*DUA gelanggang Pas menjadi tumpuan umum seluruh negara, dan sehari dua ini ditonjolkan sebagai berita utama dalam kebanyakan media.
Gelanggang pertama di Dun Chempaka, Kota Bharu, Kelantan yang akan menyaksikan pilihan raya kecil 22 Mac ini berikutan kematian Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat 12 Februari lalu.
PRK selepas banjir ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas Ahmad Fathan Mahmood dengan empat calon Bebas - Sharif Mahmood, Fadzillah Hussin, Izzat Bukhary Ismail dan Aslah Mamat.
Walaupun bunyinya hebat kerana lima penjuru, tetapi orang ramai menganggap keempat calon tidak berparti itu tidak akan memberi apa-apa tentangan terhadap calon Pas.
Malah pencalonan empat orang tanpa parti itu dianggap oleh kebanyakan orang tidak lebih sebagai acah-acah, dan tidak ada kesan langsung untuk menafikan hak Pas mengekalkan kerusi tersebut.
Malah belum apa-apa dua daripada empat calon Bebas itu – Sharif, 59, dan Fadzillah, 55, – telah dipecat dari parti asal mereka Umno.
Surat pemecatan itu dikeluarkan ibu pejabat Umno, dan ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dari segi moralnya belum berjuang sudah kecundang.
Pendek kata walaupun pengundian belum bermula, semua sudah mengandaikan gelanggang Chempaka adalah milik Pas. Silap-silap gaya calon Bebas akan kehilangan wang pertaruhan.
*OLEH sebab gelanggang Chempaka dikira ‘kes sudah selesai’, tumpuan kini lebih diberikan kepada gelanggang satu lagi iaitu muktamar Pas pada 4 hingga 6 Jun akan datang.
Ada puak dalam parti Islam itu nampaknya tidak senang dengan presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Puak ini secara terang-terang berkempen dan mendesak supaya Hadi diganti dengan orang lain yang lebih layak.
Malah Pas Kota Bharu mencadangkan ketua penerangan yang juga naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan untuk menentang Hadi pada muktamar.
Ketika ditanya wartawan, Hadi menjelaskan beliau boleh dicabar, kerana Pas sejak sekian lama mengamalkan demokrasi. Apa-apa jawatan pun terbuka untuk dipertandingkan.
Ertinya, kalau ada sesiapa lagi yang berhasrat menentang presiden, setakat ini yang empunya diri tidak ada masalah. Siapa agaknya yang tergamak mencabar presiden?
*SEBALIKNYA Tuan Ibrahim telah menolak pencalonan untuk menentang presiden pada pemilihan parti kali ini. Katanya, seperti yang dilapor media, buat masa ini tiada keperluan untuk menukar jawatan No.1 itu.
Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.
“Saya hormati pencalonan dari Kota Bharu, ini adalah demokrasi dalam parti,” katanya, dan menambah: “Tetapi ketika dunia mengangkat beliau (Hadi), kita anggota Pas sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.”
Sambil menolak pencalonan presiden, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan timbalan presiden, sekiranya ada pencalonan. Katanya: “Dulu (dalam muktamar) saya belum bersedia untuk jawatan timbalan, tapi kali ini kalau ada pencalonan saya akan istikharah.”
Jawatan timbalan presiden sekarang disandang oleh Mohamad Sabu atau panggilan manjanya ‘Mat Sabu’ yang disebut-sebut sebagai salah seorang yang kuat mahukan Hadi diganti.
Adakah sesiapa akan mencalonkan Tuan Ibrahim untuk menentang Mat Sabu? Kalau ada perlawanan antara Tuan Ibrahim dengan Mat Sabu, tentu pertandingan ini jauh lebih menarik dan hangat dari pertandingan lima penjuru di Chempaka.
*AKHIR kalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan corot dalam ujian piawaian antarabangsa.
Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, laporan pendidikan seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) mendedahkan rangking Malaysia pada tahap tercorot dan berada di belakang Vietnam.
Dalam ujian Pisa yang dikeluarkan pada Disember lalu, Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara.
Dalam Bajet 2015, Putrajaya memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan, jumlah yang tertinggi berbanding kementerian lain. Menghairankan dengan peruntukan tertinggi, pelajar kita masih terendah. Bukan sahaja menghairankan, tetapi memalukan!
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Pas berentap di dua gelanggang "