Francais: Sedia bantuan secukupnya kepada usahawan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Francais: Sedia bantuan secukupnya kepada usahawan

USAHAWAN Bumiputera mampu berjaya dan berdaya saing dalam dunia perniagaan sekiranya merebut peluang yang ada di negara ini.

Demikian kata Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin ketika ditanya mengenai penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan.

Syed Kamarulzaman berkata, kerajaan telah menyediakan dan memberikan bantuan yang secukupnya sama ada daripada segi pembiayaan atau pinjaman, latihan mahupun menyediakan lokasi berniaga.

"Negara kita mempunyai agensi bantuan pembiayaan selain PNS seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang akan menyediakan infrastruktur sama ada untuk menjalankan perniagaan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan.

"Bagaimanapun, usahawan perlu melihat kebolehan dan kemampuan diri sendiri dalam menyediakan modal dan perlu menjalankan perniagaan yang lain daripada yang lain. Perlu kreatif dan inovatif supaya produk dihasilkan mampu berdaya saing," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya juga menggalakkan golongan muda untuk menceburkan diri dalam perniagaan khususnya industri francais ini.

Jelasnya, pihaknya telah memberikan pembiayaan kepada 1,600 hingga 1,700 usahawan dengan nilai pembiayaan RM320 juta dalam dunia francais.

Syed Kamarulzaman berkata, di samping itu tahun ini, PNS akan menyediakan sebanyak RM50 juta hingga RM70 juta bagi membantu usahawan yang berminat dalam industri francais.

Menurutnya, pada masa ini, kira-kira 34 hingga 35 peratus pembiayaan yang disalurkan PNS ialah dalam industri makanan dan minuman (F&B) serta akan meneruskan lagi pembiayaan tersebut kepada sektor F&B dan industri lain.

Selain memberi bantuan pembiayaan, PNS juga mempunyai Akademi PNS yang memberi ilmu pengetahuan kepada usahawan mengenai francais.

Di samping itu, pihaknya membantu menyediakan lokasi perniagaan dengan membeli bangunan yang kemudian akan disewakan kepada usahawan.

Menurutnya, memandangkan pasaran perniagaan adalah besar, maka selain menguasai pasaran tempatan, usahawan juga perlu melihat peluang-peluang perniagaan di negara luar.

"Kami juga akan membantu francaisor yang sudah berjaya untuk membawa jenama mereka ke luar negara.

"Misalnya, menyediakan bantuan pembiayaan membina kilang atau dapur pusat,  dalam usaha untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka.

"Pada masa akan datang, kami berharap ada francaisor Bumiputera yang boleh ke arah penyenaraian di Bursa seperti mana jenama Focus Point dan beberapa jenama lain," katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung penyertaan usahawan Bumiputera dalam perniagaan, Syed Kamarulzaman berkata, ramai Bumiputera masih tidak berani berniaga kerana takut berhadapan dengan kegagalan.

"Tidak ada perniagaan yang boleh dijamin berjaya dengan jalan yang mudah," ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, PNS menyediakan bantuan pembiayaan sebanyak 70 peratus kepada usahawan. Manakala, 30 peratus lagi dibiaya oleh usahawan berkenaan.

0 Komentar untuk " Francais: Sedia bantuan secukupnya kepada usahawan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ