Scomi teruja projek monorel Mumbai - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Scomi teruja projek monorel Mumbai

LEMBAGA Pembangunan Wilayah Metropolitan Mumbai (MMDRA) mengumumkan, lebih 5.1 juta penumpang dicatatkan menaiki monorel Mumbai pada tahun pertama operasinya.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Bahagian Pengangkutan Scomi Group Bhd (Scomi), Kanesan Veluppillai berkata, sebagai syarikat yang terlibat dengan projek monorel Mumbai itu, Scomi berbangga dengan kejayaan tersebut.

“Ini adalah sistem monorel pertama di India. Walaupun bilangan penumpang pada fasa pertama agak rendah, namun kami teruja dengan sambutan diterima.

“Ia memberikan dorongan kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti dalam operasi projek ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, fasa kedua projek monorel itu akan menghubungkan Wadala ke Jacob Circle dengan 10 stesen, sepanjang 10.8 kilometer (km).

“Fasa ini dijangka menjadi pilihan lebih ramai penumpang sebaik sahaja ia beroperasi.

“Jajaran penuh monorel Mumbai menyediakan lebih sambungan Timur-Barat untuk menggerakkan orang ramai dengan cepat melalui jalan-jalan yang padat dengan penduduk Mumbai.

Pada fasa pertama, monorel Mumbai secara rasminya mula beroperasi dari Wadala ke Chembur, 2 Februari tahun lalu, dengan jarak 8.9 km.

Ia direka dan dibangunkan Scomi Engineering Bhd, cabang penyelesaian pengangkutan Scomi dan beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Projek monorel Mumbai menggunakan ‘Gen-2 Scomi Urban Transit Rail Transit Application’ (SUTRA), yang mempunyai enjin cekap, badan kereta api ringan dan sistem pengurusan kenderaan canggih.

Monorel Mumbai empat gerabak boleh bergerak pada kelajuan hingga 80 km sejam dengan kapasiti 564 penumpang untuk perjalanan sehala.

0 Komentar untuk " Scomi teruja projek monorel Mumbai "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ