BAGI Penduduk Kampung Baru Pahi, Kuala Krai dan Kampung Limau Nipis, Machang, Kelantan banjir besar yang berlaku pada penghujung Disember tahun lalu ternyata sukar dilupakan.
Meskipun peristiwa pahit itu sudah lebih sebulan berlalu, namun ia memberi kesan emosi yang cukup mendalam apabila sebahagian besar penduduknya kini tinggal sehelai sepinggang.
Berkesempatan melawat kedua-dua buah kampung ini minggu lalu ternyata meruntun perasaan kerana kesan akibat banjir itu jelas masih dapat dilihat.
Ada rumah yang hanyut dan tersadai jauh dari lokasi asal, namun majoriti rumah penduduk di Kampung Baru Pahi dan Liau Nipis rosak teruk dengan kerugian dianggar mencecah ratusan ribu ringgit.
Menyoroti kisah pahit mereka, Sinar Harian berkesempatan bertemu penduduk di kedua-dua kampung berkenaan sewaktu Konvoi Bantuan Banjir anjuran Kelab Kebajikan Rakyat Malaysia (MRCC). Turut serta dalam konvoi ini ialah ahli Pertubuhan Sahabat Siap Siaga dan Majlis Perniagaan Malaysia Libya di Malaysia.
Lokasi pertama konvoi yang tiba jam 4 petang Jumaat minggu lalu singgah di Kampung Baru Pahi, selepas mengharungi perjalanan selama enam jam menaiki pacuan empat roda dari Kuala Lumpur.
Konvoi seramai 25 orang diketuai Presiden MRCC, Datuk Abdul Rahman Bakar melawat sekitar kawasan kampung berkenaan sebelum mengagihkan bantuan kepada keluarga yang kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir berkenaan.
Sembunyi di atas bukit
Penerima sumbangan, yang juga merupakan penduduk asal kampung itu, Mohd Rani Ali, 38, berkata tragedi yang melanda kampung berkenaan pada 23 Disember itu adalah di luar jangkauan.
Menurutnya, sebelum ini pernah berlaku banjir tetapi hanya melibatkan kawasan yang rendah.
“Bayangkan air boleh naik sehingga mencecah bangunan sekolah tiga tingkat, kalau kami tidak cepat pindah tak tahu apa akan jadi,” katanya.
Menurut Mohd Rani, selama lebih sebulan dia bersama 40 keluarga lain tinggal di pusat pemindahan sebelum dibekalkan khemah dan tinggal sementara di padang kampung berkenaan.
“Kami diberitahu akan tinggal di khemah selama lebih enam bulan sementara menanti rumah baru yang dibina kerajaan siap,” katanya.
Pada hari kedua, konvoi bergerak ke Kampung Limau Nipis, Machang.
Difahamkan Kampung Limau Nipis yang mempunyai 44 rumah yang keseluruhannya dinaiki air. Keadaan tersebut menyebabkan penduduknya lari menyelamatkan diri bersama keluarga masing-masing ke atas bukit.
Menceritakan detik cemas itu, Penghulu Mukim Bakar, Mohd Adnan Ismail berkata majoriti penduduk terputus hubungan terus dengan dunia luar selama dua hari.
“Bot pasukan penyelamat juga sukar untuk masuk kerana arus air deras dan kawasan laluan yang tidak dapat dijangka dan berbahaya,” katanya.
Menurutnya, bantuan makanan hanya dapat disalurkan kepada penduduk di atas bukit selepas air surut.
“Kami bersyukur kerana banjir di kampung ini tidak menyebabkan kecederaan mahupun kemalangan jiwa, meskipun nilai kerosakan harta benda begitu tinggi.
"Kemudahan kampung seperti dewan dan juga madrasah rosak dan perlu dibaik pulih untuk kegunaan masyarakat setempat," katanya.
Konvoi kali ini turut membantu mengecat dua buah madrasah di Kampung Bakar dan Kampung Limau Nipis.
Bantuan MRCC berterusan
Presiden Kelab Kebajikan Rakyat Malaysia, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, bantuan disalurkan oleh kelab melibatkan negeri yang dilanda banjir akan dibuat secara berterusan kepada mangsa sehinggalah keadaan kembali pulih.
“Mereka (mangsa) masih memerlukan bantuan, kelab berikan bantuan secara menyeluruh tanpa memilih latar belakang, asalkan mereka mangsa banjir kita akan bantu,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, pihaknya turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pemuda dan Wanita Umno Machang dalam menjayakan pengagihan bantuan berkenaan.
“Tugas untuk membantu adalah tanggungjawab semua pihak, mangsa wajar menerima bantuan yang diberikan oleh mana-mana pihak tanpa sebarang sekatan,” katanya.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia kesal kerana ada pihak yang memilih bulu dalam soal pemberian bantuan.
“Bantuan daripada kerajaan negeri mahupun persekutuan perlu diagihkan sama rata kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

0 Komentar untuk " Rumah hanyut dibawa arus "