SEANDAINYA kita berada di dalam sebuah pesawat yang sedang mendekati bumi sebelum mendarat di KLIA, kita akan dapat lihat bandaraya Kuala Lumpur dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tingginya berpuluh tingkat.
Jika kita berada di dalam pesawat yang hendak mendarat di Atlanta City, Amerika Syarikat; bandaraya Tokyo, Jepun; Jakarta, Indonesia mahupun bandaraya Hong Kong, kita akan lihat bangunan-bangunan pencakar langit yang panoramanya hampir serupa dengan bandaraya Kuala Lumpur. Apabila menghampiri bandaraya-bandaraya ini, kita dapat lihat lingkaran lebuhraya bersimpang-siur yang penuh dengan pelbagai kenderaan dan juga taman-taman yang mempunyai tasik yang membiru.
Kesemuanya tidak banyak bezanya dengan apa yang ada di ibu negara kita.
Apabila kita menapak di celah-celah orang ramai di mana-mana lapangan terbang, kita akan melihat ribuan manusia yang berpakaian yang hampir serupa. Pakaian kot dan bertali leher, berbaju-T, berjaket, kemeja mahupun jean, berseluar, berskirt, bertopi dan berkacamata adalah di antara pakaian sebilangan besar di kalangan mereka.
Melangkahlah ke mana-mana kompleks membeli-belah di mana-mana tempat di dunia. Kita akan berasa seolah-olah berada di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur kerana akan terpandang gedung-gedung berjenama global seperti Fendi, Guess, Valentine, Dior, Burberry, Cartier, Chanel, Nike, Adidas, Umbro, Mercedes, Toyota, BMW, Apple, Sony, Samsung dan iPhone. Lihatlah wajah-wajah yang terpapar menghiasi iklan di skrin-skrin pusat membeli-belah. Kita boleh melangut menatap wajah-wajah pelakon terkenal Nicole Kidman, Beyonce dan selebriti David Beckham. Di merata dunia, inilah wajah-wajah yang menjadi ikon di dunia.
Dunia sudah disatukan secara global. Daripada arkitektur, pakaian manusianya, jenama-jenama yang digunakan, muzik kegemaran, tontonan, bacaan dan makanan, ia bagai seragam. Menjadikan manusia bercitarasa global. Di mana-mana, manusia sudah pernah merasa burger, steak dan sushi. Di mana-mana mereka juga boleh berbahasa atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris. Di mana-mana juga, mereka tahu membuka dan menggunakan Youtube, WhatsApp, Instagram dan Facebook.
Daripada segi fizikal dan mental, hampir kesemua yang mereka nikmati itu semakin menghanyutkan mereka ke budaya hedonism iaitu budaya seronok yang tidak berkesudahan. Oleh kerana ingin bersuka-suka, mereka sudah malas untuk berfikir secara kritis. Mereka lebih suka mengikut apa yang orang lain buat.
Bila kita teliti sesebuah paparan di laman Facebook, komen-komen yang kita baca itu biasanya bukan komen terhadap paparan itu, tetapi komen yang melarat berikutan dari komen mereka yang terakhir. Berapa banyak paparan berbentuk troll iaitu sesuatu yang sengaja dipapar semata-mata sebagai bahan provokasi yang akhirnya menjadi viral? Berapa banyak lagi paparan fitnah, falsu dan auta yang disebar dipercayai tanpa usul periksa? Sudah banyak kali juga, paparan yang telah diketahui kepalsuan pada tahun-tahun yang lalu muncul kembali dan dipercayai semula?
Kita menjadi manusia global kerana mempunyai budaya yang sukakan keseronokan, celupar, kasar dan ganas. Kita menjadi manusia global kerana mempunyai selera makan umtuk melahap yang hampir sama. Kita menjadi manusia global kerana mempunyai cara berfikir yang sama iaitu menyukai pemikiran yang berubah-ubah, pendek akal, singkat memori dan herd mentality.
Dalam pada itu, manusia mempunyai inspirasi agar dunia menjadi aman damai mengikut acuan global yang hanya bersandarkan kacamata manusia semata-mata. Setelah mempunyai budaya, ekonomi dan pemikiran global, kita mula mahukan kepercayaan agama yang global. Kita mula percaya, oleh kerana semua agama itu adalah untuk kebaikan, maka semua agama adalah sama. Walaupun menyembah tuhan yang berasingan, asalkan ia untuk keharmonian manusia sejagat, maka ia harus menjadi dokongan sekelian manusia. Maka muncullah pemikiran pluralism yang menyemaratakan agama mengikut kacamata global.
Bila manusia berfikir yang dia telah memaju dan mengindahkan dunia, mereka sangka ia sudah mencukupi. Penyatuan mereka untuk menyelamatkan ekonomi dunia, peperangan dunia, kemiskinan dunia, kebuluran dunia dan malapetaka dunia tanpa memikirkan dari mana datangnya segala cabaran, ujian dan dugaan masih bertahap pendek akal.
Sebab itu, apabila manusia terlupa pada Yang Maha Pencipta, mereka akan cepat panik dan putus asa apabila apa yang dirangka itu tidak menjadi. Bukankah ALLAH sudah berfirman dalam al-Quran, “Dan mereka merancang(tipu daya), Allah juga merancang(membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik-baik perancang(membalas tipu daya).”(Al-Imran 54)
Sentiasalah ingat, walaupun kita adalah manusia global, kita tetap melangkah di bumi kepunyaan Yang Maha Perkasa. ALLAH SWT juga sudah mengingatkan kita, “Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.” (al-Isra’ 37-38).
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Dunia bukan kita yang punya "