Maybank perkenal perkhidmatan kustodi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Maybank perkenal perkhidmatan kustodi

MAYBANK Islamic Berhad, subsidiari perbankan Islam Kumpulan Maybank memperkenalkan perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic untuk pelanggan tempatan dan luar negara yang akan memanfaatkan keupayaan dan kepakaran sedia ada dalam perkhidmatan Islam Maybank.

Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank, Amirul Feisal Wan Zahir berkata, perkhidmatan itu selaras wawasan menjadi bank Islam terkemuka Asean menjelang 2015.

"Sebagai kumpulan perbankan terkemuka di negara ini dengan salah satu penilaian kredit tertinggi, Maybank merupakan pakar tempatan dalam menyediakan perkhidmatan kustodi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Muzaffar Hisham berkata, peningkatan dalam aset Islam global dan peningkatan taraf kemewahan di kalangan masyarakat Islam melengkapkan kitaran perkhidmatan aset berasaskan shariah Kumpulan Maybank.

Menurutnya, perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic berupaya memantau sekuriti pelanggan tidak patuh syariah atau sekiranya sekuriti pada permulaan dianggap patuh syariah didapati tidak mematuhi ciri shariah sepenuhnya.

0 Komentar untuk " Maybank perkenal perkhidmatan kustodi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ