Istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan perlu disertai dengan niat, memilih perkara utama dan memperbanyakkan doa. Ikuti kupasan lanjut mengenainya yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dalam Pesona D'Zahra, IKIMfm.
Rancangan Pesona D'Zahra bersama Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin pada minggu lalu membincangkan tajuk 'Istiqamah dalam amalan'.
Sifat istiqamah membawa maksud 'tetap' atau 'berpendirian teguh atas kebenaran'. Secara umumnya, ia bererti berpegang kepada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling tadah walau apa juga keadaan.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti diperintahkan Allah dan Rasul dalam Surah Fusilat Ayat 6 yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanya."
Istiqamah adalah daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.
Segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah sama ada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah.
Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT. Ini meliputi sikap dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa menegakkan kebenaran dalam perbuatan seharian.
Perjuangan dalam hidup manusia amat luas dan berbeza-beza. Perjuangan yang suci diredai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutama perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.
Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa. Firman Allah di dalam Surah Yusuf, ayat 87 bermaksud: "Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
Keimanan yang teguh
Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan amalan secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Ia memerlukan keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang teguh.
Apabila kita diberikan kekuatan melakukan sesuatu kebaikan keimanan dan ketakwaan, ia akan memberikan kita kekuatan serta motivasi untuk melaksanakannya secara konsisten.
Walaupun ada kalanya amalan itu kelihatan nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.
Menurut Ustaz Muhamad, mereka yang membuat amalan secara istiqamah akan diberikan ganjaran pahala walaupun pada satu-satu ketika mereka tidak mampu melaksanakannya lagi.
Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebagai insan yang lemah, kita memerlukan syarat dalam melaksanakan amalan kebaikan agar ia dapat sentiasa memandu kita ke jalan yang benar. Ustaz Muhamad berkata ini kerana dalam beristiqamah akan ada cabaran yang akan mengganggu kita, justeru Allah SWT juga memberikan panduan dalam memohon doa untuk beristiqamah untuk memotivasikan diri.
Terdapat tiga syarat dalam istiqamah:
* Yang pertama adalah niat. Niat adalah memasukkan dalam hati untuk beristiqamah. Teguhkan dan ajarkan hati untuk berniat melakukan perkara baik setiap hari. Ini kerana setiap amalan itu bermula dengan niat dan kita akan diberi ganjaran bersandarkan niat kita.
Selain meniatkan hati untuk membuat amalan baik, sematkanlah niat untuk beristiqamah juga. Didik hati dan fikiran untuk berniat membuat kebaikan dalam kehidupan serta memberi manfaat kepada diri dan orang lain terutamanya pasangan dan keluarga.
* Syarat kedua adalah mengurangkan pilihan dalam membuat amalan. Lumrah manusia, sekiranya berhadapan dengan banyak pilihan tugasan, ia akan membuat pilihan yang paling ringan atau mudah sahaja. Maka utamakanlah perkara yang utama dalam membuat amalan.
Elak memilih benda yang ringan sahaja, tetapi pilihlah yang paling utama. Tidak ada manusia yang terlalu sibuk untuk sesuatu, ia adalah satu pilihan seseorang dalam memberi keutamaan terhadap apa yang dilakukannya. Oleh itu tentukanlah keutamaan dalam hidup kita dan ini akan menghasilkan istiqamah dalam amalan.
* Syarat ketiga adalah memperbanyakkan doa. Doa itu senjata bagi orang beriman. Ia adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar oleh Allah SWT.
Allah SWT tidak suka kepada hamba yang tidak pernah memanjatkan doa. Ini jelas berdasarkan firman-Nya bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah al-Mu'min Ayat 60).
Justeru dalam usaha beristiqamah melakukan ibadah dan kebaikan, mintalah bantuan daripada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran.
Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu kita untuk memudahkan amalan yang istiqamah. Perkara yang pertama adalah memiliki sahabat baik.
Sahabat yang baik adalah yang mengajak kepada kebaikan. Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya."
Sabda Baginda lagi: "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Ciri-ciri teman terbaik
Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati. Bak kata pepatah Arab, "bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."
Faktor kedua adalah suasana yang baik. Ini penting kerana suasana sekeliling akan membentuk dan mempengaruhi kita. Bentuk suasana bahagia di dalam rumah tangga kita.
Perkara ketiga yang dapat membantu usaha beristiqamah adalah ilmu. Ilmu adalah instrumen sokongan dalam kita membezakan apa yang baik dan yang buruk. Hanya dengan ilmu sahajalah kita akan dapat membuat pilihan baik.
Amat penting untuk kita sentiasa mencari ilmu dan belajar ilmu agama. Apabila mengetahui sebab, hikmah dan ganjaran setiap perintah Allah SWT, ia akan memudahkan kita melakukan kebaikan, beribadah dan menjauhi amalan atau perbuatan yang buruk.
Kita juga perlu sentiasa berwaspada dengan cabaran dalam usaha beristiqamah. Pertamanya adalah bisikan syaitan. Ia adalah suara bisikan syaitan di dalam hati manusia agar malas membuat amalan, menghilangkan ikhlas dalam hati dan membuatkan rasa payah dalam beramal.
Cabaran yang kedua adalah memandu nafsu. Jika bisikan syaitan bersifat merancang, sifat nafsu pula adalah 'merengek-rengek'.
Yang terakhir adalah kelemahan diri kita. Bagi menghadapi cabaran ini, kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk bermuhasabah dari semasa ke semasa. Berdoalah agar sentiasa diberikan hidayah untuk menilai diri dan memohon kekuatan dalam melaksanakan ketaatan.
Perbanyakkan zikir dalam mengingati Allah seperti membaca "La haulawala quwwataillah billahil aliyyil adzim" agar diberi dua perkara iaitu kekuatan untuk berbuat baik dan diberi kekuatan untuk istiqamah dalam amalan.
* Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

0 Komentar untuk " Agama: Istiqamah menegakkan kebenaran suatu tuntutan "