Pas terasa kehilangan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pas terasa kehilangan

PAS Selangor melahirkan rasa sedih yang teramat sangat atas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menemui ILLAHI, semalam.

Pas kehilangan seorang tuan guru, pimpinan politik, pendidik dan tokoh agama yang dihormati semua sama ada kawan dan lawan, tidak mengira kaum.

Kehadiran puluhan ribuan rakyat di Pulau Melaka untuk penghormatan terakhir menunjukkan kemulian yang ALLAH berikan kepada Allahyarham serta keberkesanan pendekatan yang di tunjukkan oleh Allahyarham semasa beliau menjadi Menteri Besar Kelantan dan guru agama.

Didikan dan contoh yang ditunjukkan oleh Allahyarham semasa memimpin negeri Kelantan telah banyak mengubah landscape politik tanah air dengan tafsiran Islam dan politik yang diterima semua.

Pas Selangor mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dengan suasana ni dan kesedihan ini turut dirasai oleh seluruh pimpinan dan rakyat di negeri Selangor.

Nama Allahyarham akan tetap dipahat di hati semua rakyat Malaysia dari semua kaum selamanya.

Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas roh Allahyarham Tok Guru kita.


Mohd Khairuddin Othman, Setiausaha Pas Selangor

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

0 Komentar untuk " Pas terasa kehilangan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ