Kerajaan sokong pembukaan kilang sawit swasta - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kerajaan sokong pembukaan kilang sawit swasta

KERAJAAN negeri sentiasa menyokong inisiatif syarikat swasta yang berhasrat membuka lebih banyak kilang kelapa sawit di negeri ini, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
 
Menurutnya, kewujudan lebih banyak kilang kelapa sawit dapat menggalakkan persaingan sihat.
 
"Persaingan itu akan membawa kepada peningkatan mutu produk, perkhidmatan dan perkembangan teknologi, sekali gus menawar harga yang lebih kompetitif.
 
"Selain itu ia membolehkan peladang dan pekebun kecil memilih kilang yang menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik," katanya ketika merasmikan kilang kelapa sawit Kumpulan Segalong di Kilometer 65, Jalan Tawau-Kunak, dekat Tawau hari ini.
 
Katanya, kewujudan lebih banyak kilang kelapa sawit juga akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, khasnya golongan belia.
 
Tawfiq menyeru pemilik kilang agar tidak mengabaikan kebajikan pekerja dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada yang memerlukan.
 
Di majlis itu syarikat berkenaan turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Kunak. - Bernama

0 Komentar untuk " Kerajaan sokong pembukaan kilang sawit swasta "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ