KAJIAN Indeks Pekerjaan Asia yang dilakukan oleh Robert Walters Malaysia, sebuah syarikat perundingan mendapati bahawa bagi tempoh suku tahun keempat 2014, kadar pengiklanan serta permintaan tenaga kerja di Malaysia telah melonjak sebanyak 48 peratus.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan infrastruktur serta meningkatkan tahap kecekapan dalam urusan perniagaan, sekali gus menarik lebih ramai tenaga kerja dari pelbagai negara ke Malaysia.
Sentimen sama turut dikongsi oleh penulis yang juga Pengerusi Biro Profesional Muda di bawah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan telah berjaya menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mapan. Ia sekali gus menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang tepat dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Program Transformasi Ekonomi, iaitu bagi mencipta sejumlah 3.3 juta pekerjaan berpendapatan tinggi tatkala kita mengorak langkah untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Hasil kajian ini juga meletakkan Malaysia sebagai salah satu dari negara yang paling pesat membangun di Asia dari segi pertambahan dalam permintaan tenaga kerja. Malahan, Malaysia juga mengatasi Jepun dan Singapura yang masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 42 dan 23 peratus.
Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa sistem ekonomi kita benar-benar kompetitif. Ini dinilai penting kerana Malaysia bakal memainkan peranan penting selaku pengerusi sidang kemuncak Asean tahun ini, apatah lagi dalam konteks penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) menjelang akhir tahun ini.
Kajian yang sama turut mendapati bahawa bidang teknologi maklumat (IT) kekal sebagai bidang popular yang menyaksikan peningkatan sebanyak 75 peratus dari segi permintaan tenaga kerja. Ini diikuti oleh bidang perakaunan (63 peratus) dan pemasaran (55 peratus).
Namun, golongan muda pada hari ini tidak boleh terlalu leka dengan perkembangan positif ini. Peningkatan tawaran pekerjaan tersebut hanya akan sekadar menjadi angka seandainya kita gagal meraih peluang ini. Selaku profesional muda, kita harus sentiasa berusaha meningkatkan tahap kemahiran yang kita miliki bagi meningkatkan kebolehpasaran dan meluaskan lagi peluang kerjaya pada masa akan datang.
Penulis yang merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia turut menggagaskan usul bagi menubuhkan Institut Kemahiran Insaniah Belia Negara, bertujuan menyediakan latihan bagi membantu memperkasa kemahiran insaniah dalam kalangan belia di negara ini. Usul yang dibentangkan sewaktu persidangan pada Januari yang lalu ini telah diluluskan dan bakal dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Kita hidup dalam era globalisasi di mana situasi ekonomi adalah lebih mencabar. Justeru, amatlah penting untuk golongan belia dalam negara ini sentiasa mencuba untuk memanfaatkan peluang-peluang yang ada.
Penulis ialah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

0 Komentar untuk " Permintaan tenaga kerja meningkat "