekeluarga tidak susah. Sejak sekolah rendah, saya tidak pernah berkasut plastik keras seperti budak kampung yang lain.
Setiap tahun ayah belikan saya Fung Keong tapak hijau, pernah juga BM2000. Bukan untuk saya sahaja, untuk anak-anak saudaranya pun ayah belikan. Bukan setakat kasut, malahan sepersalinan uniform sekolah!
Saya bukan mahumendabik dada mengakui diri anak orang kaya sebagaimana yang dianggap rakan sekelas saya itu. Tentu ada yang mengatakan saya bermimpi di siang hari jika mengaku begitu sedangkan gaji ayah saya hanya lebih sedikit RM200 sebulan.
Saya biasa guna Poslaju untuk hantar buku-buku saya yang ditempah pembaca dalam bungkusan yang dicaj RM6. 1 April lalu, nampak muka saya, kerani Pejabat Pos Bandar Tasik Puteri terus beritahu: "Hari ini RM6.35 ya encik!"
Saya pun balas, "oklah... apa boleh buat?"
Masa itu, dalam fikiran saya, "apalah sangat 35 sen?"
Selang dua hari, saya kena caj GST, RM75. Pada masa itu, saya tidak mampu lagi hendak berkata, "apalah sangat RM75?"
Ya, sebagai orang biasa yang hidup makan gaji, RM75 GST sememangnya banyak.
Apabila saya imbas cara ayah menguruskan keluarga dengan gajinya yang lebih sedikit RM200 semasa saya kecil dahulu, saya dapat iktibar bahawa miskin atau kaya kita bukan ditentukan dengan wang, bukan sebanyak mana wang yang kita ada, atau sebesar mana gaji kita.
Itu yang kita selalu terlupa. Tetapi bagi generasi dahulu, itulah pegangan mereka.
Apabila susah, kita mudah salahkan orang lain sebagai penyebab. Kita terlupa bahawa rezeki kita ditentukan ALLAH. Walaupun terasa RM75 itu banyak, insya-ALLAH tidak akan miskin saya kerana GST!
Miskin atau kaya kita bukan bersebab dengan perbuatan atau keputusan manusia. Miskin atau kaya juga bukan ditentukan dengan wang yang kita ada, atau pendapatan kita. Penentunya ialah berkat.
Keberkatan milik ALLAH, diberi kepada sesiapa yang selalu mengingati Dia, meminta dan mengharap belas ihsanNya.
Maka, janganlah kita menyalahkan sesama sendiri seolah-olah orang itu, atau orang ini yang menyebabkan kita jatuh miskin. Yang belum miskin pun kelam kabut seolah-olah sudah pasti akan miskin!
Jangan pula tuduh saya tulis begini untuk menyokong GST. Tulisan ini sekadar untuk mengingatkan supaya kita sentiasa meletakkan ALLAH di puncak kehidupan.
Apa juga yang berlaku, bukan untuk sekadar tahu tetapi sentiasa sedar bahawa ALLAH itu ada, dan Dia yang menguruskan kehidupan kita. Maka hendaklah kita reda atas apa juga yang berlaku dan bersabar menghadapinya, sebagai cara untuk mendapatkan keredaanNya!
Soal GST, apabila sudah jadi undang-undang, mahu tak mahu kenalah kita hadapi. Bukan soal suka atau tidak suka tetapi pada pandangan saya, daripada terus sakit jiwa, lebih sihat untuk kita reda dan bersabar sahaja.
Tidak perlu berlebih-lebihan membenci sesama sendiri yang kemungkinan boleh jadi dosa jika terlanggar batasan, yang mudah sangat berlaku jika kita hanyut dibawa emosi dalam keadaan tidak bersandar pada hukum ALLAH.
Anggaplah ini ujian keimanan kita, dan jangan kita lupa, tidak berlaku satu apa pun di muka dunia ini melainkan dengan izin ALLAH. Berpada-padalah dalam berselisih pendapat, menangani perbezaan atau berbantah keputusan.
Tidak miskin kita kerana perbuatan manusia tanpa izin ALLAH. Manusia hanya jadi asbab dalam urusan ALLAH menguji iman kita.

0 Komentar untuk " GST: ALLAH sedang menguji kita! "