"KERANA rotan ayah dulu, kini aku jadi manusia.
"Terima kasih ustaz kerana rotan saya dulu. Kalau tidak mungkin sampai sekarang saya tidak pandai mengaji al-Quran". Ayat sebegini biasa kita dengar daripada generasi terdahulu. Pengalaman dirotan adalah sesuatu yang normal bagi mereka.
Rotan menjadi sebahagian proses mendidik oleh ibu bapa, guru dan ustaz ustazah pada zaman dahulu. Oleh itu, ramai yang meningkat dewasa, berterima kasih kepada ibu bapa dan pendidik yang merotan mereka. Ini kerana, bagi mereka dengan asbab rotan itulah diri mereka berjaya dibentuk menjadi seorang manusia yang tahu tujuan hidup dan berguna kepada manusia yang lain.
Dahulu, sekarang berbeza
Dahulu apabila pelajar dirotan di sekolah, ada yang takut untuk memaklumkan hal itu kepada ibu bapanya kerana bimbang akan dirotan di rumah. Kini, sebilangan pelajar dimarahi atau dirotan, yang ketakutan ialah guru. Ada kes guru yang kita dengar 'diserang' ibu bapa di sekolah bahkan sampai tahap saman menyaman, walaupun telah jelas anaknya melakukan kesalahan.
Begitulah mungkin sedikit gambaran bagaimana dunia pendidikan dahulu dan sekarang, sama ada di rumah atau pun sekolah. Memang ada perbezaannya. Cara berbeza menghasilkan natijah juga berbeza. Lihat sahajalah anak remaja di sekeliling anda.
Cara percakapan mereka, berpakaian, pergaulan, akhlak mereka terhadap ibu bapa, guru, orang dewasa, adab sopan dan budaya ketimuran mereka. Tidak dinafikan ramai yang sejuk mata memandang. Tetapi ramai juga yang membuatkan kita menggelengkan kepala, gelisah dan bimbang.
Apakah puncanya? Bagaimana langkah pembetulan dan pembaikan yang patut diambil? Siapa yang sepatutnya berperanan? Jawapan kepada persoalan ini tidak cukup untuk dibahaskan dalam ruang yang terhad ini. Ia perlu kepada medium lain yang lebih sesuai dan praktikal kerana ada pelbagai sudut yang perlu dilihat. Di samping itu ia juga perlu mengambil kira buah fikiran cerdik pandai dari pelbagai bidang.
Cuma, berbalik kepada persoalan merotan anak yang heboh diperbahaskan akhir-akhir ini, adakah ia sesuai, dibenarkan atau perlu dilarang bahkan dimasukkan dalam kesalahan jenayah? Persoalan ini juga menimbulkan pandangan yang berbeza.
Namun, untuk mengatakan merotan ini adalah tindakan yang sangat digalakkan oleh Islam dalam proses pendidikan, saya kira kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sebegini. Begitu juga untuk mengatakan Islam melarang sama sekali merotan atau memukul anak, kenyataan ini bercanggah dengan nas yang ada.
Menurut prinsip Islam secara umumnya, tindakan merotan atau memukul anak-anak adalah diharuskan. Ibu bapa dan pendidik mempunyai hak tersebut. Hal ini berdasarkan dalil yang ada, antaranya hadis berikut:
Rasulullah SAW bersabda: "Perintahkan anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka jika tidak mahu mengerjakannya ketika telah berusia sepuluh tahun". (Riwayat Abu Daud, Sahih)
Hadis ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW membenarkan anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun dipukul jika mereka masih ingkar perintah solat.
Namun, persoalannya adakah memukul atau merotan ini langkah utama? Jawapannya tidak! Tindakan ini dibenarkan hanya selepas adanya proses pengajaran, ajakan, pujukan, nasihat dan amaran. Jadi, perlu dilakukan proses pendidikan yang lain terlebih dahulu. Jika masih tidak berkesan, maka dibenarkan untuk memukul atau merotan.
Contohnya, dalam hadis yang mengarahkan anak solat, Rasulullah SAW memberikan tempoh lebih kurang 3 tahun sebelum dibenarkan untuk dipukul. Ini menunjukkan yang lebih ditekankan oleh Islam ialah proses pengajaran, nasihat dan teguran dengan pelbagai teknik yang lain terlebih dahulu.
Bersifat mendidik
Memukul atau merotan yang dibenarkan pula bukan dilihat sebagai satu hukuman, tetapi ia lebih bersifat pendidikan bertujuan memberi pengajaran. Justeru, ia bukan tindakan memukul atau merotan yang melampau sehingga mencederakan anak-anak.
Dari sudut yang lain, prinsip yang sama juga diberikan kepada golongan suami dalam proses menegur kesalahan isteri yang derhaka (nusyuz). Memukul bukanlah langkah utama tetapi ia adalah peruntukan yang terakhir. Pihak suami terlebih dahulu disarankan untuk menegur dengan cara yang elok dengan memberi nasihat dan sebagainya. Boleh rujuk Surah al-Nisa’ ayat 34.
Oleh itu, pukulan atau merotan anak-anak diharuskan oleh Islam kepada ibu bapa dan pendidik. Namun ia mestilah bersifat mendidik dengan tujuan memberi pengajaran. Jika ada ibu bapa atau pendidik yang merotan sehingga tahap mencederakan apatah lagi dilihat sebagai kes penderaan, maka layaklah ia dianggap sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang. Tindakan sebegini telah pun berlawanan dengan ruang dan prinsip yang Islam benarkan.
Saya juga tidak bersetuju dengan pandangan yang melarang secara mutlak tindakan memukul atau merotan anak. Pandangan sebegini mungkin akan menjadikan ibu bapa dan pendidik seakan-akan tidak berkuasa langsung terhadap anak.
Ada ibu bapa dan pendidik yang diuji dengan tahap kenakalan anak yang berbeza. Sekiranya ibu bapa dan pendidik tidak dibenarkan langsung menyentuh anak yang nakal, selepas puas ditegur dan dinasihati, maka apa lagi hak yang ada? Ini boleh menjadikan anak lagi 'besar kepala'.
Merotan bukanlah segala-galanya. Jika kita hanya fokus kepada aspek merotan sahaja, ia tidak akan mampu membaiki akhlak dan adab anak di zaman sekarang.
Merotan hanyalah salah satu hak yang dibenarkan oleh Islam dengan disiplin tertentu. Namun, dalam proses mendidik anak-anak, masih ada faktor lain lagi yang lebih utama untuk diberikan perhatian.
Bermula daripada peranan ibu bapa yang mesti mengetahui apakah tanggungjawab mereka kepada anak seperti yang Islam mahukan, hak anak yang perlu ditunaikan, kemahiran keibubapaan, kemahiran komunikasi dan sebagainya.
Begitu juga faktor persekitaran sama ada di sekolah dan di luar rumah. Adakah persekitaran yang ada sekarang mampu membentuk akhlak dan adab anak? Tidak kurang juga dengan apa yang ditayangkan di media, adakah itu semua ke arah pembentukan peribadi mulia anak?
Contohi Rasulullah SAW
Rasulullah SAW adalah contoh teladan kita. Bagaimana cara Rasulullah SAW mendidik kanak-kanak? Adakah dengan merotan atau pun ada aspek lain yang Baginda SAW tekankan?
Didikan yang Rasulullah SAW terapkan bukan berasaskan kekerasan, rotan dan pukulan. Tetapi ia satu kaedah yang penuh dengan kasih sayang, prihatin, berstrategi dan meraikan perasaan kanak-kanak.
Jangan sampai kita bersemangat memperjuangkan rotan sehingga terlupa untuk menonjolkan nilai-nilai lain yang lebih banyak Islam tekankan dalam mendidik anak-anak.
Mari kita kembali kepada contoh yang Rasulullah SAW tunjukkan dalam mendidik kanak-kanak. Usah hanya berharap kepada rotan kerana rotan bukanlah segala-galanya.

0 Komentar untuk " Rotan bukan penyelesaiannya "