AL-QURAN adalah sebuah kitab dijaga secara langsung oleh ALLAH SWT. Kewujudan dan kelestariannya disampaikan Nabi Muhammad SAW mampu membentuk peribadi Muslim yang baik kerana al-Quran adalah naskhah suci yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan setiap Muslim.
Sehingga saat ini, berapa ramai antara kita yang mampu menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Jika dilihat, jumlah penduduk Malaysia yang ramai dan majoritinya adalah Muslim, seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu al-Quran untuk seorang. Al-Quran ini sebagai sebuah solusi dalam setiap masalah yang dihadapi sehari-hari.
Namun hakikatnya, kita sering membiarkan al-Quran tersusun cantik di rak sebagai perhiasan. Biar terus buta al-Quran, janji ada al-Quran. Itulah mentaliti sesetengah masyarakat kita. Menjadi kewajipan bersama untuk menyebarkan keindahan al-Quran kepada masyarakat. Al-Quran itu mudah jika kita melihat ia bukan sekadar naskhah buku yang biasa.
#AktifkanRumahNgaji
Kempen #AktifkanRumahNgaji di seluruh negeri di Malaysia dimulakan sejak Januari 2014 dengan matlamat membangunkan karakter dan nilai mulia berlandaskan al-Quran dengan back to basic, kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Program di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) ini ditubuhkan pada 24 Ramadan 1434 Hijrah bersamaan 31 Julai 2013. Ia membawa misi agar al-Quran dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan. Dengan menjadikan al-Quran sebagai meeting point dan
Rumah Ngaji sebagai meeting place sehingga kita mampu besarkan persamaan dan kecilkan perbezaan sesama kita melalui al-Quran.
Sehingga kini, sebanyak 442 buah Rumah Ngaji di sekitar Kelantan ditubuhkan manakala 37 Rumah Ngaji adalah di luar Kelantan termasuk Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan negeri-negeri lain.
Dalam kelas asas al-Quran, pelajar diperkenalkan dengan huruf hijaiyah, pengenalan kepada baris fathah, kasrah dan dommah, kaedah penggabungan huruf hijaiyah, tanwin, mad, sukun, tasydid, dan beberapa pelajaran lain.
Pelajar didedahkan dengan makhraj huruf sebelum mendalami hukum tajwid lain seperti hukum nun sukun dan tanwin, hukum mim sukun, idgham, mad, qolqolah dan sebagainya.
Bagi kedua-dua kelas asas dan tajwid, pelajar akan diberi kefahaman dan pengukuhan melalui komunikasi dua hala antara pelajar dan tenaga pelajar.
Solusi dalam al-Quran
Penubuhan Rumah Ngaji adalah hasil daripada inisiatif masyarakat setempat dan komuniti yang berasakan al-Quran itu sebuah mukjizat. Mereka yakin, dengan membawa al-Quran kepada masyarakat, segala masalah yang terjadi dalam masyarakat dapat diselesaikan dan punya solusi tersendiri yang diceritakan dalam al-Quran.
Ada antara mereka yang sudah mempunyai kelas pengajian al-Quran, kemudian dijenamakan di atas nama Rumah Ngaji bagi memberi perspektif baru kepada masyarakat mengenai al-Quran. Membawa konsep serba santai dalam pembelajaran al-Quran, ia memberi peluang kepada orang ramai yang segan dan malu turut sama menikmati keindahan mukjizat al-Quran.
Sepanjang kempen #AktifkanRumahNgaji berlangsung, banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar konsep Rumah Ngaji ini turut dikembangkan di tempat mereka. Dengan program seperti ini, kita dapat melihat adanya permintaan terhadap kelas al Quran. Namun, mereka kebanyakannya tersekat dengan kos bagi menubuhkan kelas pengajian al-Quran.
Daripada masyarakat untuk masyarakat
Kita sedia maklum, untuk menggerakkan sesuatu itu perlukan sumber kewangan yang kukuh. Begitu juga dengan Rumah Ngaji. Setiap Rumah Ngaji yang ditubuhkan memerlukan dana untuk terus bergerak menyebarkan keindahan al-Quran secara percuma kepada pelajar, suri rumah, pekerja, pesakit di hospital, pesalah di penjara, dan komuniti sehingga al-Quran dekat dan masuk ke hati.
Salah satu matlamat Rumah Ngaji adalah mahu masyarakat membaca al-Quran, memahaminya, dan mengamalkan nilai mulia yang terkandung dalamnya bagi mendidik jiwa menjadi Muslim sejati.
Setiap Rumah Ngaji memerlukan al-Quran, juga memerlukan dana, tetapi kelainan Rumah Ngaji adalah al-Quran yang diwaqafkan ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja, tetapi digunakan untuk mencetuskan kesedaran sehingga masyarakat setempat akan bersama membangunkannya; daripada masyarakat untuk masyarakat.
Penduduk, Wan Jaafar Wan Ibrahim, 62, dari Pasir Tumboh mengakui ini adalah peluang terbaik dan beliau percaya program Rumah Ngaji ini mendapat sambutan luar biasa suatu hari nanti kerana sistem pengajaran yang diperkenalkan sistematik dan mudah.
Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nik Mat-Mahmood Al-Daudi, 65, pula berkata, pengajaran al-Quran secara asas diperkenalkan Rumah Ngaji memudahkan peserta untuk belajar.
Kitakan Islam, Buat Kerana ALLAH
Al-Quran yang diwaqafkan melalui WUI akan diagihkan kepada Rumah Ngaji mengikut keperluan, selain bersama berkongsi pengalaman menghidupkan Rumah Ngaji, melatih tenaga pelajar dan membantu menguar-uarkan keperluan seperti rehal, rak al-Quran, perabot dan tenaga pengajar bagi memastikan objektif Rumah Ngaji berjalan lancar.
Setakat ini Rumah Ngaji yang aktif dibiayai dana daripada masyarakat jauh dan dekat.
Usaha ini mampu menarik lebih ramai umat Islam membaca al-Quran, menghayatinya dan mengamalkannya. Tanpa mengira peringkat umur, anak-anak kecil dari enam hingga 70 tahun berpeluang mempelajari al-Quran secara percuma di Rumah Ngaji.
#AktifkanRumahNgaji, sebuah program penyatuan hati yang dilakukan adalah untuk membawa mesej al-Quran menjadi karakter ummah, dengan izin-Nya.
Semoga umat Islam di Malaysia dapat membaca al-Quran dengan baik, memahaminya dengan jiwa dan mengamalkan nilai dalam al-Quran sehingga menjadi Muslim sejati.

0 Komentar untuk " Bawa semangat al-Quran "