WAU merupakan salah satu permainan tradisional orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Wau juga dikenali sebagai layang-layang bagi sesetengah negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Kebiasaannya, wau yang dijual di pasaran boleh dilihat secara fizikal dari segi reka bentuk dan coraknya.
Fizikal wau adalah besar dan sangat sukar untuk dibawa ke mana-mana terutama bagi pelancong yang mahu membawa pulang wau tradisi Malaysia ke negara masing-masing.
Melihat masalah itu, pemilik produk inovasi wau lipat, Kasmin Abdul Jabar mencari idea untuk menghasilkan wau lipat menggunakan bahan tradisi seperti buluh, rotan, kertas dan kain organza, pada 1994.
“Idea membuat wau lipat ini tercetus apabila saya sendiri menghadapi masalah setiap kali menyertai pertandingan wau kerana sukar untuk membawanya. Saya buat wau lipat ini untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang saya sertai sejak 1947 lagi.
“Ia bagi memudahkan saya membawanya, tidak perlu lagi menyewa van untuk bawa wau ke pertandingan dan ia lebih mudah untuk saya menaiki pesawat,” katanya.
Kasmin berkata, ilham membuat penyelidikan sendiri menghasilkan wau lipat ciptaannya selepas melihat kreativiti peserta luar negara menghasilkan wau moden dan boleh dipasang siap dalam masa beberapa minit.
“Saya buat penyelidikan sendiri, cuba buat dan uji kesesuaiannya. Saya mula mainkan di halaman sendiri.
“Akhirnya, saya berjaya menciptanya dan membawa wau lipat ini untuk menyertai pertandingan,” katanya.
Istimewanya, wau lipat inovasi yang dihasilkan Kasmin itu membolehkan wau tersebut dilipat dengan rapi dan disimpan di dalam kotak khas yang kompak, selamat serta ringan.
Apabila kotak itu dibuka, wau itu masih kekal utuh dan boleh diterbangkan, selain kelihatan cantik sebagai perhiasan.
Dek kerana ciri-ciri istimewa itu, wau lipat Kasmin pernah mendapat pengiktirafan inovator Akar-Umbi oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi program Jejak Inovasi pada 2002.
Tumpu jualan wau lipat
Selepas beberapa kali Kasmin menyertai pertandingan wau, jawatankuasa pengadilan dan teknikal tidak lagi membenarkan sebarang wau tradisi pasang siap atau wau lipat digunakan dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.
Disebabkan sekatan itu, Kasmin mula memfokuskan pembuatan wau untuk jualan.
“Sebelum ini, saya buat dan jual wau secara sambilan di rumah, namun kini saya sudah memiliki sebuah bengkel khas pembuatan wau di Baling, Kedah.
“Dengan bimbingan dan bantuan daripada Perbadanan Kraftangan Malaysia, saya dapat memodenkan teknik membuat wau dan mendapatkan pasaran,” katanya.
Namun, fokus jualan Kasmin hanyalah tertumpu kepada wau lipat tradisi sahaja seperti wau bulan, wau kucing, wau jalabudi dan wau tradisi negeri di seluruh Malaysia.
“Pembuatannya adalah 100 peratus buatan tangan dan tidak menggunakan mesin. Corak wau juga kami kekalkan dengan corak tradisi awan larat bermotifkan tumbuhan menjalar dengan corak dilukis menggunakan teknik sobek (tebuk dan tampal).
“Untuk jualan, kami hanya membuat wau untuk hiasan dan wau yang boleh diterbangkan sahaja,” katanya.
Kasmin juga menjual wau lipat ciptaannya ke negara luar. Pelanggannya pula terdiri daripada orang perseorangan sehinggalah individu korporat.
Beliau pernah dipilih sebagai duta khas Malaysia untuk memperkenalkan seni permainan tradisional orang Melayu dan diberi kepercayaan apabila menerima undangan untuk memberi ceramah kepada penuntut universiti di luar negara.
Malah, Kasmin juga mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan Malaysia dan mula mengikat kontrak dengan kementerian itu pada 2003 untuk membekalkan wau lipat jenama Wau Baling untuk pejabat cawangan kementerian di seluruh dunia.
Kini, wau lipat yang dihasilkan Kasmin boleh didapati di Central Market dan Karyaneka, Kuala Lumpur serta Pulau Pinang pada harga bermula RM22 mengikut saiz, kategori serta gred.

0 Komentar untuk " Inovasi wau lipat "