Usah biarkan Islamofobia menular - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Usah biarkan Islamofobia menular

BELIAU yang juga pendakwah menjelaskan beberapa pandangan mengenai lahirnya Islamofobia, pertamanya adalah kerana keunggulan Islam itu sendiri.

Superiornya Islam menjadikan orang bukan Islam melihat agama ALLAH SWT ini mempunyai potensi untuk menguasai dan melebihi apa yang mereka ada.

Ini memandangkan Islam adalah agama yang sangat kuat dengan sifat galakan dakwah serta asas Islam yang sangat kukuh lantas menyebabkan siapa yang tidak bersama Islam akan berasa terancam kelangsungannya.  

Walaupun ketika itu Islam atau umat Islam langsung tidak menyerang mereka, akan ada yang sentiasa takut dengan bayang-bayang kehebatan Islam lalu mencipta Islamofobia dalam diri dan kumpulan mereka.

“Apabila mereka melihat potensi yang ada pada Islam, jika diamal sebaiknya, mereka bimbang pegangan mereka terpadam kesan daripada cahaya Islam. Ini sekaligus memupuk perasaan bimbang dan waspada terhadap Islam. Apabila diketahui masyarakat Islam berbuat sesuatu, mereka sudah mula fobia dan berasakan yang umat Islam sudah tersedar daripada lena.

“Kerana itu mereka lebih selesa membiarkan  umat Islam yang menganut agama hebat ini untuk terus ‘tidur’ dan leka didodoikan hiburan dan isu-isu remeh. Pada mereka, jika umat Islam ‘terjaga’ lalu sedar akan tanggungjawab, mungkin survival mereka semua akan ‘padam’,” kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Menurutnya, atas sebab itulah, orientalis yang mengkaji Islam dan sejarah tamadun Islam dengan bersungguh-sungguh dengan melakukannya secara akademik seperti seperti Karen Amstrong dan ramai lagi. Menemukan mereka dengan  kehebatan Islam. Maka tidak hairanlah ramai yang bersyahadah selepas menelusuri indahnya Islam seperti Dr Gary Miller, Yusuf Estes, Prof Kieth Moore dan ramai lagi.

Sesungguhnya Islam itu memang tersangat hebat. Namun apa yang menyedihkan hari ini adalah penganutnya yang agak lalai dan menyimpang. Islam kukuh pada asasnya, Islam juga mempunyai rujukan yang hebat sehingga musuh Islam melihat rujukan itu akan takut dan berasakan jika semua cerdik pandai memeluk Islam pasti agama mereka akan berkubur!

Yahudi gembar-gemburkan Islamofobia

“Semua sebab itu perlu dipecahkan kepada faktor dalaman dan luaran. Faktor luaran yang utama adalah Islam mempunyai seteru atau musuh tradisi. ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.

Katakanlah, “sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH.” (Surah Al-Baqarah: 120)

Begitu juga ayat ke 82 daripada Surah Al-Maidah yang menyebut Yahudi adalah pembenci Islam yang sangat mendalam.

“Ayat itu menjelaskan sebab utamanya adalah Yahudi Zionis, lagi besar dia menguasai dunia ini lagi besarlah usaha mereka mencipta Islamofobia. Ia bagi memudahkan tugas mereka dan meraih  sokongan awam. Akibat daripada individu Yahudi Zionis menguasai media dan menguasai banyak negara seperti Amerika Syarikat sebagai contoh dan negara berkenaan pula mempunyai kuasa yang sangat besar. Jadi tidak hairanlah Islamofobia bertambah dengan sebab mereka, pengaruh dan usaha mereka.

“Ditambah pula dengan laporan media popular antarabangsa yang dilihat reliable oleh ramai. Ada sahaja Muslim yang mencuri, melakukan jenayah atau melakukan perkara yang tidak elok terus dikaitkan dengan Muslim terus dikaitkan dengan agama. Walaupun pada masa sama, penjenayah itu melakukannya atas sifat jahat peribadi dan bukan dimotivasikan agama.

“Malah jika pelaku jenayah beragama Kristian, laporan media mereka tidak pula dikait dengan agamanya sebaliknya hanya disebut orang gila atau apa sahaja. Ini sebenarnya adalah disengajakan supaya melemahkan imej Islam dan mendapatkan sokongan kepada penentang Islam,” ulasnya panjang.

Menurut Zaharuddin lagi, Yahudi Zionis  berusaha mendapatkan sokongan daripada publik antaranya dengan menyebarkan berita Islam adalah agama keganasan, kekerasan,  Islam tidak bertoleransi, Islam tidak boleh diadaptasikan dengan zaman dan pelbagai lagi tomahan, semua itu terkandung dalam Islamofobia. Ini semua dibentuk oleh media yang dikuasai oleh Zionis.

Tidak dinafikan bukan semua media berbuat demikian tetapi media yang neutral ini terpengaruh dengan imej profesionalisme media berkenaan. Contohnya Fox, BBC, CNN dan banyak lagi. Akhirnya media yang tidak bersama Zionis pun seolah-olah mempromosikan idea mereka.

Bencikan Islam

Sebab kenapa Yahudi sentiasa memusuhi Islam? Oleh kerana itu, Yahudi kini berusaha sekerasnya untuk menakluki negara umat Islam iaitu Palestin (mahu menjadikan negara mereka sendiri). Namun, usaha umat Islam mempertahankan Palestin daripada awal dahulu sehingga ke hari ini menyebabkan kebencian mereka kepada Islam semakin membuak-buak.

Hasil daripada itulah dengan menggunakan kelebihan yang ada seperti kebijaksanaan, kekuatan ekonomi dan kecanggihan teknologi menyebabkan Yahudi mampu menguasai seluruh dunia. Bahkan Yahudi mampu ‘memujuk’ negara Islam seperti Jordan (yang diberikan bantuan beratus juta setiap tahun) dan Mesir.

Walaupun mereka adalah negara Islam dan tetapi tunduk kepada kehendak Yahudi. Situasi itu semakin memberi impak buruk kepada negara Islam. Selain itu, Islamofobio bertambah disebabkan kelemahan umat Islam sendiri.

Lemah dalam membuktikan pencapaian dan kualiti hasil kerja dan penciptaan produk.

Negara umat Islam yang agak kaya dengan hasil alam semula jadinya seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Bahrain dan Brunei namun tetap menjadi masyarakat pengguna memanfaatkan teknologi canggih dari Korea, USA, Jepun dan hasil produk negara bukan Islam.

Ia tidak salah tetapi agak mendukacitakan walau kita kaya dengan wang namun negara dan msayarakat Islam sendiri masih belum mampu mengeluarkan sendiri kereta, komputer, senjata canngih dan teknolagi canggih  yang lain, kita masih bergantung dengan keupayaan bukan Islam. Ini menjadikan Islamofobia berterusan anggap Islam tersasar dari zaman dan perkembangannya, umatnya mundur ke belakang walau berduit.

Umat Islam perlu bangkit, bangkit melakar kejayaan dengan mengeluarkan teknologi canggih dan bukan hanya dengan seruan spritual yang hebat. Islam disegani kerana dahulunya kita mempunyai ramainya tokoh yang serba boleh pemikir seperti Ibnu Sina, Ibn Rushd, Al-Razi, Al-Ghazzali dan ramai lagi namun hari ini kita seolah tenggelam.

Atau mungkin ada tokoh moderat yang hebat dan boleh diketengahkan tetapi media kita pula lemah mempromosikan kejayaan mereka, Mungkin juga ada ciptaan baru yang tidak kurang hebatnya tetapi tidak ada sokongan untuk dikomersilkan.

Salah faham erti jihad

Beliau  berkata, ada kelompok dalam kalangan umat Islam yang salah faham mengenai maksud jihad, tidak dinafikan dalam al-Quran ada banyak ayat mengenai jihad, kehebatan jihad dan mati syahid. Keadaan ini menyebabkan sebahagian umat Islam berpegang kepada ayat itu tetapi tidak secara difahaminya secara menyeluruh lalu terkeluar dari konteks ayat.

“Konteks sebenar jihad adalah melawan musuh Islam menentang Islam lalu menceroboh negara Islam seperti di Palestin, di Iraq  dan lain-lain. Selain itu ada pula garis panduan yang ditetapkan Nabi Muhammad SAW. Jika tidak mengikut panduan, pelaksanaan jihad akan tersasar dari jalan benar, sebagai contoh ada yang akan meletupkan tempat awam membunuh orang awam, atau membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua serta merosakkan tempat ibadat. Sedangkan etika peperangan di dalam Islam tidak mengajar begitu. Hasil dari tindakan sebegini, pastinya ia boleh meningkatkan simptom Islamofobia.

“Mungkin lahirnya kumpulan sebegini hasil refleksi teruknya layanan Zionis melayan orang Islam seperti kisah di Penjara Guantanamo. Pembunuhan di Palestin, Arkan, Syria, Iraq dan lainnya. Hasil dari laynanan tidak berperikemanusian ini, pastinya lahir pula sebagai tindakbalas Muslim yang ekstrim juga bagi membela nasib saudara seagama, pada mereka itu adalah tindakan yang selayaknya dan apabila adanya kelompok seperti ISIS, mereka berasa puas dan menyokongnya tanpa melihat situasi secara luas. Justeru, lahirnya ekstrimis Muslim juga disebabkan kerana ektrimis dan tindakan terrorist musuh Islam ke atas umat Islam” katanya.

Menurutnya, jihad perlu diselaraskan dengan keadaan semasa, ditimbang tara maslahat dan mudarat dan kemampuan semasa. Cabang jihad pula sangat luas dan tidak hanya terhad kepada jihad bersenjata (pada tempatnya). Juga umat Islam perlu jihad dengan menzahirkan etika dan kualiti yang tinggi dalam kerjaya dan produk mereka. Itu juga suatu jihad besar, iaitu akhlak mulia dan moral.

Itulah juga yang menyebabkan dakwah Nabi Muhammad SAW lebih lancar iaitu kerana moral dan akhlak unggul baginda secara spritual dan interaksi dengan masyarakat berjaya menawan hati-hati manusia. Tanpa perlu kekerasan dan paksaan.

Islamofobia juga mungkin berlaku apabila golongan agamawan berfatwa secara ekstrem tanpa melihat perubahan keadaan semasa. Juga pertembungan antaraa agamawan yang membawa imej buruk kepada Islam turut menyumbang kepada Islamofobia.

0 Komentar untuk " Usah biarkan Islamofobia menular "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ