AKIDAH tauhid adalah tunjang kepada keyakinan beragama dalam Islam. Keyakinan kepada keesaan ALLAH menjadi sumber kekuatan bukannya syirik. Mensyirikkan ALLAH dengan benda-benda lain amat dilarang. Ketauhidan kepada ALLAH Yang Satu adalah prasyarat menjadi seorang Islam.
Ia menjadi pembeza Islam dengan agama-agama dan sistem kepercayaan yang lain. Aqaid atau ikatan manusia dengan ALLAH membawa asas kesatuan. ALLAH adalah Maha Puncak, Pencipta dan Pengurus atas segala. ALLAH pemberi rahmah dan nikmah dan penyebab kehidupan terjadi.
Akidah tauhid ibarat akar tunjang bagi sebatang pokok.
Sebatang pokok yang teguh berdiri akibat akar tunjang yang menghasilkan batang, dahan, daun, bunga dan buah serta menyebabkan kerendangan pokok. Batang pokok ibarat ibadah yang dilakukan terhadapNya. Dahan bagi sebatang pokok ibarat syariah yang merimbunkan pokok dan bunga serta buah bagi sebatang pokok adalah gambaran akhlak karimah yang dimiliki.
Kesuburan sebatang pokok bila akarnya dibajai. Kehebatan diri seorang manusia bila pemikiran dan hatinya disuburkan oleh ilmu, iman dan ihsan. Tanpa ilmu iman dan ihsan manusia menjadi kurus dengan pengetahuan, kering dengan iman dan kontang dengan ihsan.
Kekurusan ilmu pada diri manusia mendedahkan diri kepada kejahilan, Kekeringan iman yang dimiliki menjadikan manusia ragu-ragu dan keliru. Kekontangan ihsan pada hati menyebabkan hilangnya sifat kasih sayang dan kepupusan rasa belas kasihan.
Ilmu ibarat cahaya memandu manusia mengenal benda-benda yang nyata apalagi yang ghaib. Ilmu nakliah (wahyu) bila terhubung dengan akliah (pemikiran) menyebabkan jalur berfikir terpedoman. Kekuatan akal yang tidak terpedoman cenderung hilang arah dan menjadikan manusia tidak tentu arah.
Iman tidak sekadar percaya tetapi membina keyakinan. Adanya ALLAH kerana adanya alam ini. Perjalanan cakerawala tidak diuruskan oleh manusia. Ia diuruskan Yang Maha Berkuasa dan Perkasa menyebabkan ketepatan, keseimbangan dan keteraturan terjadi.
Keihsanan amat perlu bagi manusia. Tanpa ihsan manusia akan gagal menghubungkan rahmat dan nikmat Pencipta yang banyak dan kualiti manusiawi tidak akan terjadi. Kualiti manusiawi amat perlu supaya hubungan sesama insan berada dalam rahmatNya.
Akidah tauhid memberi asas kesatuan. Manusia terhubung dengan ALLAH dan ALLAH terhubung dengan manusia. Alam ini adalah “buah-tangan” ALLAH dan menjadi sumber rahmah dan nikmahNya. Tanpa alam ini kehidupan tidak akan terjadi.
Amat penting aqidah tauhid ini menjadi benteng pertahanan fikir dan zikir. Pemikiran yang ditautkan dengan ALLAH memberi manusia kekuatan. Melakukan sesuatu dengan mengingati ALLAH membangun jiwa takwa.
Ketakwaan menjadi ukuran ALLAH mengenai karamah insan atau kehebatan manusia. Orang-orang yang berjiwa muttaqeen sentiasa menjadikan ALLAH sebagai sumber pedoman. Daripadanya lahir kesedaran ketuhanan (God-Conciousness) yang tinggi dan menyebabkan amal perbuatan manusia terpandu dan terpedoman.
ALLAH turunkan al-Quran sebagai sumber petunjuk. Tanpa petunjuk untuk memahami yang ghaib dengan yang nyata mengekalkan manusia dalam kejahilan. Yang dikatakan seseorang itu beriman dan bertakwa ialah keyakinan tinggi terhadap Pencipta dan keinsafan mendalam bahawa ALLAH adalah pemberi rahmah dan nikmah kepada apa yang diciptanya.
Seekor ikan yang dibeli di pasar tidak hanya menjadi rezeki manusia. Perut dan insang apabila disiang, sisik dan ekor apabila dibersihkan menjadi rezeki makhluk lain. Maha Besar ALLAH melimpahkan rezekinya kepada apa yang diciptanya. Akidah tauhid mempedoman manusia melakukan sesuatu kerana ALLAH (ikhlas). Keikhlasan amat penting dalam hidup ini kerana tanpanya hubungan manusia dengan ALLAH tidak tulus dan telus. Ikhlas dalam melakukan sesuatu berhikmah untuk yang lain.
Hikmah ini sangat penting bagi manusia. Ia adalah barang yang hilang daripada umat, kata Rasulullah SAW. Hikmah terhadap kejadian, hikmah terhadap ilmu, hikmah terhadap iman dan ihsan menjadi sesuatu yang sangat bernilai bagi mengatasi watak haiwani yang ada pada insan.
Manusia boleh hilang pedoman kerana kekayaan sumber yang dimiliki. Manusia boleh menjadi rakus dan zalim kerana kuasa. Manusia boleh bersifat sombong dan takabbur kerana pangkat dan kedudukan. Manusia boleh hilang pertimbangan diri kerana tamak dan haloba.
Asas tauhid yang membawa ketundukan kepada ALLAH SWT menjadi pembeza kerana kita ini adalah ibadulullah dan ibadurrahman.
* Prof Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Akidah tauhid jadi pembeza "