KATA-kata Allahyarhamah ibunda tercinta, Satiah Abd Jalal, “jadi orang… susah tak apa, jangan menyusahkan,” masih tersemat di hati Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Datuk Dr Abd Latif Mohmod, 55.
Anak ketujuh daripada lapan beradik ini berkata, keluarganya melalui kehidupan susah selepas Allahyarham bapanya, Mohmod Kamat, meninggal dunia sewaktu usianya dua tahun. Ibunya bekerja ladang getah di Bukit Benut, Renggam, Johor untuk menyara hidup mereka.
“Bila cuti sekolah, saya ikut emak ke ladang, tolong kopek getah sekerap, angkat susu getah. Kesusahan emak membuatkan saya belajar bersungguh-sungguh.
“Saya belajar pada 2 pagi hingga 6 pagi sebelum ke kelas. Saya pastikan ulang kaji pelajaran 25 kali setiap buku. Mula-mula berat, lama-lama terbiasa,” katanya yang mendapat pendidikan awal di SMK Dato Haji Hassan Yunos, Renggam, SM Sains Muzaffar Syah dan SM Sains Alam Shah.
Abd Latif pernah hilang semangat belajar hampir setahun selepas ibunya meninggal dunia. Ketika itu, beliau sedang menuntut di tahun satu dalam bidang mikrobiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun beliau tersedar kembali matlamat belajar untuk ‘menjadi orang dan membantu emak’ apabila diingatkan semula rakan sekolah rendah, Datin Halidah Kasmin, 55, yang kini isterinya.
Susah zaman belajar
Bapa kepada dua anak ini berkata di zaman kampusnya, beliau bergiat dalam sukan bola sepak dan menjadi ahli Persatuan Mikrobiologi.
“Sejarah hidup saya susah di kampus. Saya pernah tak makan 14 hari kerana jimat duit untuk beli buku. Saya lebih suka membaca buku daripada makan. Waktu cuti semester, saya bekerja sambilan untuk cari duit poket."
Selepat tamat pengajian dengan cemerlang, Abd Latif ditawarkan bidang pembedahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland. Oleh kerana beliau ingin bekerja, Institut Penyelidikan Perhutanan (kini dikenali Frim) menjadi pilihannya.
Tanggal 28 Mac 1985, Abd Latif bertugas sebagai pegawai penyelidik di Bahagian Pengeluaran Hutan di Frim. Beliau berasa tercabar apabila terjumpa artikel yang menyatakan seorang pegawai penyelidik dimestikan buat dua kertas kerja bertaraf jurnal setahun.
“Bila tengok jumlah penyelidik di Frim dengan jumlah kertas kerja ketika itu tak sama. Saya perlu buat lebih baik. Ini mengingatkan saya terhadap kisah Rasulullah SAW, apabila setiap orang bercerita Islam pasti dikaitkan dengan Baginda SAW dan zaman kehebatannya,” katanya.
Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ini dibuktikan Abd Latif apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains Perhutanan (1992) dan Doktor Falsafah dalam bidang sama (1996) selama lima semester di Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali Universiti Putra Malaysia).
“Mulanya, saya tak yakin belajar sambil bekerja. Tetapi atas keyakinan bekas-bekas Ketua Pengarah Frim, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Datuk Abdul Razak Mohd Ali, saya sahut cabaran itu.
“Untuk berjaya perlu ada perancangan dan fikir. Jangan merancang untuk dapat hadiah atau anugerah, tetapi merancang kerja terbaik dan buat niat terbaik.
“Bila pencapaian bagus, yang lain akan menyusul,” ujarnya yang tegas dalam mengangkat nilai Islam.
Melakar kejayaan
Sepanjang perkhidmatan hampir 30 tahun di Frim, Abd Latif selayaknya berbangga dengan pencapaian peribadinya dan juga institusinya yang menerima lebih 1,200 anugerah di dalam dan luar negara. Bagaimanapun sifat rendah diri beliau sebagai hamba ALLAH sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk meningkatkan martabat Frim ke taraf dihormati dunia.
Frim merupakan hutan buatan manusia terbesar dan tertua di dunia. Ia merupakan model tanah terosot bekas lombong yang boleh dipulihkan menjadi hutan. Legasi Frim zero to hero ini wajar menjadi contoh antarabangsa dan sasarannya untuk menjadikan Tapak Warisan Semula Jadi Dunia Unesco 2017.
Abd Latif mempelopori dan mengurusan aktiviti penyelidikan dan pembangunan hartanah dan penggunaan produk hutan bukan kayu seperti rotan, buluh dan palma. Beliau juga menghasilkan 300 jurnal dan prosiding tempatan dan luar negara, mencipta 50 mesin (12 berdaftar) untuk memproses rotan, buluh, pandan dan palma.
“Sebenarnya apa yang saya usahakan adalah ilham daripada ALLAH SWT, cuma kita perlu laksanakan,” katanya penuh bermakna.
Antara pencapaian Frim adalah Anugerah Harta Intelek Negara 2014 (AHIN 2014) untuk Kategori Paten bagi ciptaan sistem pengeringan kayu suhu tinggi (High Temperature Drying atau HTD); Anugerah Buku Negara 2013; Anugerah Pelancongan Selangor 2013; Anugerah
Inovasi Negara 2013 (Sistem HTD Frim); Anugerah Sains Mahathir 2009; Anugerah Nikkei Asia 2009; Anugerah Sains Pembangunan Islam (IDB), Pengisytiharan Frim sebagai Warisan Kebangsaan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, 2012, selain hampir 20 Malaysia Book of Records 2008-2014.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.frim.gov.my/ dan Facebook/FRIMKepong.

0 Komentar untuk " Sanggup berlapar kerana buku "