Enak dimakan, mudah disediakan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Enak dimakan, mudah disediakan

MAKANAN sejuk beku kian mendapat tempat di hati masyarakat pada masa kini yang sibuk dengan rutin harian kerja, di samping mengurus keluarga.

Ia mudah disediakan dan tidak memerlukan masa lama untuk dihidangkan, selain enak, ia menjadi tarikan utama ramai untuk memanfaatkannya, terutama mereka yang sudah berkeluarga mahupun sibuk bekerja.

Pada awal kemunculan makanan sejuk beku, tidak ramai peniaga mengusahakannya dan kebanyakan mereka hanya tertumpu pada pembuatan kuih-muih seperti karipap, samosa, donat dan pau.

Kini, semakin ramai yang menceburi perniagaan ini untuk mendapatkan sumber pendapatan sampingan termasuklah suri rumah, peniaga kecil-kecilan dan peniaga separuh masa.

Perkembangan itu menyebabkan makanan sejuk beku semakin banyak di pasaran, bukan hanya kuih-muih, malah sate, piza, roti boom, otak-otak, keropok lekor, ayam percik dan ayam madu berempah turut dijual, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli.

0 Komentar untuk " Enak dimakan, mudah disediakan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ