BARU-baru ini, tatkala membuka laman sosial Facebook, saya menerima friend request daripada Chan Ee Mei, rakan sekelas di sekolah rendah.
Hati saya berbunga kerana memang sudah lama tidak bersua muka dengannya. Gadis Cina yang cilik ini sudah menjadi seorang wanita dan ibu.
Setelah menjadi rakan siber, kami saling berkomunikasi bercerita kisah-kisah di sekolah tatkala belajar di Sekolah Rendah Sri Mersing.
Saya juga masih berhubung dengan beberapa orang kawan sekolah. Di antaranya ialah Hamzah Mohamed, Jamil Sulaiman, Azman Nasir, Mohd Khairul Bahri Ahmad, Jaafar Lamri dan Lim Ten Hock.
Meskipun sudah berpuluh tahun tidak bertemu, kami amat mesra apabila berjumpa. Perangai kami berubah seperti budak-budak apabila bersama.
Tiada halangan kami bergurau senda meskipun ada di antara kami daripada kalangan yang sudah berpangkat dan bergelar.
Pada tahun lepas, kemudahan perisian WhatsApp turut menemukan saya dengan 100 orang kawan sekolej yang sama-sama menuntut Art and Design di kampus UiTM Dungun pada tahun 1975.
Saban hari, hingga ke saat saya menulis ini pun, kami sentiasa berkomunikasi. Jika dahulu kami lebih gila-gila sebagai orang kreatif, kini kami yang sebahagian besarnya sudah bercucu, lebih gemar berkongsi ilmu dunia dan akhirat.
Untuk keduniaan, ada di antara kami yang saling bertandang untuk berjalan-jalan. Apabila sudah lanjut usia, berjalan-jalan menjadi agenda yang merehatkan.
Ada di antara kami yang berkongsi resipi, makanan, menghadiahkan pokok, buah-buahan, tips perubatan, malah ada yang menaja pakaian dan menyediakan tempat penginapan percuma apabila berkonvoi dan berkunjung menghadiri majlis perkahwinan anak masing-masing.
Dalam hal-hal akhirat, kami saling pesan memesan, bertukar pengalaman, ayat al-Quran dan hadis, saling mendoakan serta mengucapkan salam pada pagi hari dan mengucapkan selamat malam.
Saya gembira dengan kehadiran kawan-kawan sekolah dan juga teman-teman sekolej. Mereka sudah menjadi para sahabat saya. Kehadiran mereka membawa saya ke dalam sebuah dimensi yang aman.
Sahabat adalah teman-teman yang sanggup berkongsi susah dan senang, saling berpesan dan menegur untuk kebaikan bersama.
Dengan teknologi siber yang canggih, mereka seolah-olah hadir siang dan malam bersama saya. Menjadikan hidup ini semakin bererti kerana ada sahabat-sahabat di sisi.
Jika direnungi, kita sebenarnya selesa berkawan dengan rakan-rakan sekolah dan kolej. Dengan kawan-kawan sekolah, kita bukan sahaja mengenali dirinya, tetapi ibubapa dan adik beradiknya.
Kita biasa berkawan hingga makan minum dan tidur baring di rumahnya. Keluarga kita dan keluarganya turut saling mengenali. Begitu juga dengan rakan-rakan sekolej.
Tatkala berkawan, masing-masing baharu hendak hidup. Baharu hendak mengenal selok-belok kehidupan. Baharu hendak mencari identiti untuk ‘menjadi orang.’
Justeru itu, masing-masing jujur dalam pergaulan. Kejujuran inilah yang mengekalkan persahabatan.
Cuba kita congak, berapakah kawan atau rakan yang kita ada berbanding dengan sahabat? Sudah pasti kita mempunyai lebih ramai kawan daripada sahabat.
Kawan-kawan pula berbeza daripada sahabat. Kawan dan rakan biasanya terjalin kerana masing-masing punyai kepentingan.
Rakan sekerja misalnya, walaupun kita rapat dengan mereka tidak kurang lapan jam sehari, namun pergaulan kita dengan mereka hanya setakat hal-hal kerja.
Jika hendak bergaul lebih daripada itu mungkin setakat teman untuk pergi makan tengahari, menonton dan berombongan.
Mungkin juga saling membantu dalam soal kerja. Ataupun ke majlis-majlis keramaian. Tetapi, setakat itu sahajalah. Walaupun rapat, ia tidak sama dengan pergaulan dengan rakan-rakan sekolah dan kolej.
Apakah kita tidak mahu rakan-rakan sepejabat menjadi sahabat kita pula sepertimana kawan-kawan lama kita? Jika kita mahu, jaringan persahabatan boleh melangkaui peranan sebagai rakan sekerja.
Kenalilah jiran-jirannya, ahli keluarga dan sanak saudaranya. Dan jika kita bergaul dengannya di luar kawasan pejabat, kita akan memperoleh seorang sahabat yang baharu.
Sahabat-sahabat lama yang saling berhubung di alam siber, meskipun intim siang dan malam, sebahagian daripada mereka bagai ilusi melainkan bila dapat berdiri di depan mata.
Sebaliknya rakan-rakan sekerja, apabila dikenali rapat hingga menjadi sahabat, mereka akan sentiasa berada secara live dan akan hadir untuk membantu, meskipun untuk menukar tayar kereta kita yang pancit.
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Di antara kawan dan sahabat "