Arab Saudi dan negara Islam termasuk Malaysia berdukacita dengan kemangkatan Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam.
Baginda dikebumikan selepas solat Jumaat, semalam. Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin terkemuka dunia.
Najib yang berada di Davos, Switzerland kerana menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF), membuat keputusan membatalkan semua program beliau di sana bagi menghadiri majlis pengebumian Abdullah di Riyadh.
Gambar fail 18 Julai 2009 dirakam ketika Najib mengunjungi Raja Abdullah pada lawatan kerja selama empat hari di Istana Raja Abdullah di Jeddah.
Pemergian Abdullah dianggap satu kehilangan besar kepada dunia sama ada dunia Barat atau negara Islam kerana Abdullah antara tokoh yang berpengaruh mewujudkan kestabilan di rantau Asia Barat khususnya dalam konflik Israel-Palestin.
Majalah Forbes, pada tahun 2013 pernah menganggap Abdullah sebagai antara individu paling berpengaruh di dunia dan berada pada kedudukan kelapan di peringkat global pada waktu itu.
Tidak menghairankan, kemangkatan Abdullah turut memberi kesan kepada harga petrol yang mengalami peningkatan sebelum pengganti baginda diumumkan.
Meninggal dunia ketika berusia 90 tahun akibat pneumonia atau radang paru-paru, Abdullah dilahirkan pada 1 Ogos 1924 dan ditabalkan sebagai Raja Arab Saudi pada 1 Ogos 2005 selepas kemangkatan Raja Fahd yang juga abang tirinya.
Sebelum ini, baginda menjalani pembedahan pada Oktober 2011 dan November 2012 di Riyadh, setelah setahun sebelumnya menjalani dua pembedahan yang sama di New York.
Abdullah adalah anak ke-10 Raja Abdulaziz dan tersenarai sebagai Raja Arab Saudi yang keenam dalam sejarah dunia moden.
Abdullah adalah seorang daripada anak lelaki Ibnu Saud, pengasas negara moden Arab Saudi. Baginda memegang banyak jawatan politik sepanjang hayatnya.
Almarhum mula menjawat jawatan penting di Arab Saudi sebagai Datuk Bandar Makkah pada tahun 1961. Pada tahun 1962, baginda dilantik sebagai komander Pengawal Kebangsaan Arab Saudi iaitu jawatan yang masih disandangnya walaupun ditabalkan sebagai Raja.
Baginda pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 1982. Pada tahun yang sama, baginda ditabalkan sebagai Putera Mahkota apabila Fahd mengambil alih takhta pemerintahan.
Pemerintah de facto
Selepas Fahd diserang strok pada tahun 1995, Abdullah menjadi pemerintah de facto Arab Saudi sehingga mengambil alih pemerintahan itu satu dekad kemudian.
De facto membawa maksud seorang pemerintah yang memegang dua jawatan penting pada satu masa. Baginda memegang jawatan sebagai seorang Raja, tetapi pada masa sama menjawat jawatan Perdana Menteri Arab Saudi.
Ketika era pemerintahannya, Abdullah yang juga bergelar Penjaga Dua Masjid Suci mengumumkan projek pembesaran Masjidil Haram membabitkan kos sehingga SR$80 bilion (RM66 bilion) pada November 2011.
Projek yang baginda cetuskan itu adalah semata-mata bertujuan memastikan umat Islam dapat menunaikan ibadat haji dan umrah dengan lebih selesa, selamat dan mudah.
Pembesaran Masjidil Haram dicetus Raja Abdullah adalah projek terbesar dalam sejarah masjid berkenaan.
Ia dianggap projek pembesaran terbesar dalam sejarah Masjidil Haram, dijangka meningkatkan kemampuannya untuk menampung keperluan jemaah sehingga tiga kali ganda daripada yang ada sekarang apabila siap kelak.
Projek selama enam tahun itu dibahagi kepada tiga fasa, dengan setiap tahun, kerja pembinaan hanya dapat dilaksanakan selama lapan bulan kerana empat bulan lagi itu, projek terpaksa ditangguh sempena musim haji.
Pada peringkat global, Abdullah terbabit dalam hubungan diplomasi antarabangsa khususnya dalam mempertahankan isu Arab dan Islam untuk mewujudkan keamanan kestabilan dan keselamatan kepada dunia.
Baginda juga adalah peneraju dalam menggalakkan dialog antara agama yang menyaksikan Konvensyen Persidangan Dunia mengenai Dialog Antara Agama berlangsung di Madrid, Sepanyol dan sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2008.
Usaha selesai konflik dunia Arab
Abdullah juga berusaha menyelesaikan konflik di dunia Arab dan Islam. Baginda pada dasarnya amat mengambil berat krisis yang melanda Asia Barat dan nasib menimpa rakyat Palestin.
Baginda turut memainkan peranan penting dalam mengatur perjanjian untuk kerajaan perpaduan nasional Palestin dan satu perjanjian perdamaian antara Sudan dan Chad di Darfur.
Menyentuh isu keganasan, Abdullah mempunyai pendirian konsisten menentang keganasan. Pada Persidangan Antarabangsa Memerangi Keganasan di Riyadh pada Februari 2005, baginda menggesa kerjasama antarabangsa ditingkatkan untuk memerangi musuh global ini.
Sementara itu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Penjaga Dua Masjid Suci, baginda amat mengutamakan usaha mengukuhkan hubungan Arab Saudi dengan negara di seluruh dunia.
Akrab dengan AS, Britain
Baginda diketahui sebagai pemimpin negara Arab yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Britain.
Baginda pernah membuat lawatan Sepanyol, Perancis, Mesir, Jordan, Britain, Itali, Jerman dan Turki pada tahun 2007, dan China, India, Pakistan. Lawatannya ke Malaysia berlangsung pada tahun 2006.
Malah, Abdullah sebenarnya amat dekat dengan Malaysia kerana kesudian baginda membiayai pembedahan kembar siam Ahmad dan Muhammad Rosli untuk memisahkan adik beradik istimewa itu, 13 tahun lalu.
Pada peringkat domestik, Abdullah adalah seorang pemimpin yang mengutamakan bidang pendidikan. Baginda adalah pencetus idea penubuhan Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah dan Universiti Puteri Nourah binti Abdulrahman khusus untuk pelajar wanita.
Baginda juga meluluskan penyusunan semula bersejarah sistem kehakiman Arab Saudi dan menggubal undang-undang untuk merasmikan penggantian diraja.
Sebagai Putera Mahkota pada tahun 2005, beliau memantau rapi proses pilihan raya yang sedang berlangsung untuk majlis-majlis perbandaran di negara ini.
Abdullah juga adalah pemerintah Arab Saudi pertama memberi tempat duduk untuk wanita dalam Majlis Syura, satu badan menasihati Raja dan kerajaan.
Baginda juga berjanji untuk memberi ruang kepada wanita untuk mengundi dan menjalankan pilihan raya pada tahun 2015 untuk majlis perbandaran, yang menjadi satu-satunya pilihan raya diadakan di negara itu.
Baginda turut melantik timbalan menteri wanita pertama dalam 2009 dan membenarkan dua atlit wanita Arab bertanding dalam Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 2012.
Benar wanita jadi peguam
Malah, pada masa pemerintahannya, Baginda membenarkan sebilangan kecil wanita diberi lesen untuk bekerja sebagai peguam.
Sementara itu, Raja Arab Saudi yang baharu, Raja Salman Abdulaziz Al Saud adalah antara pemimpin veteran tertinggi Arab Saudi, berkepakaran dalam urusan diplomasi sejak menjadi Gabenor Riyadh hampir 50 tahun.
Baginda dipilih menjadi Gabenor Riyadh sejak tahun 1963. Dalam tempoh 48 tahun menjadi gabenor, baginda berjaya melakukan transformasi ke atas bandar terbabit daripada sebuah bandar padang pasir terpencil menjadi bandar penuh bangunan pencakar langit, universiti serta kemasukan pelbagai rantaian makanan segera Barat.
Salman dilihat sebagai seorang pemimpin yang berjuang memenuhi kehendak rakyat negara itu dengan memperkenalkan pembinaan perumahan mampu milik serta pengangkutan awam untuk faedah lebih empat juta rakyatnya.
Salman, 79, mula memangku tugas Raja sejak setahun lalu selepas kesihatan Raja Abdullah dilaporkan mula menyusut.
Salman pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan sejak tahun 2011 serta Ketua Tentera Arab Saudi ketika negara itu menyertai Amerika Syarikat dan negara Arab lain menjalankan serangan udara bagi mengekang penguasaan militan di Syria, tahun lalu.
Raja Arab Saudi yang baharu ini juga diketahui umum mempunyai hubungan baik dan berpengaruh dalam kalangan suku kaumnya di Arab Saudi.
Pengaruhnya diperluas melalui rangkaian perniagaan keluarga, termasuk pegangan sahamnya dalam akhbar Pan-Arab Asharq Al-Awsat.
Baginda juga antara pemimpin yang lantang bersuara dalam menentang pergerakan puak militan di seluruh dunia.
Masyarakat dan pemimpin dunia pastinya mahu melihat cara Salman mentadbir selepas ini sama ada pemerintah baharu Arab Saudi itu akan meneruskan dasar diperkenalkan Abdullah atau tampil dengan idea pembaharuan.

0 Komentar untuk " Raja Abdullah penyumbang kestabilan hubungan dunia Islam, Barat "