Labur RM10j tambah cawangan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Labur RM10j tambah cawangan

PIZZA Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) menjangkakan membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara membabitkan pelaburan sekitar RM10 juta, tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, jumlah pelaburan bagi membuka setiap cawangan adalah antara RM500,000 dan RM1 juta, bergantung pada lokasi dan demografi kawasan.

“Kami merancang membuka cawangan Pizza Hut baharu di kawasan Lembah Klang. Pada tahun lalu kami membuka 20 cawangan baharu di seluruh negara.

“Kesemua cawangan baharu akan berkonsepkan Pizza Hut Delivery (PHD) dan perkhidmatan makan dalam restoran,” katanya selepas merasmikan hidangan baharu, Piza Pastry Crown di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurutnya, setakat ini, Pizza Hut mempunyai lebih 350 cawangan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Kang Moon berkata, Piza Pastry Crown merupakan keluaran terbaharu daripada Pizza Hut, kombinasi piza sentuhan rasa Itali dengan pastri mentega garing dan ia pertama kali dilancarkan di Malaysia.

Hidangan baharu itu sudah boleh didapati bermula 28 Januari lalu sehingga 31 Mac depan. Dengan tambahan RM6, pelanggan berpeluang menikmati hidangan Piza Pastry Crown melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box.

Sementara itu, pelanggan juga boleh menikmati Big New Year Box pada harga istimewa iaitu RM47.90 dan kombo itu mengandungi Piza Pastry Crown (saiz biasa), enam ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, enam ketul spicy chicken fingers dan dua sup cendawan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kerugian Pizza Hut akibat banjir di negeri Pantai Timur, baru-baru ini, Kang Moon berkata, hanya empat restoran Pizza Hut yang terjejas antaranya di Kota Bharu, Kuala Krai dan Temerloh.

0 Komentar untuk " Labur RM10j tambah cawangan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ