Al-Quran merakamkan kisah rasul dan nabi iaitu bintang bercahaya yang telah menyinari kehidupan sebagai panduan kehidupan. Dalam proses didikan anak, ustaz Muhammad Syaari menerusi rancangan Ibrah meminta ibu bapa supaya membawa anak berfikir dan merenung kejadian alam semesta.
Setiap kali membuka lembaran kisah daripada al-Quran, pastilah cerita dan kisah orang berjaya dirakamkan. Kisah ini adalah satu daripada bintang yang menyinari perjalanan kehidupan rasul dan nabi. Perbincangan rancangan Ibrah oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman di IKIMfm kali ini membicarakan mengenai bintang.
"Jika kamu terlihat bintang, maka kamu menemui sejarah, dan kalau kamu melihat bintang, maka kamu menemui ibrah." Itulah sandaran dan metafora yang diungkapkan melalui bintang. Istilah 'terlihat dan melihat' pastinya mempunyai perbezaan.
Jika kita hanya terlihat, tentulah penglihatan itu tanpa sedar dan tanpa melalui perasaan. Tetapi, jika kita menggunakan penglihatan dengan melihat, tentulah peristiwa yang berlaku itu dihayati dengan mendalam melalui kedalaman akal tafsiran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah daripada orang yang tidak pernah menyedari akan halnya." (Surah Yusuf, ayat 3)
Cahaya hadir pada mata hati
Wahyu adalah cahaya bagi menerangi kehidupan. Cahaya yang hadir bukan sekadar pada mata, tetapi pada mata hati. Apabila kita menyebut bintang, maka bintang itu mewarnai penglihatan kita dengan kaca mata sejarah. Kita melihat apa yang berlaku pada masa silam melalui sejarah nabi dan rasul yang dirakamkan al-Quran.
Dalam memahami metafora ini, bintang adalah simbolnya. Seperti proses didikan anak, ibu bapa barangkali terlupa membawa anak mereka melihat bintang. Sebenarnya melalui bintang anak mampu diajar untuk berfikir dan merenung kejadian alam semesta ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dan dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan kamu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)." (Surah al-Mulk, ayat 3-4)
Bintang inilah yang menjadi cahaya utama iaitu bintang daripada 25 rasul. Mereka ini adalah bintang bercahaya yang telah menyinari melalui proses pentarbiahan, pendidikan, ujian dan cabaran dilalui mereka.
Nabi yang menjadi bintang
Kita melihat Nabi Yunus menjadi bintang dalam kalangan pengikutnya. Begitu juga Nabi Musa dan Nabi Haron, mereka bintang di bumi Mesir berhadapan Firaun. Nabi Ibrahim bintang paling hebat berdebat. Nabi Sulaiman pula hebat di bidang politik, kepemimpinan dan boleh menyelesaikan masalah pengurusan.
Justeru, tiada kebetulan dalam penciptaan Allah SWT terhadap nabi-Nya yang mempunyai bintang tersendiri. Perumpamaan itu seperti planet dan bintang yang sentiasa bercahaya serta mempunyai peranan sendiri dalam menjalankan tugasnya.
Perjalanan bintang-bintang yang dirakamkan dalam al-Quran ini mempunyai kisah masing-masing. Bagaimanapun, terdapat tiga nabi yang hanya disebutkan nama sahaja dan tidak dihuraikan secara terperinci mengenai mereka iaitu Nabi Idris, Nabi Zulkifli dan Nabi Ilyasa.
Selain daripada nabi, empat Khulafa al-Rasyidin juga mempunyai karektor dan bintang tersendiri. Nabi Muhammad SAW membentuk keperibadian sahabatnya sebagai bintang untuk menjadi teladan kepada ummah.
Tokoh pemimpin yang wajar dimiliki
Bintang seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali unggul menjadi watak utama pada zaman sahabat. Perumpamaan terhadap bintang-bintang yang dinyatakan itu melihatkan sejauh mana perwatakan tokoh kepemimpinan yang wajar dimiliki.
Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: "Selepas peninggalan aku, akan muncul pemimpin. Antara pemimpin ini, terdapat mereka yang baik dan ada juga yang jahat. Taatilah dan patuhi pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang benar. Solat di belakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan, ganjarannya bagi kamu semua dan bagi pemimpin itu. Tetapi sekiranya pemimpin melakukan keburukan, kalian tetap mendapat ganjaran dan pemimpin itu mendapat dosa." (Riwayat at-Tobari)
Oleh itu, bagi menggapai bintang yang bersinar carilah bintang yang benar-benar memberi kefahaman yang sebenar terhadap agama. Al-Quran telah merakamkan perjalanan bintang-bintang itu dengan lengkap.
* Penulis ialah penyampai dan penerbit rancangan radio IKIMfm

0 Komentar untuk " Agama: Bintang teladan ummah "