TIAP-tiap hari kebelakangan ini, cuaca panas menjadi-jadi. Keluar dari rumah sekejap sahaja, kita sudah mula berpeluh.
Di Johor keadaan ini diramalkan akan berlanjutan untuk beberapa bulan lagi dan umat Islam di negeri itu sudah pun disarankan mengadakan solat Istisqa’ bagi memohon kepada ALLAH agar diturunkan hujan.
Di negeri-negeri lain yang mengalami cuaca panas pun tentu sudah membuat persediaan, termasuk solat hajat.
Panas atau tidak, perangai setengah manusia, tidak kira orang Malaysia atau orang luar, sama sahaja, apa lagi apabila berada dalam kesesakan lalu lintas.
Orang yang nampak baik pun apabila berhadapan dengan sedikit ujian, sudah boleh bertukar menjadi ganas.
Contohnya seperti yang berlaku di Johor Bahru Sabtu lalu. Hanya kerana pemandu bas di belakang keretanya membunyikan hon, seorang lelaki warga Singapura hilang kesabaran dan membelasah pemandu bas itu dengan kayu selepas memaki-hamun hingga luka teruk di kepala.
Penyerang yang ditahan polis itu mendakwa dia dipukul terlebih dahulu.
Bagaimanapun, bukan semua pengguna jalan raya panas baran sampai seperti itu.
Nasib anda baik, anda akan bertembung dengan pengguna jalan raya yang sangat berhemah.
Umpamanya, saya memandu kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, yang memang terkenal dengan kesesakan.
Jarak yang sepatutnya ambil masa dua minit, mengambil masa 40 minit.
Dalam keadaan kereta merangkak itu, kereta saya terhalang oleh sebuah kereta sebelah kiri.
Dengan bahasa isyarat, saya segera menawarkan pemandu kereta itu bergerak dahulu, tetapi dia pula memberi isyarat sambil tersenyum supaya saya bergerak dahulu.
Ia tidak banyak membantu pun, tetapi sikap seperti itu membuat kita merasa lega.
Sementara umat Islam di Johor menunaikan solat hajat meminta hujan, masjid-masjid di Selangor pula buat solat hajat selepas solat Jumaat untuk memohon diselamatkan daripada wabak denggi yang kini menjadi ancaman besar.
Saya percaya banyak lagi masjid dan surau di seluruh negara melakukan yang sama.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), denggi menyerang kira-kira 100 juta orang setahun sementara sesetengah pakar meletakkan angkanya tiga kali ganda.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan dijangka memperoleh satu lagi vaksin bagi melawan demam denggi pada pertengahan tahun ini dan kali ini yang dihasilkan Perancis.
Vaksin ini diberi secara percuma kepada orang ramai. Baguslah begitu kerana sejak setahun lepas, terdapat 16,444 kes denggi, dengan 44 kematian, direkodkan di negara ini, berbanding 1,329 kes dengan 16 kematian dalam tempoh sama sebelumnya.
Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, diikuti Perak.
Ironinya, denggi berlaku di bandar-bandar besar yang sepatutnya bersih dan tersusun.
Beberapa jiran saya turut menjadi mangsa; ada yang hampir seluruh anggota keluarga mereka dimasukkan ke hospital kerana denggi.
Apa sahaja masalah yang berlaku sebenarnya bukan kerana sama ada tempat itu besar atau kecil, maju atau kurang membangun. Ia disebabkan sikap kita.
Tidak percaya? Cuba luangkan masa tiga empat jam, pusing kawasan bandar.
Di mana ada papan tanda JANGAN BUANG SAMPAH DI SINI, umpamanya, di situlah paling banyak sampah dibuang. Di mana ada DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI di situlah paling banyak kenderaan diletakkan.
Saya lihat papan amaran ZON LARANGAN MEROKOK terpampang di kantin jabatan agama di sebuah negeri. Di bawahnya tertera: “MEROKOK ADALAH HARAM...”
Anda boleh saksikan orang duduk di bawah papan larangan itu merokok, seolah-olah fatwa dan zon larangan merokok itu tidak wujud.
Turut menjadi masalah adalah sikap mereka yang enggan kerjasama apabila diminta.
Banyak tempat di mana PBT menghantar petugas untuk kerja membersihkan kawasan secara gotong-royong dengan penduduk, yang selalunya berlaku, lebih banyak penyapu dan cangkul daripada peserta.
Kalau pihak berkuasa menghantar 20 petugas, nasib baik sangatlah kalau ada 10 orang penduduk menyertai gotong-gotong itu.
Kalau sikap pasif seperti ini berterusan, tak tahulah bila tahap kebersihan kawasan boleh ditingkatkan.

0 Komentar untuk " Seolah-olah fatwa tidak wujud "