MK Land Holdings Bhd (MK Land) bakal melancarkan dua projek pembangunan hartanah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM600 juta tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lau Shu Chuan berkata, projek tersebut akan dilancarkan antara April hingga Jun tahun ini memandangkan masih menunggu kelulusan dari pihak terlibat.
“Kami masih menunggu kelulusan terakhir yang belum diperoleh dan apabila kami mendapatkannya projek tersebut akan dijalankan.
“Projek ini melibatkan pembinaan pangsapuri berservis di Damansara Damai berharga RM450,000 seunit dan pangsapuri di Damansara Perdana dengan harga RM600,000 seunit,” katanya selepas sambutan Tahun Baharu Cina, di Galeri Jualan MK Land, Damansara Perdana, semalam.
Shu Chuan berkata, pembinaan pangsapuri berservis di Damansara Damai melibatkan GDV bernilai RM350 juta. Manakala projek di Damansara Perdana pula membabitkan GDV sebanyak RM250 juta.
Ditanya mengenai projek rumah mampu milik oleh MK Land, Shu Chuan berkata, syarikat merancang membina rumah mampu milik di kawasan utara iaitu di Perak melibatkan kawasan Meru Perdana, Klebang Putra dan Lembah Beriah.
“Ini kerana kami melihat sedikit penurunan jualan produk kami pada separuh kedua tahun lalu di mana pembeli telah beralih minat membeli hartanah mampu milik daripada hartanah mewah.
“Menyedari situasi ini kami perlu menyeimbangkan campuran produk kami bagi membolehkan kami terus bertahan dalam pasaran di mana 70 ke 80 peratus jualan kami datang dari Lembah Klang,” katanya.
Sementara itu, Shu Chuan turut menyatakan bahawa MK Land sudah bersedia bagi menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dijalankan 1 April ini.

0 Komentar untuk " Lancar dua projek bernilai RM600j "