'FlyPremier' dilancar khas untuk pengembara - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

'FlyPremier' dilancar khas untuk pengembara

SYARIKAT penerbangan jarak dekat Firefly melancarkan perkhidmatan terbaharu 'FlyPremier' untuk mereka yang kerap mengembara.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata, FlyPremier antara lain membolehkan penumpang menikmati satu pertukaran penerbangan secara percuma, tambahan 10kg elaun bagasi, akses ke Firefly Biz Zone di Terminal Subang Skypark dan pilihan tempat duduk bebas.
 
Perkhidmatan itu boleh ditempah menerusi laman web Firefly dua jam sebelum penerbangan berlepas, katanya dalam satu kenyataan.
 
Ignatius berkata, sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, Firefly juga menawarkan tiket sehala RM68 untuk semua destinasi domestiknya.
 
Tempoh perjalanan adalah antara 26 Januari dan 24 Oktober yang promosinya bermula 26 Januari lepas dan berakhir 8 Februari ini.
 
Tiket penerbangan sehala untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam, Pekanbaru, Singapura, Koh Samui dan Krabi ditawarkan pada harga bermula RM108.
 
Ignatius berkata, pengguna digalak menggunakan perkhidmatan daftar masuk secara dalam talian dan web. - Bernama

0 Komentar untuk " 'FlyPremier' dilancar khas untuk pengembara "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ