SAYA ada kawan baharu, Hussin asal dari Dhaka. Saya dapat nombor telefon Hussin daripada seorang kawan tatkala mencari tukang pasang jeriji besi untuk rumah yang baru saya beli di Jalan Kebun, Klang.
Pertama kali bercakap menerusi telefon, saya bayangkan rupa paras Hussin pastinya tidak lari daripada penampilan tipikal orang Bangladesh yang biasa kita jumpa di mana-mana. Walaupun semulajadinya lelaki Bangladesh boleh dikira kacak tetapi mereka tidak pandai bergaya.
Lalu apabila disebut Bangla, terbayanglah orangnya berkemeja lengan panjang putih, berseluar hitam potongan 'carrot' dengan lengan dibutangkan dan baju pula 'masuk dalam'.
Berjalan mesti berkumpulan sambil berbual sesama mereka tanpa mempedulikan orang sekeliling. Rambut mesti disikat belah tepi. Kalau dahulu, mereka berselipar jepun, sekarang sudah berkasut dan tidak bawa payung lagi.
Begitu banyak perubahan orang Bangladesh yang ada di negara kita namun semua itu rupa-rupanya masih tidak sampai kepada realiti Hussin, kawan baharu saya ini.
Tengah hari Isnin lalu, tiba di kawasan parkir rumah pangsa itu, dengar suara beri salam sebaik keluar dari kereta. Sedang berjalan menghampiri saya sambil tersenyum ialah seorang lelaki berkulit sawo matang yang tidak begitu gelap, tidak setinggi mana dan yang paling menarik perhatian saya, rambutnya agak panjang disikat rapi ke belakang, stail David Beckham.
Ya, saya tahu, itu Hussin tetapi penampilannya sangat berbeza dengan gambaran yang yang sudah tertanam dalam fikiran saya. Tidak mengapalah, itu bukan hal yang terlalu besar untuk saya berikan perhatian terus menerus.
Ketika berjalan menuju lif, saya tanya Hussin, sudah berapa lama dia di Malaysia. "11 tahun abang," jawabnya. Saya tanya lagi, "sekarang kerja sendiri atau makan gaji?"
Kata Hussin, dahulu dia bekerja dengan tauke Cina. "Tapi sekarang bos saya sudah tak mahu berniaga lagi. Saya beli dia punya workshop, dia punya barang semua, jadi sekarang saya bikin sendiri. Dulu kawan-kawan sama-sama kerja dengan saya, sekarang saya punya kuli," katanya sambil tertawa kecil.
Wah! Hebatnya Hussin. Kata Hussin, sama ada miskin atau kaya, negara ini hanya tempat sementara bagi pendatang sepertinya.
"Nanti saya kena balik (ke Bangladesh) juga. Kalau balik miskin juga, serupa tak ada guna saya datang sini kerja," katanya.
Menurut Hussin, dia selalu balik Dhaka.
"Sana, ada isteri, ada anak satu, emak, bapa ada sana."
Saya tanya mengapa tidak bawa keluarga berhijrah ke sini.
Jawab Hussin, bukan tidak mahu tetapi susah mahu dapat permit kerajaan.
Saya kata lagi, kalau begitu, kahwin sahajalah dengan orang sini. "Lagi susah... sini punya perempuan, kita cakap satu, dia cakap satu (suka menjawab)."
Saya sekadar menduga, apa yang dikata Hussin mungkin kisah daripada pengalamannya sendiri.
Seorang rakan saya - wanita - menceritakan wanita Bangladesh memang sangat menjaga tutur kata dan tingkah laku mereka terhadap suami.
Mereka percaya, kalau isteri banyak mulut, suami tidak boleh kaya atau jadi orang besar kerana separuh daripada tenaga dan fikiran perlu ditumpukan untuk jaga hati isteri.
Saya kemudian ajak Hussin makan. Dia menolak. "Saya mahu minum saja, lepas solat, lepas baca Quran, baru saya makan." Lagi kata-kata Hussin menarik perhatian saya. Saya kemudian tanya beberapa soalan lagi untuk tahu sejauh mana dekatnya Hussin dengan agama.
Katanya, tiap pagi lepas solat Subuh, dia mengaji dan berzikir. Paling tidak surah Yaasin. Lepas itu, baru keluar bekerja.
"Nanti mati, bukan kereta Mercedes atau wang yang kita nak bawa masuk kubur, tapi Quran, iman dan syahadah dalam diri kita. Kalau tak baca Quran, apa macam mau jumpa ALLAH?," katanya.
Cerita Hussin lagi, dia bersama rakan-rakan senegaranya baru dirikan sebuah surau di kawasan tempat tinggal mereka. "Dulu tempat itu tak ada surau. Saya jumpa tauke Cina (bukan Islam) untuk tarik api (elektrik) dan air dari tempat (premis) dia. Dia bukan saja bagi pakai (air dan api) tapi juga bagi kami guna free saja, langsung tak payah bayar tiap-tiap bulan.
Saya selalu doa tauke Cina itu dapat hidayah supaya dia boleh dapat banyak pahala sebab beri surau guna air dan api free," kata Hussin.
Katanya lagi, surau itu kini bukan lagi jadi tempat berjemaah komuniti negaranya tetapi juga penduduk sekitar.
Itu cerita Hussin. Dia orang asing, datang sini sebatang kara, kerja kuat dan sekarang hidup senang. Dia juga kuat beribadat untuk lebih dekat dengan tuhan. Dia gigih berusaha untuk dunia dan akhirat.
Kita sendiri macam mana?
Saya teringat kata-kata Hussin, "hidup mesti jujur, ikhlas, barulah berkat."

0 Komentar untuk " Cerita iktibar Hussin Bangla "