CITA-CITA mengejar keinginan untuk memiliki wang yang banyak menjadi idaman orang ramai dan Jason (bukan nama sebenar) tidak terkecuali ingin mengecapi keadaan itu.
Masalah kewangan Jason bermula apabila dia yang tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam selok belok pasaran saham telah mengeluarkan kesemua RM100,000 dari simpanan miliknya untuk tujuan tersebut.
Keinginan itu timbul selepas mengetahui rakannya menjadi kaya dalam sekelip mata akibat melabur dalam pasaran saham.
Jason masih ingat akan kata-kata rakannya sebelum itu, ”Jason, kalau impian engkau ialah mahu menjadi kaya dengan cepat, pasaran saham boleh memakbulkan impian engkau itu”. Sejak dari itu, Jason bekerja keras mengumpul duit untuk membuat pelaburan saham tanpa mempelajari dan memahami selok-belok serta risikonya.
Seperti kata pepatah orang yang tamak selalu rugi. Akibat daripada tindakan Jason yang gelojoh melabur mengakibatkan pelaburan, dia tidak membawa keuntungan.
Akibatnya, Jason hilang kesemua wang pelaburan sebanyak RM100,000 itu. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Jason telah memohon pinjaman peribadi dan menggunakan pinjaman itu untuk berjudi pula dengan harapan mempunyai tuah dan mendapatkan kembali wang tersebut.
Namun, sekali lagi nasib tidak menyebelahi Jason apabila dia tewas dalam perjudian dan telah menghabiskan wang pinjaman peribadi yang dipohon daripada bank itu.
Kini, Jason bukan sahaja kehilangan wang simpanannya, malah turut berhutang sebanyak RM 50,000 daripada pihak bank.
Masa berlalu, dan kini hutang Jason dengan pihak bank bertambah kerana dia tidak pernah membayar ansuran pinjamannya kerana tidak mampu.
Pihak bank sudah mula menghubunginya. Jason tertekan sehingga mentalnya terganggu. Setiap kali telefon berdering, Jason menjadi takut dan tidak mengangkat panggilan itu.
Akibatnya Jason berubah sikap dengan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Lagipun Jason berasa malu jika rakan-rakannya mendapat tahu tentang masalah yang dia hadapi itu.
Sehingga pada suatu hari, Jason menerima surat tindakan undang-undang daripada pihak bank yang beralamat tempat kerja Jason.
Ini menyebabkan majikan Jason akhirnya tahu akan masalah yang dihadapinya. Setelah dipanggil oleh majikannya dan berbincang, akhirnya majikan Jason menasihatkan dia pergi ke AKPK untuk mendapatkan bantuan.
Ketika Jason menjejakkan kaki ke AKPK, fikirannya ketika itu berada dalam keadaan yang berserabut.
Setelah melalui proses kaunseling, kaunselor AKPK membuat cadangan untuk penstrukturan semula pinjaman peribadi melalui pembayaran bulanan yang termampu oleh Jason. Akhirnya dia lega dan merasakan dia mempunyai sinar baharu dalam hidupnya.
Kini, Jason lebih berhati-hati dalam membuat setiap urusan kewangan dan dia akan mengkaji dulu akibat dan keadaan yang akan terjadi sebelum membuat apa-apa tindakan. Jason telah kehilangan wang RM100,000 yang disimpannya tetapi sekarang dia dapat membuat simpanan balik setelah diberi tunjuk ajar mengenai pengurusan kewangan oleh AKPK.
"Simpanan kecemasan adalah penting untuk kegunaan di masa kecemasan. Sebagai panduan, anda sepatutnya mempunyai tabungan kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda, termasuk pembayaran ansuran pinjaman." - AKPK
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

0 Komentar untuk " Akibat gelojoh main saham "