Bersederhana rai nikah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bersederhana rai nikah

RAMAI yang mengimpikan majlis perkahwinan  gilang-gemilang. Bangganya hati ini apabila semua mata terpaku melihat kacak dan cantiknya pasangan pengantin berjalan di atas hamparan permaidani merah, memakai pakaian pengantin ala-ala Cinderella direka pula oleh pereka fesyen terkenal negara.

Majlis meraikan pengantin tersebut diadakan di dewan sebuah hotel lima bintang, dilengkapi dengan wangi dan harumnya bungaan segar pelbagai warna. Kilauan lampu yang memancar menaikkan lagi indahnya seri pengantin.

Indahnya sebuah majlis perkahwinan dambaan semua wanita di luar sana. Itulah gambaran sebuah majlis perkahwinan abad ini.

Gerbang perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang menyulam cinta. Pastinya tidak ada yang mahu hidup keseorangan di dunia ini hingga akhirnya bukan, kerana itulah disyariatkan berkahwin. Namun, rata-rata menberikan respons nak kahwin sekarang kena ada duit banyak, kalau majlis biasa-biasa malu nanti. Kerana itulah, ada ibu bapa yang sanggup bekerja berhempas-pulas mencari duit sehingga ada yang menebalkan muka meminjam sana-sini demi untuk menganjurkan perkahwinan anaknya. Mahalnya mahu membina bahagia!.

Ada pula sesetengah pasangan yang berkira-kira untuk berkahwin kerana bimbang jika bakal mertuanya meletakkan hantaran yang tinggi dan mahukan majlis yang vogue sedangkan si lelaki tidak berkemampuan.

Ditoleh ke kanan dipandang ke kiri, sana-sini anak muda yang bernafsu untuk berkahwin tetapi tidak mampu untuk berbelanja dengan 'meriahnya' demi sebuah perkahwinan yang hebat. Desakan inilah yang mewujudkan segelintir pemuda kita sehingga sanggup melakukan maksiat dan ada yang mengetepikan peranan kedua ibu bapa dengan bernikah di sempadan.

Tapis budaya Barat

Pendakwah, Ustazah Asmak Hussin menjelaskan betapa liciknya Barat kerana mereka berjaya memesongkan fahaman orang Islam sekarang sehingga sangat mengagungkan budaya Barat yang jelas bertentangan dengan norma dan nilai-nilai Islam.

"Bagi mereka apa yang datang dari Barat moden dan maju. Tidak dinafikan, bukan semua yang datang dari Barat tidak bagus untuk diamalkan, malah ada banyak sifat-sifat murni yang patut dicontohi oleh umat Islam hari ini. Contohnya semangat ingin tahu yang tinggi (inkuiri), berfikiran terbuka, suka membaca dan mengkaji serta banyak lagi perihal yang boleh dijadikan contoh dan ikutan.

"Malangnya ramai daripada kita tidak tahu bagaimana ingin menapis kemasukan budaya tersebut dengan falsafah Islam yang jelas. Mana yang baik kita amalkan, mana yang bertentangan kita tinggalkan. Itulah yang membezakan kita sebagai penganut agama Islam dan yang lain," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, akal yang diberikan ALLAH perlu menapis, ilmu yang dipelajari seharusnya difahami dengan sebaiknya dan digunakan untuk mengkaji. Sesungguhnya seperti yang dikatakan tadi, tidak semua dari Barat tidak elok. Masyarakat Barat terkenal dengan kuatnya ikatan kasih sayang sesama mereka. Sikap itu perlu diteladani semua orang, namun apa sesetengah perkara yang kelihatan tidak wajar diikuti.

0 Komentar untuk " Bersederhana rai nikah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ