Tawar projek niaga kepada pelabur - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tawar projek niaga kepada pelabur

SYARIKAT permulaan Malaysia dan Singapura yang memiliki modal pasaran kira-kira RM45 juta, mula menawarkan projek perniagaan mereka kepada lapan pelabur budiman dan firma modal teroka pada acara Malaysia-Singapura BizPitch 2015 yang julung kali diadakan.

Dalam satu kenyataan semalam, Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) berkata, acara dua hari di Taman Teknologi Malaysia yang bermula semalam menyaksikan tujuh syarikat permulaan Malaysia dan lapan syarikat Singapura menawarkan projek perniagaan masing-masing.

Acara itu adalah platform pelaburan dua hala tidak rasmi pertama yang dianjurkan bersama Pusat Inkubasi dan Inovasi Technology Park Malaysia  (TPM IIC), Vibazone Sdn Bhd dan firma dana modal teroka dan inkubator Singapura, Appleseed.

Menurut kenyataan itu, kesemua 15 syarikat permulaan itu adalah syarikat berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.

Antaranya ialah Black Tie Technology, Octove, OohMedia, iGEN Technology dan CBMTI manakala rakan Singapura mereka adalah Overdrive, Fashory, Trakomatic, Vitalstrak dan Docubuzz.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Azman Shahidin, menyifatkan acara itu akan mengukuhkan hubungan dua hala antara TPM dan Appleseed selain meningkatkan pelaburan rentas sempadan.

“TPM turut merancang mencari peluang kolaborasi dengan rakan di Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand pada akhir tahun ini,” katanya.

Menurutnya, TPM juga memeterai memorandum persefahaman (MoU) membabitkan inisiatif kerjasama inkubasi dengan Bandung Techno Park di Indonesia lewat akhir tahun ini. - Bernama

0 Komentar untuk " Tawar projek niaga kepada pelabur "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ